Sunday, August 06, 2006

Bersatulah wahai umat Islam semua...

Assalamualaikum...

Firman Allah Subahanahu-wa-ta'ala:


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ
Maksudnya :

"hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (Al-Maidah : 2)

Dalam Hadis Rasullullah Sallallahualaihi-wa-salam :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو عَامِرٍ الْأَشْعَرِيُّ قَالا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ وَأَبُو أُسَامَةَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْلاءِ أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ وَابْنُ إِدْرِيسَ وَأَبُو أُسَامَةَ كُلُّهُمْ عَنْ بُرَيْدٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Maksudnya:
" Rasullullah telah bersabda : Sesungguhnya orang mukmin dengan mukin yang lain bagaikan sebuah bangunan, mereka saling kuat menguatkan antara satu sama lain." (Riwayat Muslim, 4684)

dan dalam hadis yang lain:

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الإِسلام أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Maksudnya:
" Sahabat bertanya kepada Rasullullah: Apakah yang paling afdhal (mulia@mempunyai kelebihan) dalam Islam? Rasulullah menjawab: Orang Islam yang menyelamatkan saudaranya (umat Islam yang lain) dari lidahnya dan juga tangannya." (Riwayat Bukhari, 10)

Ayuhlah saudara-saudara ku sekelian kita menggembling tenaga untuk berusaha bersatu atas panji yang telah lama kita abaikan لا إله إلَله محمد رسول الله

Semoga dengan kembalinya panji tersebut dalam fikiran dan kehidupan kita maka Islam akan kembali ke tempat yang selayak baginya.

Assalamualaikum.

Lina Joy ?

Assalamualaikum...

Satu lagi isu yang perlu diambil berat oleh semua umat Islam di Malaysia, iaitu isu berkaitan dengan permohonan penukaran nama dan agama oleh seorang wanita melayu yang memohon untuk menukar agama dan seterusnya nama kepada Lina Joy.

"diri ini" amat pasti semua kita telah masak dan faham tentang isu ini. Ramai di kalangan kita telah berusaha untuk sama-sama mengikuti perkembangan dan sama-sama menunjukkan penentangan kita terhadap permohonan tersebut yang jelas akan menyebabkan semakin ramai 'penganut Islam' yang akan memohon keluar daripada Islam.

"diri ini" hanya ingin membawa kita semua untuk menoleh sekejap ke belakang dan menoleh kepada diri kita, keluarga serta mereka-mereka yang rapat dengan kita. Apakah sumbangan kita untuk memastikan Islam terus sebati dengan umat Islam di Malaysia terutama golongan-golongan yang disebutkan tadi? Sedarkah kita sebenarnya apa yang berlaku tadi adalah disebabkan kelekaan kita untuk mengamalkan dan memastikan semua golongan yang rapat dengan kita tadi mengamalkan Islam dengan wajah yang sebenarnya yang telah jelas digambarkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah.

"diri ini" tidak berhajat untuk menyalahkan sesiapa dalam perkara ini (sudah pasti kita salahkan mereka yang bukan Islam kerana ingin mencabar kedaulatan Islam) tetapi sedikit sebanyak kesalahan juga perlu kita letakkan dalam diri masing-masing. Berapa ramai di kalangan ibubapa kini yang lebih gemar anak-anak mereka berpakaian bagai seorang yang 'bertelanjang'? "diri ini" menyentuh bab pakaian adalah kerana ianya adalah punca utama yang "diri ini" nampak menyebabkan semua kita lari dari kefahaman Islam yang sebenar. Soalan seterusnya, berapa ramai ibubapa yang menekankan kefahaman Islam yang menyeluruh kepada anak-anak mereka? Berapa ramai pula yang lebih suka anak-anak mereka mengikut trend ( budaya dan pakaian) masa kini? Berapa ramai ibubapa yang hanya mengikut pendapat anak-anak tanpa bertegas untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus (sebagaimana yang kita sering baca dalam solat dalam surah al-fatihah)? Berapa ramai pula ibubapa yang mereka sendiri melarang anak-anak mereka untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagaimana yang mereka pelajari disekolah (dah tentulah guru-guru dan ustaz serta ustazah yang didik)? Berapa ramai pula ibubapa yang bertegas kepada anak-anak dalam perkara-perkara yang tak membawa manfaat kepada Islam dan sudah tentu tak bermanfaat untuk bekalan di akhirat kelak?

