Sunday, February 25, 2007

Menteri Kerjaraya kecut juga akhirnya....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.
Setelah beberapa siri demonstrasi kenaikan tol berjalan akhirnya menteri yang berkenaan menzahirkan rasa gerunnya terhadap tindakan rakyat. Beliau terpaksa menjawab tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau oleh beberapa pihak. Walaupun sebelum ini beliau tidak pernah ambil berat terhadap komen rakyat dalam isu-isu yang berkaitan. Beliau lebih selesa bersikap diam diri dan hanya 'menjawab sekadar menjawab'. Tetapi kini (rujuk akhbar hari ni) beliau mempertahankan diri beliau seolah-olah beliau dapat merasakan aura yang cukup kuat atas kemungkinan hayat beliau di kerusi milik 'mutlak' beliau itu akan terjejas kalau rakyat terus berdemo dan terus merancang tindakan yang lebih drastik...Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang menunjukkan komitmen mereka dalam semua isu yang berkaitan. Harapnya Menteri berkenaan akan lebih berhati-hati dan yang lebih baik adalah ikut permintaan masyarakat (tinggalkan kerusi empuk tu)...

* sama-sama kita sentiasa peka kepada semua isu rakyat...dan membantu semampu yang boleh..

Assalamualaikum...

Boikot Hubungan Dengan Israel...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah setelah sekian lama semua umat Islam khususnya rakyat menunggu Malaysia memainkan peranan selaku pengerusi OIC, hari ni semua akhbar telah melaporkan kenyataan Menteri Luar yang menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar OIC di Arab Saudi yang meminta semua anggota OIC membatalkan hubungan dengan Israel yang telah mencemar maruah Islam.
Israel yang menganut agama yahudi memang bangsa yang tak pernah mendengar nasihat dan permintaan orang lain. Tapi sekurang-kurangnya dengan kenyataan tersebut akan menyebabkan mana-mana anggota OIC yang sebelum ini mempunyai hubungan diplomatik dgn Israel akan terdesak untuk melaksanakan saranan tersebut dan semestinya ia adalah khabar gembira kepada umat Islam.
Dalam melihat Isu ini, kita sebagai umat Islam juga mempunyai tanggungjawab untuk memutuskan hubungan dgn negara yahudi tersebut. Benar, kita tiada hubungan rasmi dengan mereka tetapi jika dilihat kepada keadaan kini, umat Islam adalah antara penyumbang kepada keutuhan dan kukuhnya syarikat-syarikat milik bangsa tersebut. Telah berbuih mulut Ilmuan-ilmuan Islam yang menjiwai keperitan kesengsaraan saudara kita di Palestin meminta umat Islam memboikot produk-produk yang ada kaitan dengan yahudi dan Israel. Tetapi malangnya kita adalah kita, umat islam yang terus ditipu dengan kebahagiaan dunia. Permintaan yang terlalu kecil, yang terhasil daripada rintihan saudara-saudara kita di negara-negara yang tertindas oleh musuh tetap kita abikan. Kita tidak merasai keperitan sebagaiman yang merak lalui. Apakah setelah berlansungnya Konvensyen yang mengutuk keras tindakan Amerika, Israel dan konco-konconya di Kuala Lumpur hampir sebulan yang lalu masih tidak dapat membuka mata kita? Apakah kita hanya mampu mengungkapkan kalimah kesian dan sedih serta hiba tanpa mampu menyumbang dan memainkan sedikit peranan yang cukup kecil ini? Ya, Allah kembalikan semangat perjuangan dan kesedaran dalam jiwa kami umat Islam.
Tahinah diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa melakukan usaha memberikan kesedaran terhadap perkara ini (boikot). Kepada mereka-mereka yang terus-menerus mengedar risalah tentang syarikat-syarikat yang ada hubungan dgn yahudi dan Israel tahniah dan terima kasih "diri ini" ucapkan di atas keprihatian saudara-saudari semua. Moga kemenangan dan kesedaran milik kita semua bersama semua umat Islam yang masih lena dibuai mimpi dan cinta kepada dunia yang fana ini.

Saturday, February 24, 2007

Berfikir di luar kotak...

