Tuesday, May 29, 2007

Salam vs Buzzing

Assalamualaikum....

Percubaan seterusnya untuk menulis dan meng'update' blog yg dah lama tak dikemaskini. Baru-baru ini percubaan untuk kemaskini blog gagal kerana artikel yang ditaip tak dapat diuploadkan oleh kerana kesilapan teknikal (salah blogger la..sebab dah masukkan kod tapi tak publish, kesannya artikel tersebut hilang entah ke mana..)

Semoga percubaan kali ni berjaya hendaknya..

Zaman dan waktu sentiasa bergerak 'pantas' dan tidak akan sesekali berpatah balik untuk memberi peluang kpeada kita semua memperbaiki kesilapan pada masa-masa yang telah kita lalui. Peredaran tersebut menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian setipa manusia. Tamadun berganti dengan tamadun yang seterusnya dan sentiasa akan terus berganti. Sistem perhubungan di antara kita juga terkesan dengan perubahan waktu dan zaman ini. Pada peringkat permulaan manusia mengenal erti kecanggihan sistem perhubungan yang digunakan adalah surat menyurat dan juga telegram. Kemudian berpindah kepada sistem yang lebih baik iaitu telefon (talian tetap), sampai lah kepada zaman yang kita sedang lalui ini sistem perhubungan terus berkembang dengan baik dan pesat. Kini kebanyakan masyarakat mula berhubung denga kaedah yang tidak memerlukan kos yang tinggi, SMS, email, Messenger dan sebagainya.

Untuk kali ini "diri ini" ingin memfokuskan kepada sistem perhubungan 'anak-anak muda' walaupun ada juga mereka yang telah lanjut usia berjaya meneroka sistem ini tetapi majoriti anak muda lebih terkedepan dalam menggunakan dan memanfaatkan sistem yang terkini ini. Tanpa buang masa. perkara yang ingin difokuskan ialah penggunaan 'messenger' (tak kira lah YM ke MSN ke..dll). Seringkali kebanyakan kita bila mula berhubung dngan kenalan lebih suka untuk gunakan butang 'buzz' untuk menegur kenalan tersebut. Apabila ditanya kenapa sering menggunakan kaedah tersebut, seringkali juga jawapan yg diterima ialah untuk memastikan samada kenalan tersebut berada di 'depan' komputer atau sebaliknya. Apakah jika kita memberi salam kita tidak akan tahu yang kenalan kita berada di 'depan' komputer atau sebaliknya? apakah jika kita meberi salam komputer tersebut akan mempermain kita untuk menjawab salam menggantikan kenalan kita?

Inilah fenomena kita ketika ini. Pernah satu ketika kita berdebat bahkan sering memforward email@message untuk mengajak kenalan kita dan umat Islam yang lain menggunkan taipan perkataan salam dengan ejaan yang penuh (sekalipun sebenarnya perkara tersebut tak perlu dipertikaikan kerana semua kita maklum seringkas mana sekalipun ia adalah lafaz salam daripada pihak yang menghantar email @message tersebut). Kita juga mem'forward'kan email dan sebagainya untuk memeperbetul sebutan dan ejaan Makkah atau Mekah berbanding penggunaan yang dipelopori barat iaitu Mecca (ini pun tak perlu dipertikaikan sebab tak ada apa yang boleh mengelirukan kita dalam perkara ini). Kini mari kita membincankan pula kaedah yang sebaik-baiknya untuk kita bertegur sapa dengan kenalan atau pihak lain.

Bukankah di dalam Islam kita diajar untuk memulakan setiap pertemuan kita denga lafaz yang mulia (Assalamualikum)? Bukan kah kita sering meng'khatam'kan Al-Quran sepanjang Ramadhan? Tidakkah kita bertemu dan memahami ayat Al-Quran di dalam surah An-Nur:27

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memasuki rumah orang lain sehinggalah kamu dialukan dan kamu memberi salam kepada ahli rumah tersebut, ketahuilah ianya adalah lebih baik bagi kamu, moga-moga kamu semua sering mengingati.

