Friday, November 30, 2007

Annapolis

Minggu ini paparan berita dunia semuanya melaporkan 2 bahan berita yang menjadi tajuk popular dikalangan masyarakat dunia. Isu Perjanjian Damai Asia barat (Palestin-'israel') dan juga Pergelutan politik di Pakistan. Kedua-dua isu ini mempunyai hubung-kait dengan dunia Islam.

1. Perjanjian Damai Asia barat (yang entah untuk kali yang keberapa sepanjang lebih setengah abad ini) kali ini sekali lagi dipelopori oleh Amerika. Kali ini dibuat di Annapolis, Amerika. Semua pihak cuba untuk mengikuti sidang perjanjian kali ini dengan mengharapkan akan diakhiri dengan satu resolusi yang dapat meredakan ketengangan yang berlaku antara Palestin-'israel' dan akan tertegak lah Negara Palestin. Sidang ini dikatakan sebagai penerus sidang yang telah berlaku 14 tahun yang lalu iaitu perjanjian Oslo 1993. Perjanjian yang berlaku 14 tahun lampau menemui kegagalan kerana pelbagai peristiwa dan yang utamanya adalah keangkuhan 'israel' dan juga konco-konconya. Kini semua pemerhati politik meliaht apakah kesudahan bagi perjanjian yang berikutnya ini.

Kebanyakan pemerhati politik menganggap Amerika berada dalam keadaan terdesak untuk memulihkan imej negaranya di mata dunia. Maka langkah mengadakan Persidangan damai ini diharapkan dapat mencapai hasrat utama tersebut yang tidak dizahirkan samada dalam ucapan Amerika ataupun di atas kertas kerja mereka. Kedua, Amerika terdesak untuk mendapatkan sokongan Dunia Arab (Islam) ke atas semua tindakan dan hubungan luar negaranya bersama negara-negara Islam. Jadi Mereka amat mengharapkan Annapolis boleh menyelamatkan ketegangan politik dalaman dan luaran negara mereka.

Telahan Amerika berjaya, mereka berjaya melibatkan Liga Arab (pemimpin-pemimpin negara Arab) dalam persidangan kali ini. Kesannya ialah dunia memandang Amerika sebagai 'hero' yang menyelamatkan dunia Islam dan sekitarnya. Padahal Amerika cuba untuk menutup malu di atas kegagalan misi bodoh mereka iaitu menceroboh dan menghancurkan Afghanistan dan juga Iraq. Jadi antara hasrat utama persidangan ini telah tercapai sebelum bermulanya persidangan lagi bilamana kebanyakan pemimpin negara Arab bersetuju untuk turut hadir melihat persidangan damai tersebut. Tambahan pula mereka berjaya membawa Arab Saudi dan Syria untuk turut serta. Suatu yang tidak pernah berlaku dalam siri-siri perjanjian damai sebelum ini.

"diri ini" berasa amat kecewa di atas tindakan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang memperlihat sokongan secara jelas (tak ada pun yang tak tunjuk sokongan-kecuali Iran) terhadap usaha yang dilakukan oleh Amerika. Semua mereka sibuk berucap dihadapan wartawan negara masing-masing (malaysia pun sama) tentang 'kejayaa' Amerika kali ini. Bahkan yang keterlaluannya ada yang telah memuji dari awal lagi tindakan Amerika ini. Bukanlah "diri ini" suka melihat kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin, tetapi kerana keyakinan yang mencapai tahap maksima tentang kegagalan yang menyeluruh sebarang usaha untuk mendamaikan kedua-dua pihak Palestin-'israel'.

Bagaimana mungkin boleh kita harapkan suatu perdamaian daripada satu perjanjian yang tidak menguntungkan lansung rakyat Palestin (pemimpin depa untung lah duit masyuuukk). Tetapi menguntungkan 'israel secara mutlak. Benar, Dunia ditunjukkan seolah-olah yahudi israel tidak setuju dengan perdamaian ini kerana hak mereka akan terjejas dan juga pemimpin yahudi menunjukkan seolah-olah mereka bertolak ansur dengan menarik rakyat mereka yang menginap di penempatan 'palestin'. Kemudian mereka juga seolah-olah membuat tuntutan kepada beberapa kawasan yang mereka yakini Palestin sekali-kali tidak akan menyerahkannya kepada mereka supaya bilamana mereka menarik balik kehendak tadi mereka akan diberi pilihan untuk memiliki tanah palestin yang telah mereka minta sebelum ini. Seterusnya Dunia akan menyalahkan Palestin jika tidak mahu menandatangani perjanjian ini kerana Dunia merasakan bahawa Israel telah mengorbankan prinsip mereka dan mengapa Palestin tidak mahu bertolak ansur. Jadi Dunia terus menyalahkan Palestin dan tidak lagi mengasihani Palestin seperti sebelum ini. Nah, inilah antara kejayaan yang bakal diraih oleh 'israel' dan yahudi seluruh dunia. Bahkan populariti Bush dan Amerika juga melonjak ke satu tahap yang sukar hendak digambarkan lagi kerana mereka telah berusaha mendamaikan 2 negara tetapi Palestin yang berkeras untuk tidak berdamai.

