Friday, June 30, 2006

Pembohongan Di Sebalik Isu Palestin...

Assalamualaikum..

Semoga semua yang berada di luar sana berada dalam keadaan sihat wal-a'fiat. Telah hampir 2 minggu pos baru gagal dimasukkan ke dalam blog ini, maka pada kesempatan yang sedikit ini "diri ini" berusaha untuk memasukkan pos baru bagi memastikan blog ini terus berfungsi dan membawa matlamat yang dinginkan.

"Diri ini" amat berharap kepada semua warga muslim Malaysia agar tidak melupai isu-isu yang menimpa saudara kita di Palestin sekalipun Malaysia kini digemparkan dengan isu 'teguran' Tun Dr. Mahathir terhadap Kerajaan Malaysia dan juga tindak tanduk balas pihak kerajaan terhadap semua teguran dan juga kritikan tersebut. Memang diakui 'serangan' dan kritikan tersebut adalah di luar jangkaan umum dan semestinya apabila ia berlaku maka sudah pasti semua rakyat berusaha untuk memahaminya. Tetapi janganlah seklai-kali kita abaikan tanggungjawab kita utk mengambil berat dan memberi sedikit ruang masa kita untuk membaca dan memahami isu-isu yang melanda umat Islam secara keseluruhannya.

Pada 26 Jun 2006 (Ahad) Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC telah bertindak memberikan kefahaman kepada umat Islam dan Dunia kepada isu yang digembar gemburkan oleh agen berita dunia (sudah semestinya didalangi oleh puak yang memerangi Islam). Agen-agen berita dunia telah dengan sengaja atau sebaliknya telah memutar belitkan isu yang melanda rakyat palestin dan menggambarkan seolah-olah semua perkara (pembunuhan) yang berlaku di Palestin adalah berpunca daripada tindakan puak pembebasan Palestin. Apa yang malangnya ada di antara Umat Islam yang mempercayainya seratus peratus dan meletakkan segala kesalahan kepada Rakayat Palestin. Tambahan pula mereka telah memilih HAMAS sebagai kumpulan yang dipercayai untuk memimpin Palestin.

Mengikut kenyataan Dr. Mahmoud Al-Ramahi, segala yang berlaku (serangan puak pembebasan Palestin terhadap Israel) adalah tindak balas yang dilakukan setelah israel (sengaja menggunakan huruf kecil..kerana tidak mahu meletakkan kemuliaan kepada israel) menyerang dan meletupkan wilayah-wilayah Palestin secara membabi-buta. Beliau juga telah dengan jelas menggambarkan kesedihan beliau di atas pembohongan fakta tersebut dan juga tindakan Umat Islam sendiri yang tidak mempercayai rakyat palestin bahkan sering meletakkan israel di atas landasan yang 'betul'.

Apakah kita semua tidak mempunyai perasaan untuk melihat pembebasan Palestin? Bagaimana pembebasan boleh berlaku jika kita sendiri (umat Islam) sering menyalahkan rakyat Palestin di atas semua perkara yng berlaku, dan menggambarkan seolah-olah israel sentiasa di pihak yang benar? Sudah cukupkah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini, sehingga kita mudah berpuas hati terhadap isu-isu yang melanda umat Islam di luar dari negara kita? Banyak lagi persoalan yang boleh kita timbulkan terhadap diri sendiri, tetapi apakah kita melatih dan mebiasakan diri untuk mempersoalkannya?

Semoga kita sentiasa bersama golongan-golongan yang meperjuangkan masa-masa mereka demi melihat kebenaran Islam itu terserlah di muka bumi ini. Jangan kita jadikan diri kita msuh terhadap golognan-golongan ini dan menjadikan diri kita mengambil tindakan yang sebaliknya (lalai daripada berusaha meletakkan Islam di tempat selayaknya) daripada tindakan yang diambil oleh golongan-golongan tadi. Semoga isu ini dapat menjadikan kita senitasa sedar di atas segala tindakan kita semua sementara usia yang dikurniakan Allah ini masih berbaki dan masih relevan untuk kita beramal.

wassalam..



Friday, June 16, 2006

Tanggung Sendiri Setiap Amalan

Assalamualaikum,

Firman Allah Subahnahu-wa-taala:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Maksudnya:
Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.(Al-Jaathiyah :15)

قُلْ أَغَيْرَ اللّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلاَ تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلاَّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ


Maksudnya :
Katakanlah wahai Muhammad (pesankan kepada umatmu), Patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.( Al-An'am :164)