Assalamualaikum..
Ketika ini masyarakat mula tertumpu kepada saranan Perdana Menteri supaya masyarakat kita sentiasa berusaha untuk berfikir di luar kotak (luar kebiasaan dan lebih bersifat untuk memajukan bangsa dari segenap sudut). Walaupun saranan tersebut dilontarkan hampir sebulan yang lalu atau lebih (lupa tarikh lontaran idea tersebut diumumkan) tetapi "diri ini" tetap ingin memberikan pendapat tentangnya. Kemudian (Setelah pengumuman saranan tersebut kita dapat lihat topik ini mula turut dibincangkan oleh ilmuan di dalam negara kita sehinggakan apabila ada di antara masyarakat yang sentiasa membawa isu-isu setempat dianggap mereka itu masih tidak mampu berfikir di luar kotak.

Perkara yang ingin dibawa berfikir bersama ialah persoalan tentang apa sebenarnya yang kita mahukan daripada saranan tersebut? Apakah kita tidak lagi boleh memikirkan isu-isu yang melibatkan keruntuhan bangsa dan masyarakat kita (yang utama lagi saudara seagama) semata-mata kita berpendapat itu hanyalah isu setempat dan tidak berada di luar kotak pemikiran yang kita inginkan? Jika ini berlaku, maka "diri ini" amat yakin masyarakat kita akan semakin musnah pada masa hadapan sekalipun kita cuba memajukan masyarakat dengan isu yang lebih 'luar kotak' daripada ketika ini. Saranan Perdana Menteri tadi amatlah baik, cuma masalahnya adalah kita yang menterjemahkan saranan tersebut kadang-kadang menggambarkan seolah-olah kita tidak lagi perlu tumpu isu-isu dan perkara yang melibatkan bangsa setempat kerana perkara tersebut tidak bersifat 'luar kotak' sebagai mana yang diinginkan. Jadi apakah maksud sebenar daripada saranan 'berfikir di luar kotak' tadi? Sama-sama kita fikirkan dan terjemahkannya dalam bentuk yang lebih baik dan menguntungkan masyarakat dari segenap sudut tanpa mengkesampingkan apa jua isu.

* Perkara ini dibangkitkan setelah membaca beberapa respon dan juga mendengar lontaran idea daripada beberapa pihak tentang saranan Perdana Menteri kita.

Makanan segera memberikan kesan kepada kesihatan...

Assalamualaikum..
Perbincangan terbuka kini tertumpu kepada isu mengharamkan iklan makanan segera di semua saluran media. Masing-masing memberikan pandangan tentang perkara tersebut. Tertarik dengan pendapat daripada FOMCA dan CAP yang melihat isu pengharaman atau pembatalan iklan makanan segera di semua saluran media bukanlah kaedah yang terbaik. Contoh yang dibawa adalah pengharaman iklan rokok di semua saluran media, tetapi jumlah perokok tegar dan perokok baru masih tidak menurun bahkan sesetengah kawasan jumlah perokok baru adalah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Kemudian dibawakan lagi hujah dan pandangan, jika sekiranya memang diketahui dan kita semua bimbangkan kesihatan masyarakat kita kerana pemakanan yg tidak seimbang tadi, adalah lebih baik kita mengharamkan terus pengeluaran makanan-makanan segera tersebut. Itu juga adalah kaedah yang sebenarnya lebih wajar dan relevan.

"diri ini" tak nak susah payah bahaskan benda yang dah hangat diperdebatkan di dalam negara kita, cumanya dalam masa yang sama kita juga perlu melihat kepada keruntuhan akhlak masyarakat kita yang semakin meruncing. Kalau tadi kita membincangkan tentang kesihatan hanya sebahagian masyarakat, kini kita juga perlu bincangkan masalah yang lebih besar. Sekalipun bukanlah semua masyarakat kita bergelumang dengan masalah keruntuhan moral, akan tetapi kesan daripada keruntuhan tersebut akan menyebabkan masyarkat secara totalnya akan runtuh dan musnah serta dikelilingi oleh penyakit budaya yang lebih dahsyat. Tiada lagi masyarakat 'Timur' yang penuh dengan budaya dan adat resam yang berpaksikan kesopanan dan juga tertibnya yang jitu.

