Tuesday, March 13, 2007

Macam mana Kementerian boleh silap...

Assalamualaikum...
Semua pihak berasa gembira ketika pengumuman pelajar terbaik SPM bagi tahun ini. Keputusan yang begitu memberansangkan sehingga pihak bertanggungjawab begitu bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan kenyataan. Semua ibubapa mendoakan agar anak mereka juga diberikan kejayaan yang lebih baik atau paling tidak serupa dan setanding dengan pelajar terserbut.

Apa yang memeranjatkan semua pihak ialah apabila keputusan yang sebenar keluar, keputusan yang diperolehi oleh 'mangsa keadaan' adalah tidak sebagaimana yang dilaporkan dan diwar-warkan oleh akhbar seminggu awal dari tarikh pengumuman keputusan sebenar. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Hanya pihak yang berkenaan sahaja mampu menjawab persoalan ini. Cuma kita sebagai rakyat biasa masih mempunyai hak untuk mempertikaikan keadaan tersebut. Bagaimana keputusan sebenar boleh 'terpesong' jauh daripada keputusan yang diumumkan.

Pihak kementerian perlu mengambil tanggungjawab untuk menjawab isu ini dengan sebaiknya. Alangkah kesian dan sedihnya hati keluarga pelajar tersebut yang pada awalnya pasti berhajat membuat kenduri doa selamat besar-besaran atau setidak-tidaknya pihak surau atau masjid kampung pelajar berkenaan telah menyusun program yang berkaitan dan sesuai dengan keputusan tersebut untuk dikongsikan dengan anak-anak kariah yang lain. Belum lagi kita menyingkap perasaan 'mangsa keadaan' lagi.

Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Semua pihak runsing memikirkannya. Badan Kerajaan boleh silap dalam melakukan percaturan masa depan anak bangsa sendiri?

Sekian..semak dan teruskan muhasabah diri kita semua...

Majlis Fatwa Perlis: Fatwa Terkini...

Assalamualaikum...
Merujuk kepada semua laporan akhbar harian dalam negara, laporan tentang keputusan Majlis Fatwa Perlis tentang pengharaman muallaf (saudara baru) untuk ber'bin'kan Abdullah atau mana-mana nama yang sewaktu dengannya:- lewat sikit respon kerana nak tunggu respon daripada pihak yang berwajib lain.

Alhamdulillah setelah 2 hari berlalu, respon daripada pihak yang ditunggu-tunggu keluar juga menjadi tatapan umum di dada akhbar-akhbar harian di negara kita. Memang suatu ketika dahulu semacam satu kemestian bagi saudara baru yang memeluk Islam untuk ber'bin'kan Abdullah atau apa-apa nama yang sewaktu dengannya. Bahkan seolah-olah orang Islam menganggap suatu kemestian yang tidak boleh tidak untuk saudara-saudara baru tersebut menggunakannya.

Zaman berlalu, semakin ramai cerdik pandai dalam bidang Agama (Islam) yang lahir dan muncul di khalayak masyarakat Islam Malaysia. Antara saranan mereka adalah supaya semua pihak berwajib dan berkaitan memberi kebebasan kepada saudara baru untuk memilih atau menggunakan nama asal dan juga ber'bin'kan bapa asal mereka selagimana maksud bagi nama mereka adalah maksud yang baik. Alhamdulillah sambutan yang positif daripada semua pihak. Bahkan masyarakat Islam Malaysia sendiri mula selesa dengan keadaan tersebut dan mula menerima pakai konsep dan kaedah yang disyorkan oleh golongan ilmuan Agama tadi.

Kini timbul pula isu yang baru dan menarik untuk masyarakat mula menilai kembali tajuk perbincangan di atas tadi, setelah sekian lama masyarakat merasakan isu tersebut telah selesai dengan baik. Apa yang menarik dalam isu ini ialah penggunaan istilah "haram" yakni Majlis Fatwa Perlis mengharamkan sama sekali penggunaan bin Abdullah (atau yg sewaktu dgnnya), itu lah yang masyarakat semua faham daripada laporan semua akhbar harian Malaysia. Kita tidak pasti apakah laporan tersebut yang silap membuat liputan kenyataan asal Mufti Pelris atau memang itu lah yang dimaksudkan oleh Sahibus Samahah Mufti Perlis. "diri ini" ini memang terkejut dengan penyebaran fatwa tersebut dan "diri ini" amat yakin ramai lagi orang Islam di luar sana berada dalam keadaan yang serupa. Merujuk kepada semua laporan akhbar, maka tidak salah "diri ini" membuat telahan yang Mufti memang bermaksud untuk mendedahkan pewartaan fatwa tersebut.

Alhamdulillah, setelah respon daripada pelbagai pihak dilaporkan juga dalam laporan akhbar harian negara kita pada hari berikutnya maka Mufti pun menjawab kembali antara respon tersebut (respon dari PERKIM Perlis). Jika dilihat daripada laporan tersebut maka Mufti perlis membayangkan bahawa Fatwa tersebut masih belum muktamad dan semestinya belum diwartakan.(jika ikut pemahaman "diri ini" yang tak berapa faham ni - kalau rujuk kepada laporan awal, kenyataan tentang fatwa tersebut dibuat dengan begitu yakin seolah-olah ianya telah diwartakan ianya adalah fatwa muktamad). Tetapi akhirnya mufti seolah-olah membuka ruang kembali untuk dibincangkan sebelum diwartakan oleh pihak yang berkenaan. "diri ini" sekali-kali tidak lansung mempertikaikan kewibawaan kesemua ahli Majlis Fatwa Perlis yang semestinya dilantik kerana ketokohan dan keilmuan mereka. Untuk tatapan umum dan keselesaan masyarakat kita agar tidak lagi menzahirkan ketidakpuasan hati mereka kepada Majlis Fatwa Perlis rasanya elok jika Majlis Fatwa Perlis mengeluarkan data lengkap aduan tentang perkara tersebut (saudara baru tidak selesa kerana 'dipaksa' untuk ber'bin'kan Abdullah dan sebagainya) supaya segala kekusutan dalam dileraikan.