Sahabat-sahabat sekelian,
Sengaja memilih ayat-ayat untuk sama-sama kita renungkan agar kita tidak tersilap faham tentang apa yang ingin disampaikan. Ketika "diri ini" rasa ingin membawa ayat ini kedepan kalian, teringat situasi di mana orang-orang melayu sering menggunakan istilah "jangan menjaga tepi kain orang" dan "diri ini" merasakan boleh kita kaitkan istilah tersebut dengan ayat-ayat ini. Di sana masih ada ayat-ayat lain yang juga berkaitan perkara yang sama. kita selalu atau paling tidak pun biasa mendengar ayat yang Allah ceritakan keadaan ketika di padang mahsyar nanti (hari kiamat). Ketika saat itu terjadi bertempiaranlah manusia semua di hadapan Allah Subhanahu-wa-ta'ala. Ibu-ibu tidak punya masa untuk membicarakan hal suami-suami atau anak-anak mereka dan begitu juga yang lainnya. maka disutu bukti tentang perihal amalan itu berbalik kepadai ndividu itu sendiri.
Apa yang ingin dibicarakan ialah salah faham kita kepada konsep ini. Ada sebilangan kecil di antara kita yang mengatakan, nah! inikan dalil yang jelas tentang amalan masing-masing, jadi kenapa ada pihak yang sibuk nak memperbetulkan pihak yang lain atau ada pihak yang sering menasihati pihak yang lain? Kita katakan kepada mereka, bukankah di sana masih ada ayat-ayat yang Allah ceritakan dan khabarkan kepada kita tentang tanggungjawab kita di dunia ini. Antara tanggungjawab seorang muslim ke atas makhluk Allah yang lain adalah berbuat baik kepada mereka dan juga sentiasa menasihati dan memperbaiki setip apa yang dilihatnya perlu dibaiki berdasarkan dalil dan pimpinan daripada sumber hukum di dalam Islam.
Semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan yang mengambil mudah konsep ini, dan memarahi atau membenci mereka-mereka yang ingin membantu kita dan dalam masa yang sama membantu diri mereka sendiri agar bersikap dan beramal sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Sekian, wassalam..





Berbuat Baik kepada Ibubapa..

السلام عليكم

Secara ringkas..18 Jun ini akan meriahlah dunia ini dengan sambutan hari bapa sekalipun sambutan tersebut tidaklah semeriah sambutan hari ibu dan hari-hari lainnya.Bukan tujuan tulisan ini untuk membawa pembaca kepada menilai asal-usul kepada sambutan ini, tetapi sekadar ingin memastikan "diri ini" dan juga semua di luar sana agar melakukan post mortem tehadap sikap kita kepada kedua ibubapa.

Firman Allah Subhanahu-wa-taala :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا

Maksudnya :
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uff" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra' :23)

Sama-samalah kita melihat maksud ayat tersebut dan mengkaji apakah kita terselamat daripada perbuatan yang ditegah oleh Allah Subahanhu-wa-taala dalam ayat di atas. Ulama Fiqh dan Tafsir melihat dan membahaskan tentang maksud perkataan 'uff' dan sependapat mengenai hukumnya. Mereka melihat dalam ayat di atas bahawasanya Allah Subhanahu-wa-taala melarang kita semua dari menyakiti kedua ibubapa kita sekalipun dgn perkataan yg sedemikian. Maka bagaimana pula dengan tindakan kita yang jauh lebih buruk daripada itu?

Berbalik kepada isu sambutan hari bapa, "diri ini" bukan hendak menghukum terhadap mereka yang menyambut hari tersebut, tetapi sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan juga yang lainnya agar janganlah kita hanya berbuat baik kepada kedua ibubapa kita (dalam konteks perbincangan kali ini 'bapa') pada hari-hari yang telah ditentukan sebagaimana yang telah dimaklumi semua. Teruskan usaha kita untuk beramal dan melakukan kebajikan kepada mereka dan mengasihani keduanya. Rehatkanlah mereka daripada karenah kita yang merunsingkan dewasa ini. Cukuplah apa yang telah kita lakukan ketika kecil dahulu. Serikan mereka dengan keranah dan perbuatan yang menyenangkan mereka berlandaskan petunjuk Al-Quran dan Sunnah (Islam).

Bagi yang tidak menyambut hari tersebut pula dan mungkin tidak pernah mengetahuinya, janganlah mengabaikan tanggungjawab kita terhadap mereka berdua selama mana kita berpeluang untuk berbuat demikian. Apakah setelah ketiadaan mereka kelak baru kita hendak menyesali setiap tingkah laku kita terhadap mereka (sekalipun kebiasaannya hanya seketika)?

والسلام

Monday, June 12, 2006

Istilah...?

Assalamualaikum...

Ada sahaja perkara yang tak berkenan di hati ni. Hari ni sekadar nak bawa beberapa istilah yg perlu diubah-pakai oleh semua.

Apakah mereka yang berjuang di palestin itu layak dipanggil militan? Belum sempat merujuk kamus Dewan Bahasa kerana tak tau lah kat sapa ada kamus tu kat 'sini'. Tapi daripada penggunaan suratkhabar sebelum ini bolehlah kita nisbahkan maksud militan tu dituju kepada puak pengganas. bukan kah begitu? jadi apakah mereka yang berusaha hendak mendapatkan balik hak mereka boleh dianggap militan? membaca tajuk akhbar dalam berita harian hari ini "Pejuang Palestin Terus Lancarkan Roket" di bahagian berita dunia semangat jadi berkobar-kobar untuk mengikuti perkembangan laporan akhbar tersebut (sekalipun berita tersebut dah keluaq kat laman palestin dari hari sebelum tu lg). Tapi menyedihkan..ayat yang mula digunakan oleh pemberita tersebut ialah..