Kita semua perlu memikirkan apakah peranan yang perlu dan mampu kita mainkan supaya masyarakat kita dapat dipulihkan kepada situasi yang lebih baik. Jangan kerana kita rasakan diri kita tidak berapa baik menyebabkan kita tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam membentuk masyarakat. Kita hanya mengharapkan orang lain yang kita rasakan lebih layak dan berprioriti untuk melaksanakannya. Kemudian bila masyarakat semakin musnah kita sibuk menyalahkan golongan-golongan tadi. Itulah kita yang hanya sentiasa pandai mencari sebab dan alasan untuk melakukan sesuatu. Apabila terhasil kejayaan daripada usaha tersebut kita mendabik dada seolah-olah kitalah yang memainkan peranannya. Tetapi apabila sebaliknya kita mula melarikan diri daripada melihat dan mengkoreksi kesilapan kita.

Jadi kesimpulannya adalah wabak dan 'makanan segera' yang kita pilih untuk jiwa kita adalah isu yang sebenarnya yang perlu diberi perhatian sewajanrya di samping kita tumpukan juga isu kesihatan tubuh badan yang dibangkitkan di awal tadi. Masyarakat kini lebih memilih budaya yang bagi mereka nampak mudah dipraktikkan dan kononnya meraikan jiwa mereka yang sentiasa inginkan kebebasan yang 'mutlak'. Pelik, tapi itulah masyarakat kita kini. Sama-sama berusaha melahirkan masyarakat yang lebih baik dari semasa ke semasa dan semestinya jika mampu bermula daripada diri sendiri juga.

Friday, February 16, 2007

Cawat Besi lagi...

Assalamualaikum...
16 Feb 07-dilaporkan oleh semua akhbar perdana pandangan Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Hassan Din Al-Hafiz tentang pandangan yang dilontarkan beliau ketika Forum Maal Hijrah di salah satu tempat di Terengganu. Beliau mencadangkan supaya undang-undang 'menggalakkan' wanita memakai cawat besi dilaksanakan supaya dapat membendung gejala dan kes rogol yang tidak terbendung lagi kini.
Terkejut dengan pandangan tersebut maka "diri ini" sengaja kongsikan kecelaruan ini untuk tatapan bersama. Apakah tiada jalan lain lagi yang lebih relevan untuk menangani masalah tersebut? Apakah semua jalan dan langkah yg lebih logik dan relevan telah kita laksanakan? sehingga idea tersebut blh dikemukakan kepada khalayak umum? "diri ini" tak pasti apakah benar laporan akhbar berkenaan isu ini. Tetapi tidak salah rasanya untuk kita mepersoalkan kewajaran pelaksanaan idea tersebut.
Suatu ketika dulu salah seorang warga negara kita yang 'dikenali umum' juga melontarkan idea yang sama tetapi sepi begitu sahaja. Tetapi kali ini "diri ini" menjangkakan situasi yang berbeza akan berlaku kerana ianya dilontarkan semula oleh salah seorang tokoh agama yang disegani di negara kita.
Tunggulah laporan seterusnya, "diri ini" akan cuba terus memberi pandangan balas terhadap situasi ini sekalipun pandangan di sini bukanlah pandangan yang boleh diambil kira dan dipandang berat oleh pihak yang berwajib.

....
Pening dan runsing bila memikirkan kaedah dan langkah tersebut sahaja yang diketengahkan. Akan semakin kayalah tokey-tokey besi di negara kita kelak. Kemudian pencuri besi buruk semakin berleluasa la pula. Betul ke? ...Kemudian tol akan naik lagi (eh luar tajuk pula).. tp itu lah kebiasaannya tol akan naik biar pun kengkadang harga bagi barang yang naik bukanlah barang yang berkaitan sangat dengan pengurusan tol pun...
....

Sunday, February 11, 2007

Bersyukurkah kita?

Assalamualaikum..
Segala pujian bg Allah yang sentiasa melimpahi kita semua dgn nikmat dan rahmatNya. Semoga kita diberi peluang menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur atas apa yang dianugerahkan meskipun kekadang kita rasa seolah-olah nikmat dan rahmatNya tidak menyebelahi kita. Ingatlah peringatan yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran yang suci yang dilindungi daripada sebarang penyelewengan.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:216 :

... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

begitu juga Firman Allah dalam surah Ibrahim:7 :

dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Maka semestinya kita sentiasa hargai segala nikmat yg dikurniakan ke atas kita. Jangan kita bersikap tamak mengharapkan segala harapan dan permintaan kita segera dikabulkan oleh Allah, sehingga kita lupa bersyukur bilamana kita merasakan kita diabaikanNya (sama-sama berlindung daripada sifat sedemikian). Allah jualah yang mengetahui apa yg baik dan sebaliknya untuk kita.