Antara kesan daripada kebodohan yang ditunjukkan oleh pemimpin dunia Islam yang terlibat ialah:
1.Palestin 'akan' menjadi negara yang tidak lagi berdaulat (mempunyai kekuasaannya sendiri) kerana sebahagian besar negara mereka telah dijadikan sebuah negara lain.
2. Yahudi akan meraikan kemenangan mereka atas kecerdikan mereka melaksana semua perancangan yang telah mereka rencanakan sekurun yang lampau (protkol yahudi).
3. Palestin hanya akan terus menjadi negara yang ditindas kerana dunia barat terpaksa memajukan 'israel' dari semua sudut politik demi memastikan negara mereka tidak lagi dituntut oleh Umat Islam Palestin.
4. Umat Islam tidak lagi dapat melihat dan melaksanakan ibadah di Quds kerana ianya telah menjadi milik 'israel'. Bahkan Palestin hanya tingal nama sebagaimana sekarang kerana semua laluan masuk ke Palestin akan kekal di bawah kekuasaan 'israel'.
5. Dunia islam diketawakan semahu-mahunya oleh dunia barat kerana diperbodoh dan diperkjuda sedemikian rupa. Jadi mereka tidak lagi perlu berusaha untuk menjaga maslahah Dunia Islam kerana pemimpin-pemimpin dunia islam sendiri telah membuktikan kelemahan negara masing-masing.

Kemudian menjawab la pula pihak kedua daripada kelompok umat Islam, Apakah "diri ini" terlalu bengap dan bodoh sehingga tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut? Bukan kah sekurang-kurangnya ia memberi ruang kepada Rakyat Palestin untuk hidup aman damai dalam negara sendiri (setelah tertubuhnya negara Palestin)? Tak terfikir kah di kotak fikiran "diri ini" bahawa ianya adalah satu kesempatan untuk umat Islam mengumpul kekuatan semula sebelum merampas kembali bumi 'israel'?dan pelbagai lagi persoalan lain...

Kesimpulan bagi jawapan terhadap semua soalan di atas ialah: Apakah Israel terlalu bodoh untuk tidak merangka pertahanan yang lebih kebal setelah mereka mendapat hak yang telah lama mereka impikan? Apakah 'israel' akan berbaik sangka dengan Palestin bahawa tiada lagi pejuang Palestin yang akan menyerang 'israel' kerana 'jasa baik' yang telah israel mainkan dalam perjanjian damai sebegini? Kemudiannya Apakah dunia barat akan berdiam diri ketika berlakunya 'pencerobohan' ke atas bumi 'israel'? Padahal umum mengetahui bahawa pemimpin Palestin dan Israel telah menandatangani perjanjian penyerahan negara masing-masing. Jadi apakah bukti lagi yang ada di pihak kita untuk menuntut kembali tanah yang telah dijadikan negara 'israel'? (Negara Palestin? bukan ke Palestin telah terbina sekian abd lamanya?)

Jadi siapakah yang sebetulnya bengap dan bodoh? ....

nota: macamana lah boleh sesetengah pihak kata tak suka ambil tahu pasal politik, padahal ianya adalah untuk masa depan Islam itu sendiri... so jangan duk ikut puak-puak yang berfikir sedemikian, merugikan masa depan Islam aje. Nak harapkan kebahagiaan dan kemenangan Islam datang bergolek depan mata dek baik hatinya musuh-musuh Islam? abaikan lah...Sudah menjadi resmi dunia...kalau tak tak lah diadakan Syurga dan neraka.

pandangan untuk isu yang kedua (Pakistan) akan menyusul....

Thursday, November 29, 2007

Aulawiyyat vs Halawiyyat

Assalamualaikum...

Aulawiyyat : Keutamaan
Halawiyyat : Manisan (kuih-muih arab)

Alhamdulillah kita diberikan kesempatan lagi untuk terus hidup di bumi Allah S.W.T.

Malaysia: Cuti sekolah akhir tahun telah menjelma. Pelajar-pelajar mula menyusun pelbagai aktiviti samada secara sendirian aatau bersama ibubapa masing-masing juga mungkin bersama guru-guru. Pelbagai aktiviti dilansungkan ketika msuim cuti sekolah ini. Resminya mula sahaja cuti sekolah maka sibuklah malaysia dengan undangan ke walimah perkahwinan. hujung minggu masyarakat terpaksa dibahagi2 untuk menghadiri wlaimah tersebut demi ianya anjuran Islam dan juga demi sebuah persaudaraan. Moga persaudaraan tersebut kekal selamanya bagi semua pihak.