Cukup lah dahulu persoalan tadi tu. Harapnya semua kita menjawab dengan jujur soalan tadi. Bukan "diri ini" nak kita semua jawab jumlah bagi setiap soalan, tapi cukup untuk hanya kita fikir kita berada dalam golongan yang mana. Kalimah 'ibubapa' merangkumi semua golongan yang berkuasa dalam keluarga masing-masing bukan hanya tertumpu kepada ibubapa realiti sahaja.

Apakah kita sanggup kita digolongkan dalam golongan yang bercakap kosong sahaja tanpa berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. jangan jadi golongan yang dicela Allah, sebagaimana yang telah difirmankan olehNya:


كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(As-Saff:3)

Jangan hanya melaungkan ketidakpuasan hati kita terhadap orang bukan Islam yang mencabar Islam, tetapi marilah sama-sama kita pastikan kita mengamalkan dan memastikan orang-orang di sekeliling kita juga turut mengamalkan Islam sebagaimana yang dituntut oleh Syara'. Moga-moga dengan perlakuan kita itu dapat menggerunkan mereka yang bukan Islam daripada melakukan penentangan kepada Islam. Dan sudah pasti jika kita semua berusaha kepada satu jalan, maka kesatuan akan jelas dan dapat memperkuat ikatan sesama kita.

Assalamualaikum.

Kelemahan yang telah digambarkan...

Assalamualaikum...

Tajuk tersebut dipilih kerana "diri ini" cuba untuk mengetengahkan pendapat tentang apa yang berlaku terhadap umat Islam ketika ini. Bukan kerana merasakan "diri ini" terlalu mantap dan unggul sehingga sanggup meletakkan sebarang cop atau tanda kepada umat Islam seluruhnya. Tetapi sekadar merenung kembali kepada hadis Rasullullah Sallallahualaihi-wa-salam yang jelas menggambarkan keadaan umat Islam suatu masa nanti (Zaman selepas kewafatan Baginda). Hadis tersebut adalah seperti berikut :


حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ بَكْرٍ حَدَّثَنَا ابْنُ جَابِرٍ حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ السَّلَامِ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Maksudnya:
"Rasullullah Sallallahualaihi-wa-salam telah bersabda : Akan sampai suatu masa umat-umat lain akan meratah dan memamah kamu (umat Islam) laksana orang-orang yang mengelilingi hidangan, bertanya seorang sahabat kepada Rasullullah: adakah kami (umat Islam) ketika itu ramai atau sedikit? Jawab Rasullullah: bahkan jumlah kamu ramai tetapi hanya bagai buih-buihan ketika banjir@lautan, Allah menghilangkan kehebatan kamu dan menghilangkan perasaan gerun umat-umat lain terhadap kamu dan Allah mencampakkan di hati-hati kamu penyakit al-wahan, seterusnya bertanya sahabat kepada Rasullullah: apakah al-wahan itu? Jawab Rasullullah Sallallahualaihi-wa-salam: ianya adalah perasaan cintakan dunia dan bencikan mati".(Riwayat Abu Daud, 3745)

Wahai umat Islam semua, sedarlah kita ayuh bangunlah daripada lena yang lama yang disulami dengan mimpi yang dicipta oleh kita sendiri. Jelas penyakit tersebut telah melanda kita semua. Kita lebih mencintai dunia sehinggakan tiada lagi kehebatan yang dirasai oleh umat Islam. Dalam masa yang sama umat-umat lain hanya menjadikan kita 'kambing hitam' mereka. Kita diperlaku bagai binatang-binatang yang tidak bertuan yang mengganggu tanaman mereka. Mereka hanya menuggu masa untuk memastikan kita semua pupus dari dunia ini (meskipun perkara tersebut adalah mustahil).