Apa yang "diri ini" harapkan ialah semoga semua pihak akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan ataupun kenyataan balas dan sebagainya. Jika sesuatu perkara itu perlu melalui prosuder-prosuder lain lagi maka biarkan ianya melalui prosuder tersebut dahulu kemudian barulah kita ketengahkan kepada masyarkat umum. Jika ingin diketengahkan segera sekalipun kenyataan tersebut mestilah dijelaskan kedudukannya (sama seperti keadaan sekarang, jika belum diwartakan perlu dimaklumkan segera bermula daripada kenyataan pertama lagi bukan kenyataan berikutnya setelah dikecam oleh pelbagai pihak). Islam mengajar kita untuk menutup segala pintu kerosakan (saddu az-zarai') sebelum kerosakan melanda dengan lebih parah. Jadi di dalam situasi sebegini, Majlis Fatwa semua negeri dan juga badan-badan yang bertanggungjawab perlu berhati-hati supaya masyarakat awam tidak memandang serong terhadap kenyataan ilmuan agama kita dan tidak pula menarik kembali kepercayaan mereka kepada ilmuan agama.

Mohon kemaafan jika ulasan kurang atau tidak menarik.

Wednesday, March 07, 2007

Jawapan kepada persoalan kaum wanita...

Assalamualaikum...
Kali ini "diri ni" nak buktikan kepada semua kaum wanita dan umat Islam di luar sana amnya tentang jaminan Allah terhadap kewajipan wanita menutup Aurat dengan sempurna.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا

Maksudnya:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(59)

Dalam ayat tersebut secara jelas Allah menerangkan tentang tujuan kewajipan tersebut.Jadi segala tohmahan dan keengganan sesetengah pihak tidak mahu menerima alasan dan sebab kenapa wanita perlu menutup aurat dengan sempurna adalah tidak dapat diterima akal oleh umat Islam yang patuh kepada ajaran Islam.

Kenapa kita pertikaikan tentang adanya wanita yang memakai tudung dan menutup aurat terlibat dengan gejala yang tidak sihat bahkan ada juga yang dirogol? "diri ini" ingin mengingatkan kepada semua bahawasanya Allah adalah pencipta kita yang maha Agung jadi Dia lah yang mengetahui tentang kita seluruhnya. Jawapan paling mudah kepada tohmahan yang mengatakan wanita yg memakai tudung dan menutup aurat juga ada yang menjadi mangsa terhadap jenayah rogol dan yang sewaktu dengannya adalah kesilapan mereka tidak melaksanakan perintah tersebut dengan sempurna. Islam telah menggariskan bagaimana kaedah yang betul bagi seorang wanita untuk menutup aurat dan di dalam ayat tersebut jelas menerangkan tentang sebab kewajipan itu adalah untuk memudahkan mereka dikenali yakni dibezakan dengan bangsa dan pengikut agama lain dan juga mereka yang tidak memahami Islam. Tetapi apa yang berlaku kini..pemakaian tudung adalah trend semata-mata bukan kerana kewajipan.Perlu diingat bukan tudung sahaja yang diwajibkan Islam tetapi pakaian yang dipakai seluruh tubuh wanita itu yg telah digariskan oleh Islam secara sempurna. Antara syaratnya ialah pakaian tersebut tidak lah nipis, tidak menampakkan bentuk tubuh dan tudung mestilah labuh ke (sehingga)dada (bukan macam kebanyakan yang kita lihat kini). Jadi diharap kepada kita semua agar faham isu ini dengan jelas agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang tidak mahu melihat wanita Islam patuh kepada tuntutan Islam yang sebenar.

Kemudian boleh juga dirujuk perintah yang jelas ini di dalam Surah An-Nur.

Assalamualaikum..




Rosnah Mat Aris

Assalamualaikum...
Agak lambat sikit respon pasal isu ni..apa pun sebenarnya pelik juga dengan orang kita ni. Bagi "diri ini" sebenarnya ketika itu mmg jelas nampak yg Rosnah tak bermaksud utk menghina Isteri Rasullullah (blh tgk balik video tersebut).

Isu sebenarnya yg patut kita pertikaikan adalah tntg kenyataan Rosnah yg mengatakan Rasullullah bercinta dgn Khadijah. Kenyataan ini seolah-olah merujuk Rasullullah dan Khadijah bercinta sebelum berkahwin (mcm la yg berlaku kat rosnah dan masyarakat kita kini). Semua kita maklumi yang Rasullullah dan khadijah terus berkahwin tanpa ada kisah-kisah cinta atau gosip-gosip yg berkaitan. Jadi perumpamaan yang rosnah buat adalah salah sama sekali. Itu lah isu yang sepatutnya kita bincangkan..Tapi malang..masyarakat kita terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan sesetengah pihak..bila ada pihak yang awal membuat kenyataan mengatakan rosnah menghina Isteri Rasulullah ramai yang menyahut dan setuju padahal di sana ada perkara yang lebih patut kita tegur dahulu dalam kenyataan tersebut. Berapa ramai yang menegur kenyataan beliau tentang percintaan antara Rasullullah dan khadijah? Semua kita jelas cinta dipupuk antara keduanya adalah selepas perkahwinan. Jadi kepada rosnah kalau nak buat perbandingan tu silalah kahwin dulu baru buat kenyataan sedemikian.