Jelas anjuran ini adalah galakan dan keharusan (kewajipan) memberi salam ketika kita ingin menziarahi atau memasuki rumah orang lain. Apakah 'messenger' tidak boleh kita katakan sebagai rumah yang khusus bagi kenalan kita?

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Maksudnya :
Sabda Rasullullah Sallahu'alaihi wa sallam: " Tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman dan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia berkasih-kasihan (semata-mata kerana Allah), inginkan aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang akan mengikat hubungan di antara kamu jika kamu melakukannya? Berilah dan sebarkan lah salam di antara kamu". (Shahih Muslim:81, Mausuah Maktabah Syamilah)

Kewajipan kenalan kita pula adalah menjawabnya. Perkara ini telah dimaklumi oleh semua pihak tanpa perlu dibahaskan lagi. Alangkah elok,molek dan manisnya jika kita berusaha untuk menghidupkan sunnah yang telah dibawa oleh Rasullullah ini. Bahkan ianya telah dianjurkan oleh Allah dalam firmannya sebagimana yang tertera di atas.

Usahlah kita berdalih lagi untuk sama-sama mengimarahkan sunnah yang mulia ini. Sudahlah sunnnah yang besar kita tinggalkan, sunnah yang sekecil ini pun kita ingin jauhkan daripada pengamalan kita? Aduh, jauhnya kita dengan Sunnah Rasullullah. Kita ingin syafaat baginda di akhirat nanti tetapi kita tidak berusaha menghidupkan sunnah Baginda Sallahu'alaihi wa sallam.

Jangan berdalih dengan membuat 'qias' yang tidak sewajarnya. Kita meng'qias'kan bahawa ulama mengharuskan untuk kita mengetuk pintu atau menekan loceng jika menzirahi kenalan kita maka apakah salah jika kita buzzing sahaja kenalan kita di mana-mana medium 'messenger'? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Apkah jika kita sudah berdepan dengan tuan rumah yang ingin kita ziarahi kita masih lagi menekan loceng rumah beliau atau kita memberi salam?

Ayuh kita mengorak langkah menghidupkan kembali sunnah Rasullullah. Sudahlah tajuk yang dibincang dalam medium tersebut pun kadang-kadang tidak bermanfaaat. Memberi salam pada permulaan 'pertemuan' pun ditinggalkan. Sekalipun ramai di antara kita tetap memberi salam selepas 'buzz' tetapi dahului dengan salam adalah lebih mulia insyaAllah.

Assalamualaikum...

Wednesday, May 09, 2007

Qarar baru untuk tajdid Iqamah Thanawiyah di Jordan

Assalamualaikum...
Hari ni lengkaplah lagi andaian warga Malaysia di jordan (juga warga malaysia di negara arab yg lain) bahawasanya arab memang suka tukar qarar ikut suka dia aje...baru berapa bulan yg lalu dah ada qarar baru hinggakan ramai pelajar Malaysia di sini terpaksa ulang-alik ke Pejabat Qabul wa Tasjil semata-mata untuk mendapatkan Ithbat Talib yang baru, kini wujud pula qarar baru bagi semua 'ajnabi' di Jordan untuk mendapatkan Syahadah 'adam mahkamiyyah untuk membuktikan yang penama terbabit tiada rekod jenayah.

Tulisan ni bukan bertujuan nak memburukkan arab tapi sekadar perkongsian bersama Pelajar-pelajar Malaysia di sini untuk bersiap sedia berdepan dengan sebarang pertukaran qarar lagi pada masa-masa hadapan. Semua kita maklumi memang pihak berkuasa negara ini berhak untuk menetapkan apa jua undang-undang untuk menjamin keselamatan negara mereka. (tapi takkan la kerap sangat?..)

Jika dulu bagi pelajar yang ingin membaharui iqamah mereka hanya perlu mendapatkan ithbat talib dan membawa bersama mereka salinan muka surat hadapan, m/s tarikh terakhir masuk jordan, tahdid sakan (yg ni pun baru diwajibkan beberapa bulan yang lalu, sebelum ni tak wajib) semua ni dalam pasport, 2 keping gambar dan isi borang perbaharui iqamah.