Suatu ketika dahulu semasa berada di Jordan, sempat juga merencanakan@berangan-angan untuk membawakan budaya cuti sekolah di Jordan ke Malaysia. Antara aktiviti yang memikat hati ini ialah kelas-kelas Al-Quran dan juga hafazan Al-Quran. Alhamdulillah kembali sahaja ke Malaysia hati berasa gembira kerana ada rancangan tv yang membawa ke arah tersebut iaitu mengajar dan mendidik jiwa individu ke arah mempelajari Al-Quran dan juga memahaminya. Rancangan yang menarik minat tersebut ialah rancangan 'Mari belajar Al-Quran' bersama Ustaz Zamri. Alhamdulillah satu kelainan yang dibawa oleh ustaz zamri dalam siri-siri pengajaran beliau.
Jika dahulu rancagan tv sedemikian hanya menumpukan kepada pembacaan dan pembetulan tajwid secara umum, dalam program bersama ust Zamri tersebut ianya didedahkan dengan lebih detil lagi dan lebih menarik serta lebih tepat. Pujian haruslah diberikan kepada semua yang menjayakan slot tersebut dan khasnya tv9. Cuma yang persoalannya ialah apakah semua majoriti keluarga Islam di Malaysia menonton rancangan ini? atau ibubapa lebih merelakan anak mereka menonton rancangan lain? Sekalipun rancangan tersebut hanya melibatkan kanak-kanak sebagai 'pelajarnya' tetapi setelah sempat beberapa kali mengikuti siaran tersebut sehingga akhirnya.."diri ini" merasakan ianya sesuai dan sewajibnya ditonton oleh semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

Aktiviti pada musim cuti sekolah di malaysia pelbagai. Ada yang selayaknya diberi pujian dan ada yang sebaliknya. Harapan "diri ini" ialah agar semua ibubapa merencanakan aktiviti yang sewajarnya bagi anak-anak mereka bersesuaian dengan batasan Syariat Islam.

Antara aktiviti yang menarik perhatian "diri ini" ialah kelas tarannum Al-Quran. Sekian lama telah mengikuti beberapa perkembangan sedemikian. Kanak-kanak diajar tarannum Al-Quran demi untuk mebiasakan mereka dengan Al-Quran dan demi untuk mempastikan mereka cintakan Al-Quran. Apakah pandangan anda tentang perkara ini?

Secara umumnya perkara tersebut bukanlah satu kesalahan bahkan boleh diberikan pujian ke atas pihak yang melaksanakannya, tetapi di sinilah kita perlu lihat keutamaan (aulawiyyat) dalam menuntut ilmu Al-Quran. Benar, Allah S.W.T menyarankan kita supaya memperindah bacaan Al-Quran masing-masing, tapi apakah ianya dengan tarannum (halawiyyat) semata-mata atau ilmu tajwid yang lebih lengkap dan sempurna? Jadi bagi "diri ini" yang kurang berpengetahuan amatlah lebih aulanya atau afdhalnya kanak-kanak tadi diajar ilmu tajwid dan didedahkan ilmu yang berkaitan sebagaimana yang telah diajarkan oleh ustaz Zamri dalam rancangannya. Kita perlu praktikkan bersama kanak-kanak agar mereka lebih memahami apa yg mereka pelajari ketika disekolah (tetapi jarang dipraktikkan) yang kita semua maklumi ianya diajar dalam masa yang cukup singkat. Kasihan kepada kanak-kanak tadi yang hanya membaca Al-Quran tanpa mereka ketahui apakah hukum dan berapa harkat yang selayaknya atas setiap bacaan tadi. Jika kita hanya mengambil sikap tunggulah sehingga mereka dewasa, "diri ini" yakin berapa sangatlah jumlah anak-anak tadi yang akan terus memantapkan bacaan Al-Quran mereka.

Maka dengan rendah dirinya dipohon agar semua pihak memandang berat perkara ini. Ya, tidak sesekali menyalahkan ilmu tarannum tadi, tetapi perlu kita fahami apa yang sewajibnya dahulu.

Akhirnya sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada tv9 yang telah menerbitkan "mari belajar Al-Quran" bersama ustaz Zamri. Moga selepas ini teknik yang sama atau lebih baik boleh diterbitkan lagi oleh stesen tv lain. "diri ini" syorkan untuk diterbitkan pula rancangan yang sama tetapi 'pelajarnya' ialah pemuda-pemudi/golongan peringkat umur atasan agar boleh membuatkan semua muslim di Malaysia baik bacaan Al-Qurannya disamping fahami tentang ilmu tajwid yang sebenarnya. Maklumlah rancangan ustaz Zamri hanya melibattkan anak-anak kecil jadi malu pula golongan lapisan yang lain untuk menontonnya.