"BAITULMAQDIS: Militan Palestin melancarkan kira-kira 10 pelancar roket di Israel dari Semenanjung Gaza awal semalam, hampir mengenai sebuah koleh di bandar selatan Israel, Sderot, kata tentera dan khidmat bantuan".

Nah! pelik jika kita lihat di situ, mereka yang menuntut hak mereka daripada perampas dipanggil militan dan pihak yang merampas pulak kita istilahkan dengan istilah yang baik "tentera Israel". Apakah tiada keadilan bagi kita sesama Islam? Apakah kita tidak mengguris hati saudara-saudara kita di sana? Apakah perasaan mereka jika kereka dilaporkan tentang keadaan ini? Meskipun kami di sini tak tergamak nak sampaikan perkara tersebut, tapi tak mustahil mereka akan dapat tahu suatu hari nanti..
Malaysia lah yang sering diharapkan membantu mereka, satu-satunya negara bukan arab yang lantang (kononnya) untuk memperjuangkan hak Palestin. Tapi dalam bab yang sekecil ini pun kita gagal. Jadi sama-samalah kita berfikir agar tidak melakukan perkara yang sama.

Dalam isu yang kedua, terdengar seketika tadi ada sahabat yang menggunakan istilah "perkahwinan adalah satu perjudian". Jadi hati memberontak untuk membantah penggunaan tersebut. Sekalipun akan ada yang menganggap ianya isu tempelan sahaja tetapi tetap "diri ini" hendak membawanya juga ke hadapan pembaca.
Kenapakah Perkahwinan Yang dimuliakan dalam Islam di gandingkan dengan suatu yang diharamkan dalam Islam. Bukankah Halal dan haram itu tak boleh duduk bersama-sama? hinakah perkahwinan itu semata-mata kerana sesetengah individu yang tidak melaksanakan tanggugjawab terhadap perkahwinan mereka maka kita dengan senang hati menggabungkan istilah yang sememangnya bersalahan (kontra) antara satu sama lain? Dalam isu ini cukuplah "diri ini" mengajak semua kita berfikir tentang setiap istilah yang kita gunakan. Biarlah orang lain menganggap ianya isu kecil, tetapi kita tetap memuliakan apa yang dimuliakan Allah dan RasulNya ( Islam).

Teringat kepada hadis nabi Muhammad Sallallahu-alihi-wasallam:

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya :
Sesungguhnya Nu'man b. Basyir berkata : Aku mendengar Rasullullah Sallallahu-alihi-wassallam bersabda : Sesungguhnya perkara yang halal itu telah jelas dan yang haram itu juga telah jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang disangsikan),kebanyakan manusia tidak menyedari tentangnya. Barangsiapa yang menjaga perkara tersebut maka dia telah memelihara Agamanya dan maruahnya dan sebaliknya barangsiapa yang termasuk dalam golongan yang melakukan perkara tersebut (yang disangsikan halal dan haramnya) maka sesungguhnya dia telah jatuh kepada perkara yang haram, sebagaimana pemilik peliharaan membawa peliharaannya di kawasan larangan dan dia tidak menyedari binatang peliharaannya memakan makanan di kawasan itu, sesungguhnya Allah Suhanahu-wa-ta'ala telah menetapkan sempadan bagi setiap pemerintahan dan ketahuilah sempadan bagi Allah Subhanahu-wa-ta'ala ialah perkara-perkara yang haram dan ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad (badan) manusia ada segumpal daging yang bercampur dengan darah apabila baik daging tersebut baiklah keseluruhan seseorang itu dan apabila buruk daging tersebut maka buruklah keseluruhan orang tersebut. Ketahuilah bahawasanya itulah hati. (dan ada yang memahami kepada maksud hakiki kalimah tersebut sebagai jantung).


السلام عليكم

Alhamdulillah...

السلام عليكم

Alhamdulillah..tepat jam 11:40 tadi abis jawab exam paper terakhir untuk semester ni. tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan juga semua muslimin kat luar sana, bahawa peperiksaan yang dihadapi sepanjang tempoh pembelajaran adalah suatu peperiksaan yang kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan peperiksaan yang lebih utama..(macam post terdahulu: Peperiksaan dunia lebih utama?). Apa yang pasti jika kerana peperiksaan dalam tempoh pembelajaran dan juga hidup kita resah dan bimbang terhadap keputusan yang bakal terhasil, bagaimana dengan peperiksaan di 'SANA'? Sudahkah kita mempersiapkan diri kita sebaiknya.

والسلام

Friday, June 09, 2006

Adakah Kau lupa :

adakah kau lupa