Kini, dah ada qarar baru yg memaksa kita untuk mendapatkan Syahadah 'adam mahkamiyyah. Nak dapatkan sijil ni kita kena pergi ke mahkamah al-'adl al-bidayah (kalau yg duk irbid, mahkamah tu berdepan dengan syarqiyah Yarmouk). Harapnya urusan ni nanti tak lah mengambil masa macam sekarang...tapi kalau kerajaan jordan tak kemas kini peraturan berurusan maknanya smeua pelajar akan berdepan masalah macamna yang telah dihadapi sekarang. Untuk dpatkan syahadah tu aje blh smapai 2 jam...kena nasib tak baik lagi lama lah jadinya...

ok lah ringkasnya ikutlah step ni untuk tajdid iqamah di jordan :
1) pastikan semua dokumen yang diperlukan ada bersama anda (kat atas td telah disebutkan)
2) Pergi ke mahkamah Al-'Adl Al-Bidayah, terus ke pejabat no 2 lepas pintu utama dan dapatkan borang utk ambil syahadah tersebut.
3) Macam biasalah dah ambil borang tu pepandai lah isi yang mana perlu, kat situ dia ada minta raqam syakhsi..so isi aje no iqamah yg tertera kat iqamah masing-masing
4) Bawa borang tu ke kaunter bayaran (al-muhasib @ qism Ar-rusum) dan bayar jd 2.200 (pastikan anda ada duit kecil untuk memudahkan urusan terutamanya duit syiling kalau tak jenuh kena keluar mahkamah tukar duit. Kemudian dia akan cop dan serahkan borang td bersama 2 salinan resit.
5) Bawa resit dan borang td ke pejabat yg sama anda ambil borang td dan depa kat situ akan rekodkan no fail kat borang tu dan akan bg semula resit yg dikepilkan bersama borang tadi kepada anda untuk anda mula pening kepala beratur untuk diambil cop jari di pejabat sebelah..
6) ha..masa ni pepandai la beratur dan bersabar...dan polis yg bertugas akan minta borang td dengan pasport anda dan anda diminta bersabar sehinggalah giliran anda dipanggil untuk diambil cop jari...AWAS! pastikan anda tidak pekak..kerana polis tu main panggil dalam office dia aje...dah la suasana macam pasar borong...pastu bila pi dekat pintu office dia suh sabar lak tggu sampai nama dipanggil...
7) bila tiba giliran anda, masuk la pejabat td jgn malu-malu...serah aje tangan anda polis di situ akan mmbantu dan membimbing anda untuk melakukan operasi cop jari...
8) Selesai kat situ terus pi ke sebelah kiri office 'cop jari' ni. masuk pula office seterusnya yg terkedalam sikit kedudukannya. serah borang n tggu la sampai dikembalikan balik..
9) Pergi balik ke pejabat yg mula-mula waktu ambil borang td dan serah kembali borang yg telah disain tugnggu la sampai semua selesai dan anda akan diberi syahadah dan jagn lupa beli dan lekatkan setem 200 fils kat syahadah tu(beli kat luar mahkmah... )
10) dah selesai tu balik semula la ke mudiriyah syurtoh (atas bukit kat balad tu)...

tu la serba sedikit langkah-langkah yang perlu anda lalui..kalau ada perubahan sikit-sikit tu nanti biasalah...

Tuesday, May 01, 2007

Pening....


Assalamualikum...
Baca Akhbar Hari ni? Petikan ni di ambil dari laman utusan online dalam salah satu ruangan yang ada di situ...

Pendek cerita dan kisahnya...seorang ustazah ini ditanya oleh pemberita ruangan tersebut tentang perihal aurat. Beliau pun jelaskanlah pendapat semua mazhab... katanya:

Soalan : Apakah maksud aurat dalam Islam?

"Dalam Islam, aurat bermaksud kecacatan, keaiban atau kekurangan yang wajib kita tutup. Dari segi bahasa, menjelaskan yang aurat itu adalah sesuatu yang terdedah kepada serangan musuh.

Allah memerintahkan kita menutup aurat kerana mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, menaikkan syahwat atau menyebabkan kita melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fikah Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut.

Bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunah.