"diri ini" tidak menafikan masih ada umat Islam yang terus bersama kehebatan Islam, mereka berusaha untuk mengetengahkan Islam sebagai suatu produk yang boleh memikat hati semua manusia. Tetapi kita jangan lupa dan menafikan realiti ketika ini, yang jelas dan zahir adalah golongan semacam kita yang terus leka dan lalai dan hanya seronok dan ditipu dengan kehidupan dan kemewahan dunia. Kita dibuai dengan perkhabaran yang serba cantik tentang kehidupan dunia sehingga kita terlupa (meskipun kekadang tetap 'mengingati' akhirat) tentang janji-janji Allah kepada pejuang-pejuang dan pendakwah-pendakwah yang berusaha meletakkan diri mereka dijalan Allah Subahanahu-wa-ta'ala.

Sanggupkah kita terus diperlakukan bagai binatang yang tidak bertuan?

Terpulang kepada kita semua untuk memuhasabah dan melakukan check & balance kepada diri sendiri dan keluarga serta mereka-mereka yang berada di sekeliling kita.

Assalamualaikum.

Saturday, August 05, 2006

Mengapa tercetusnya peperangan antara israel dan Hezbullah?

Assalamualaikum...

"diri ini" nak berkongsi sedikit maklumat-maklumat yang diterima (tak semestinya betul, kita tengok dan nilai aje ) dari pelbagai pihak terhadap apa yang berlaku antara hezbullah dan israel.

Apabila mula meletusnya peperangan antara Hezbullah dan israel ramai di antara kita mengeluarkan pandangan terhadap apa yang berlaku. "diri ini" tertarik kepada beberapa andaian yang dikemukakan oleh beberapa pihak dan didengari atau dibaca sendiri oleh "diri ini".

1. Hezbullah melakukan serang hendap dan seterusnya menculik 2 tentera israel sebagai tebusan untuk ditukarkan dengan tawanan yang merupakan ahli mereka ( boleh diterima dan tidak perlu diulas)

2. Hezbullah melakukan tindakan tersebut semata-mata kerana ingin membantu saudara-saudara mereka di Palestin yang saban hari dihina dan diperlakukan bagai binatang yang tidak bertuan. ( Alasan yang menyejukkan hati semua pihak, kerana masih wujud kelompok Islam yang mampu melakukan protes secara terbuka hingga menyebabkan dunia kecoh dan terpaksa membincangkan jalan penyelesaian, sekalipun semua jalan penyelesaian itu memihak kepada israel )

3. israel sengaja mencipta alasan untuk menyerang Hezbullah kerana sebelum ini Hezbullah dengan jelas memberikan sokongan kepada saudara-saudara mereka di Palestin dalam menghadapai sifat dan sikap kebinatangan israel. Mereka ingin mengalihkan pandangan dunia kepada Lubnan dan Hezbullah semata-mata untuk mengelak masyarakat dunia mengambil berat apa yang dilakukan mereka terhadap rakyat dan kerajaan Palestin. (Antara hujah yang famous dan masuk akal kerana memang terbukti dunia semua melupakan Palestin bilamana Lubnan diserang. Bahkan semua agensi berita dunia sengaja memperbanyakkan berita berkenaan peperangan Hezbullah dan israel meskipun berita tersebut tidak sahih. Berita Palestin kalau ada pun sikit sangat dan terletak di sudut-sudut yang tak akan dilihat oleh orang).