Ingatlah firman Allah tentang aurat, Katakanlah kepada wanita beriman, “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..”.(Al-Nur: 31)..."

kemudian seterusnya :

"Apabila menutup aurat pula bukan bermaksud menutup kulit sahaja. Kaum wanita tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga masih menampakkan bentuk tubuh. Atau pun memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Atau memakai wig sebab masih menampakkan leher dan telinga kepada yang bukan mahram. Kain yang menutup itu pula tidak boleh yang ketat.

Dalam Islam, apabila Allah mengharam atau menghalalkan sesuatu itu ia tujukan kepada semua. Tidak ada pengecualian walau kepada ulama, ustaz atau pun ustazah."

"diri ini" confius pula bila tengok gambar ustazah ini yang disertakan oleh wartawan tersebut yang sudah tentu diambil ketika temuramah tersebut.


"diri ini" doakan agar ustazah tersbeut sedar kesilapan beliau dan harapnya orang-orang yang lebih arif dari "diri ini" yang berada di sekeliling beliau dapat menegur beliau...

Thursday, April 19, 2007

Adakah kita termasuk orang-orang yang rugi?

Assalamualaikum...

Kenapa tiba-tiba timbulkan persoalan ini? Perkara ini timbul selepas "diri ini" melibatkan diri dalam pertandingan futsal di tempat "diri ini" berada sekarang. Setelah 'bersungguh-sungguh' berhempas pulas untuk memastikan kumpulan sendiri layak ke separuh akhir dan semestinya inginkan kemenangan pada pertandingan ini akhirnya petang 19 April 2007 kumpulan kami gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir...senang cerita kalah lah.

Biasalah bila dah kalah tu macam-macam lah alasan yang kita cari untuk menyedapkan hati setelah ditimpa kekalahan. Dan yang paling biasa adalah kita mengeluh@menyesal atas beberapa perkara yang berlaku semasa 'sesuatu perkara' itu dikerjakan (dalam hal ini sesuatu perkara itu ialah perlawanan futsal). Biasanya kebanyakan kita akan sering menyalahkan pihak lain atau kita menggunakan penilaian kita dengan andaian 'kekalauan' (maaf la tak tau pula perkataan ni diterima oleh DBP ke tak). Contoh adalah seperti berikut : kalau lah peluang depan gol tadi tu aku boleh sempurnakan dengan elok mesti tak kalah dalam game@match tadi...itu lah antara perkara yang kita bangkitkan di kala kita ditimpa kekalahan (kesusahan).
Dalam melihat perkara ini menurut pandangan yang sedikit positif kita boleh sedar yang kita semua (kebanyakan) telah melakukan 2 perkara yang yang tidak berapa tepat menurut pandangan Islam.

1) Penggunaan 'kalau' : Dalam hal ini 'kalau' yang digunakan adalah 'kalau' pada perkara yang yang telah lepas. Inilah situasi yang sering diingatkan oleh para ulama kita supaya umat Islam menjauhinya kerana ia melibatkan tahap keimanan kita kepada Allah dan Qada serta QadarNya. Seolah-olah kita tidak meredhai apa yang telah berlaku. Sama la juga dengan kita meratapi kematian seseorang dan juga kita membuat andaian atas sesuatu kematian dengan segala macam 'kekalauan'. Contoh :kalau lah dia sempat minum air tadi mesti dia tak terlibat dalam kemalangan itu. Ketika berdepan dengan situasi ini perlulah kita mendidik jiwa kita semua gaar kembali bertakwa kepada Allah dan beristighfar agar kesilapan kita itu diampuni olehNya. Yakin lah dengan firman Allah S.W.T di dalam Kitab SuciNya:

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan"-(Al-Qamar:49).

وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَراً مَّقْدُوراً ...

Maksudnya : "...dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan Yang ditentukan berlakunya"-(Al-Ahzab :38).

Sebelum "diri ini" terus kepada perkara yang kedua, sukalah "diri ini" ingatkan kepada semua pihak tentang penggunaan kekalaun ini. Sering kali kadang-kadang ada di antara kita yang salah faham terhadap larangan tersebut. Perlu diingat larangan itu adalah kepada perkara-perkara yang telah berlaku. Jadi tiada masalah jika 'kalau' itu digunakan pada perkara yang akan datang kerana ianya lebih bersifat perancangan. Contoh di sini ialah : " kalau kita buat macam ni nanti perkara itu jadi macam tu la pula".Alhamdulillah kalau kita semua betul-betul ingin menjaga diri daripada ingkar tentang Qada dan Qadar Allah. Tetapi pastikan kita faham perkara tersebut agar kita tidak menganggap Islam itu susah dan payah hanya kerana larangan tentang 'kekalauan' itu.Dalam hal ini lebih elok jika kita rujuk kepada sabda Rasullullah S.A.W:

حَدَّثَنَا عَبْدُ السَّلَامِ بْنُ مُطَهَّرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مَعْنِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْغِفَارِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

Maksudnya:
"Sesungguhnya Islam itu adalah mudah dan tidak menyusahkan walaupun kepada seorang umatnya. Maka bersangka baiklah kepadanya (Islam), dekatilah ia dan bergembiralah dan mohonlah pertolongan ketika (atau di antara) solat dan ketika kamu bersenang-senang (beristirehat) dan pada sebahagian malam".(Shahih Al-Bukhari, bab Ad-dinu yusr)- juga boleh dirujuk kepada Sunan An-Nasaie dalam bab yang sama.

2) Berbalik kepada situasi kita tadi, menyesal, sedih, rugi dan sebagainya yang kita rasakan setelah ditimpa bencana ini (kalah dalam perlawanan futsal). Tetapi adakah kita rasa sesal, sedih, rugi dan sebagainya apabila kita melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kita menerima dosa? Apabila kita ditimpa kekalahan tersebut frust tu boleh sampai ke tahap kita bersendirian dan mengambil sikap tak nak bercakap dengan si folan sebab dia lah benda ini berlaku atau kerana kerana malu disebabkan kita lah perkara tersebut berlaku. Tetapi ketika kita melakukan dosa dan kesalahan tidak pula kita merasa malu dan kecewa terhadap kesalahan tersebut. Kita tidak malu dengan manusia (paling malang adalah tak malu kepada saudara Islam yang lain dan juga kepada non-muslim) apatah lagi kita nak didik jiwa untuk malu dengan Allah atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang golongan orang-orang yang rugi dari kacamata Allah S.W.T dan Islam. Tapi apakah kita mengambil kira semua firman Allah tersebut? Antaranya kita boleh rujuk kepada surah yang selalu kita (kebanyakan) baca di akhir setiap majlis iaitu surah Al-Asr :

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ...
Maksudnya:
"Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian" -(Al-Asr:2)

Kemudian dalam surah Al-Baqarah :

الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ أُولَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya:

(Iaitu) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara Yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. mereka itu ialah orang-orang Yang rugi.-(Al-Baqarah:27)

Juga di dalam ayat 46:

ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَكُنتُم مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya:

"Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang rugi".-(Al-Baqarah)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain tentang orang-orang yang rugi ini. Jadi lebih utama jika kita menyemak semua sifat kerugian yang dinilai oleh Allah dan memberi impak yang positif dalam hidup kita di dunia ini juga di Akhirat kelak. Sama-sama kita belajar membentuk diri dan jiwa masing-masing agar tidak terlalu kecewa dengan perkara yang hanya bersifat keduniaan tetapi mengkesampingkan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita selamat di Akhirat kelak.

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada "diri ini" untuk memuhasabah diri dan menyedari kesilapan petang tadi...Astaghfirullah...Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami dan seluruh umat Islam di dunia ini...

Assalamualaikum...



Tuesday, April 17, 2007

Dakwahlah macam Rasullullah!!...

Assalamualaikum..