4. Peperangan yang meletus itu adalah rekaan dan mainan serta perancangan israel bersama Hezbullah (syiah). Alasan yang dikemukakan ialah kerana syiah memang berhajat kepada Baitul Maqdis untuk menunjukkan kekuasaan mereka dan membawa semua umat islam menganut fahaman Syiah. dan ini terbukti juga melalui sejarah dunia Islam bilamana Syiah bersekongkol dengan yahudi untuk meluaskan pengaruh mereka di dunia Islam. syiah juga berusaha untuk menjadikan Lubnan negara syiah yang seterusnya. ( 1. sentimen syiah sunni yang paling ketara. apa yang pasti kemungkinan juga boleh "diri ini" bawakan ialah ini juga antara mainan kuffar yang ingin terus melaga-lagakan sunni dan syiah. dan mereka ingin memastikan pengikut sunni tidak mebantu Hezbullah yang memang dikenali sebagai kelompok syiah. Nah, tak berapa lama lepas tu terus ada yang buat kenyataan untuk menghalang umat Islam membantu Hezbullah walau dengan doa. Salahkah jika kita berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruhnya? 2. Rujuk juga sejarah, pernahkah yahudi mengorbankan walau satu nyawa bangsa mereka semata-mata ingin mendapatkan pengaruh dan kekuasaan? Tengok sahaja kepada apa yang berlaku pertengahan 90-an dahulu. Mereka sanggup menukarkan beratus-ratus nyawa umat Islam semata-mata inginkan bangkai hanya beberapa org yahudi yang mati di medan pertempuran dengan Hamas dan juga Hezbullah suatu ketika dahulu. Apakah boleh diterima akal yang israel sanggup mengorbankan hampir seratus (setakat ni la) nyawa yahudi semata-mata ingin memastikan perancangan mereka bersama Hezbullah berjalan lancar? 3. Bilamana Hezbullah menghalau Yahudi dari Lubnan setelah peperangan saudara yang amat panjang di Lubnan tiada pula yang menunding tuduhan kepada Hezbullah seolah-olah mereka berkomplot dengan Yahudi? 4. Sanggupkah Hezbullah korbankan pengikut mereka semata-mata nak berkomplot dgn yahudi? ye lah ada yang kata sebab hezbullah nak hapuskan sunni kat Lubnan.- cukup kot ulasan pasal point yg ni nanti panjang lak tulisan ni )

5. israel mula menunjukkan taring untuk memastikan rancangan mereka memajukan bumi yahudi merangkumi seluruh tanah Arab (meliputi furat dan nil). (ni memang jelas lah). Supaya mereka mudah menawan syria pula lepas ni. Lepas tu kerja mereka jadi mudah. sebab baki negara Islam yang lain adalah umat-umat yg suka menurut aje. ("ye la mana boleh 'lawan' kerajaan, kan ke hukumnya haram tu..so patuh je lah sekalipun kerajaan bersekongkol dengan yahudi dan amerika juga sekutu-sekutu mereka").

6. israel buat langkah permulaan untuk tunjuk kepada amerika yang dunia islam memang dah lemah dan mati. Mereka dah tak ada sifat saling tolong menolong apatah lagi semangat jihad pemuda-pemuda mereka juga dah terperosok ntah ke mana. Lepas tu mudah lah amerika dan konco-konconya nak serang Iran. ( kita semua faham kan isu ni? isu nuklear lah kononnya)

itu lah antara alasan yang famous dan familiar didengari dan dibaca sepanjang krisis ini berlaku. ada lagi tapi cukup lah rasanay "diri ini" bawakan setakat itu aje. Yang penting dan muhimnya kita semua fikir-fikirlah. Semua ulasan dalam kurungan tu adalah apa yang "diri ini" fikirkan tatkala mendengar dan membaca respon terhadap krisis ini. Dan untuk peringatan "diri ini" masih bersetuju dengan pandangan yang kedua dan ketiga tanpa mengkesampingkan pandangan pandangan yang lain keculai pandangan keempat. Siapa yang tak setuju tu bolehlah kemukakan pandangan pula. Kita boleh berbincang.Lagipun ini pandangan peribadi je pun...

Assalamualaikum.

Hezbullah@Lebanon vs israel

Assalamualaikum...

Pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah Subahanahu-wa-ta'la atas segala nikmat dan rahmatNya. Alhamdulillah "diri ini" masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus berkongsi apa yang terlintas dalam fikiran ini. Saban hari memikirkan tajuk-tajuk dan topik untuk dibawa berkongsi bersama semua pihak tetapi apakan daya "diri ini" hanya sekadar memikir tanpa mengambil langkah membawa segala yang terlintas tersebut ke hadapan.

Setelah hampir 3 minggu berehat dan membaca serta memerhati semua ulasan dan bicara lapisan masyarakat terhadap isu-isu yang melanda dunia ketika ini, "diri ini" berusaha untuk turut sama-sama berkongsi perkara yang sama.

Hampir sebulan berlalu israel terus melakukan pembantaian terhadap rakyat Lubnan dengan menggunakan lesen untuk melumpuh dan menghapuskan semua rangkaian yang berkait dengan Hezbullah. Mereka melakukannya tanpa rasa belas ihsan terhadap rakyat Lubnan terutamanya umat Islam. Dengan menggunakan segala kekuatan udara, mereka memsunahkan hampir keseluruhan Lubnan tanpa sediktpun rasa bersalah (rujuk semua laporaqn kenyataan perdana menteri israel). Subahanallah dan Alhamdulillah, mereka merasakan telah melakukan perancangan yang rapi untuk menghancurkan Lubnan tetapi mereka terlupa Allah lah yang memiliki sekelian alam ini dan sesunggguhnya perancangan Allah itu mengatasi segala-galanya. Tatkala amerika dan sekutu-sekutunya terus kukuh berdiri dibelakang israel, masyarakat dunia terus melakukan protes dan tunjuk perasaan agar israel memberhentikan perlakuan yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Meskipun israel adalah bangsa yang tidak pernah mengambil berat pandangan orang lain, kita mengharapkan dengan tunjuk perasaan masyarakat dunia tersebut dapatlah memberi kesan ke atas apa yang israel usahakan. Ketepikan amerika dan sekutu-sekutunya, kerana mereka ini mempunyai matlamat yang sama dengan israel iaitu menghapuskan umat Islam dan memastikan Islam pupus di dunia. Apa yang penting bagi kita semua adalah berusaha untuk menunjukkan kesatuan umat Islam supaya di sana wujud walau sedikit sekalipun rasa gerun kuffar kepada umat islam seluruhnya.

Apa yang dikesalkan ketika ini ialah wujud kelompok-kelompok yang berusaha untuk menunding kesalahan kepada Hezbullah kerana menculik tentera israel. Mereka berhujah dengan perlakuan tersebutlah menyebabkan meletusnya peperangan atanra israel dan Lubnan seterusnya menyebabkan melayang beratus-ratus nyawa yang 'tidak bersalah'. Entahlah "diri ini" sendiri rasa sangsi dengan kenyataan tersebut. Tetapi apa yang pasti "diri ini" masih seperti ketika peperangan ini meletus, mengharapkan Hezbullah dengan bantuan pengikut sunni di Lubnan dapat menghapuskan israel (sekalipun ianya amat mustahil). Tidak kah kelompok-kelompok tadi memikirkan kenapa Hezbullah melakukan penculikan tersebut?
Merujuk kepada alasan yang dikemukakan oleh Hassan Nasrullah (Setiausaha Agung Hezbullah) bahawa penculikan tersebut dilakukan adalah untuk membawa dan mengalih perhatian israel supaya tidak terus melakukan pembantaian yang sememangnya tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Meskipun masih ada yang menolak alasan tersebut, "diri ini" ingin mengajukan satu soalan yang entah dapat membantu atau tidak merungkai sedikit kekusutan di minda kita semua. Sedarkah anda semua, di manakah lokasi penculikan tersebut berlaku? Tidakkah ianya berlaku dalam wilayah Lubnan? siapa yang bersalah di sini? Hezbullah atau tentera-tentera israel yang menceroboh wilayah Lubnan?

Semoga persoalan tadi dapat membantu kita dalam melihat isu ini dengan lebih adil dan berperikemanusiaan.

Assalamualaikum.