Maaf lah tajuk tu macam kasar sebab bertanda seru...
Bukan kasar, sebenarnya tajuk tu merujuk kepada perbualan biasa yang "diri ini" yakin kita semua pernah laluinya. Baru-baru ni ada kenalan yang menceritakan masalahnya tentang kesan daripada teguran yang kadang-kadang dibuat oleh beliau kepada kawan-kawannya yang dikatakan agak kasar. Entahlah perkara ni macamna beliau boleh tahu tentang apa yang orang lain 'bisingkan' belakang beliau (bukan tanggungjawab "diri ini" menyelidik).
Kebiasaanya jika kita menegur tentang kesilapan orang lain, kadang-kadang pasti ada ketidakpuasan hati yang timbul selepas teguran dibuat. Samada teguran terlalu kasar, tak kena tempat dan tak jaga hati orang yang ditegur atau macam-macam alasan lagi yang diberikan semata-mata kerana sifat tidak mahu mengaku salah dan juga tidak mahu tunduk kepada orang yang tegur (tak tahulah sebab apa, pepandailah semua orang masukkan sendiri ayat-ayat atau kalimah-kalimah apa yang golongan ni fikirkan, kita semua pun kadang-kadang pasti fikir benda yang sama, maafkan "diri ini" kalau diri anda tidak demikian)..
Hujah yang cukup famous dan selalu jadi mainan semua pihak, tambahan yang ada ilmu-ilmu agama sikit, nescaya mereka ini akan terus minta orang yang menegur tadi supaya merujuk firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nahl ayat:125 :

Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".

Maka dengan bangganya pihak yang ditegur itu mentafsirkan ayat tersebut seolah-olah ayat tersebut memihak kepada mereka. "diri ini" bukanlah orang yang pakar dalam bidang tafsir dan juga bukan ahlinya, tapi sedikit sebanyak tahu jugalah apa yang dibincangkan dalam ayat tersebut. "diri ini" syorkan kepada semua pihak agar jenguk-jenguklah kitab-kitab tafsir tak kira lah muktabar atau tidak, yang penting rujuk dulu dan semak apa yang dimaksudkan dengan "hikmah" dalam ayat tersebut. Pastikan kita tidak menonjolkan 'kebodohan' dan 'keegoan' kita semata-mata ingin menghalalkan apa yang kita lakukan padahal secara prinsipnya kita sendiri sedar tentang kesalahan perkara tersebut.

Hujah kedua yang biasa digunakan oleh orang yang ditegur ialah, supaya pihak yang menegur itu cubalah tiru bagaimana kaedah dakwah Rasullullah S.A.W. Baginda berdakwah dengan bijaksana dan lemah lembut (rujuk sejarah dulu lemah lembut macamana, bukan macam yang kita semua harapkan). Biasanya kita semua ingin supaya orang yang ingin menegur kesalahan kita supaya membelai kita atau menegur dengan selembut-lembut cara supaya kita tak tersinggung (perghhh..susah lah kalau macam ni. pihak yang menegur kenalah sentiasa bawa buku '555'). Bukan untuk tulis hutang,tapi nak catat dalam buku tersebut bagaimana kehendak setiap kawan-kawannya jika perlu ditegur, belaian yang macamna yang harus dilakukan. Untuk hujah ini rasanya eloklah kalau pihak yang menegur jawab dengan nada yang sama, iaitu "aku dah cuba nak ikut dakwah Rasullullah, sebab tu lah aku harapkan engkau jadi macam sahabat-sahabat Rasullullah Abu Bakar, Umar, Uthman Ali dan lain lain R.A" nescaya Islam itu akan kembali bersinar di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah rasanya kalau keadaan ini berlaku. Tak kira pihak yang menegur atau yang ditegur masih ingin merujuk kepada sejarah. Tapi itu lah masalahnya kita ni, suka minta orang yang nak tegur (pendakwah) tu supaya ikut kaedah dakwah Rasullullah, dalam keadaan kita sendiri tak cuba untuk meneladani sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W. Jadi amat besarlah harapan "diri ini" supaya kita lakukan semakan ke atas diri kita supaya kita tidak lah terlalu demand dengan teguran kawan-kawan mahupun sahabat-sahabat kita dalam keadaan kita sendiri dah memang maklum akan segala apa yang kita lakukan itu kadang-kadang terbabas daripada landasan Syariah. Bersyukurlah kita ada lagi pihak yang sanggup berdepan dengan kerenah kita semata-mata nak memastikan kita bersama-sama duduk di atas landasan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.

Assalaumualaikum...