Wednesday, May 17, 2006

Satu Penilaian..

Assalamualaikum..


ni la fikiran manusia yg ngaku Islam tapi nak kebebasan tak tentu pasal..
nampak sangat tak faham Islam dgn betul n tepat...apa depa ingat bila kita nak jaga hak-hak Islam tu maksudnya kita nafikan hak penganut agama lain ke?? kalau mcm tu mcmna nak sebar Islam kalau apa yg Islam suruh kita tak leh nak laksanakan?? Apakah larangan Murtad tu satu penafian hak terhadap agama lain?? kalau ikut akal mmg lah kata gitu...tp kita nak ikut akal ke atau nak ikut Al-Quran n Sunnah yg dah terang2-terang bgtau tanggungjawab umat Islam. apa yg sepatutnya dilakukan n apa yg selayaknya dijauhi dan ditinggalkan..

Mula-mula baca macam nak setuju je..tp dekat nak abis tu pelik lak fahaman "diri ini".. jadi kepada yang lainnya kalau "diri ini" salah faham tolong betulkan.. jgn dibiarkan kesalahan tersebut...


Ketiadaan toleransi di negara Muslim


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam, semalam diberitahu masih wujud banyak keadaan tiada toleransi agama dan pelanggaran hak asasi manusia di negara Islam.


Profesor Sejarah dan Rektor Universiti Islam Negara Syarif Hidayatullah, Jakarta, Azyumardi Azra, berkata di kebanyakan negara Islam, kebebasan wujud amat terhad sama ada dari segi politik atau agama.

“Kekurangan toleransi dan pelanggaran hak asasi secara langsung berkaitan dengan ketiadaan atau kekurangan institusi demokratik dalam sebahagian besar negara Islam.

“Yang memburukkan ialah kebanyakan daripada regim ini sudah atau masih menerima sokongan daripada banyak demokrasi Barat,” katanya pada kertas kerja, Hak Asasi Manusia, Kebebasan Agama dan Toleransi: Perspektif Muslim yang dibentangkan pada hari kedua mesyuarat itu, di sini.

Beliau berkata, ia wujud meskipun Islam sama ada pada peringkat doktrin atau sejarah sudah membuktikan tahap toleransi yang tinggi serta persamaan dengan prinsip hak asasi manusia sejagat.

Katanya, tidak semua yang tuntutan Islam dan apa yang diamalkan Nabi Muhammad SAW berkaitan toleransi dan hak asasi manusia dilaksanakan pada masa kini oleh sebahagian masyarakat dan negara Islam.

Katanya, banyak negara Islam mempunyai rekod buruk mengenai toleransi agama dan hak asasi manusia semata-mata disebabkan ketiadaan atau kekurangan demokrasi pada ketika keutamaan kepada autoritarian dan pemerintahan diktator.

Merujuk toleransi agama di Indonesia katanya, meskipun orang Islam membentuk majoriti terbesar rakyat negara itu, toleransi agama boleh dilihat dengan jelas berdasarkan Indonesia bukan negara Islam atau sekular.



Beliau berkata, daripada kira-kira 235 juta rakyat Indonesia, sebanyak 87.21 peratus adalah Islam, 6.04 peratus (Protestan), 3.58 peratus (Katholik), 1.83 peratus (Hindu), 1.03 peratus (Buddha) dan 0.31 peratus (animisme).

Katanya, negara itu secara rasmi mengiktiraf enam agama iaitu Islam, Protestan, Katholik, Hindu, Buddha dan terbaru Confusisme dengan masing-masing menerima layanan sama daripada kerajaan.


Sumber : Berita Harian 17 Mei 2006

Tuesday, May 16, 2006

Palestin...Bumi Suci Umat Islam

Assalamualaikum...

Benarkah apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas?? Bukan "diri ini" nak mempertikaikan kenyataan yang telah dipersetujui oleh Umat Islam seluruh Dunia, tetapi "diri ini" nak membicarakan perihal umat Islam kini yang hanya pandai menyebut kalimah Palestin akan tetapi tidak mengetahui apakah yang sebenarnya dibicarakan. Bahkan mungkin di sana masih ada lagi antara umat islam yang tidak mengetahui tentang hakikat ini.
Tidak perlu rasanya "diri ini" membicarakan lagi tentang sejarah yang berkaitan Palestin, samada kedudukan, bentuk muka bumi, kepadatan penduduk, sumber ekonomi dan lain-lain lagi. Semua itu boleh diketahui melalui kecanggihan teknologi globalisasi dengan hanya memberikan masa kepada diri masing-masing untuk mencari maklumat-maklumat tersebut di dalam internet atau melalui mana-mana bahan bacaan yang berkaitan.
Apakah kita semua sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di palestin kini?? Luangkan sedikit masa untuk membaca atau mengambil tahu keadaan kehidupan atau politik Palestin dan juga negara-negara umat Islam lain (masalah sifat kurang ambil berat terhadap keadaan dan berita umat Islam lain akan dibicarakan dalam tulisan yang seterusnya). Bagaimanakah situasi terkini kehidupan dan politik negara yang penuh dengan sejarah perkembangan Islam dan sejarah perjuangan Umat Islam terdahulu ??? "diri ini" amat pasti yang semua di luar sana telah mengetahui serba sedikit tentang keadaan yang dimaksudkan.
Amat malang dan sedih bagi kita umat Islam hanya mampu melihat saudara-saudara kita ditindas dan diperlakukan sebegitu rupa. Tiada bantuan yang mampu kita hulurkan kepada mereka dalam meneruskan perjuangan menentang penjajah yang setelah sekian lama merampas bumi mereka. Kekadang sebahagian daripada kita pula sentiasa memandang enteng bahkan mereka menganggap perjuangan Umat Islam Palestin adalah sia-sia. Pernah suatu ketika "diri ini" terdengar komen daripada muslim awam bahkan juga sahabat yang sama-sama berjuang menuntut ilmu mempertikaikan perlakuan rakyat palestin yang menggunakan batu untuk melawan tentera Israel yang sekian lama menindas dan merampas tanah suci umat Islam itu. Tidakkah kita terfikir apakah pula yang kita lakukan untuk membantu mereka bagi tujuan berhadapan dengan musuh mereka itu?? kita hanya pandai berkata-kata dan pandai merendahkan maruah saudara-saudara kita di sana?? Apakah pernah kita sumbangkan sesuatu agar dengan sumbangan tersebut dapat mereka gunakan untuk mempertingkatkan keupayaan mereka menentang penajah tersebut?? Itulah masalah utama umat Islam kini khasnya di Malaysia.
Kini adalah masa yang sesuai untuk sama-sama kita berganding bahu dan tenaga untuk membantu menghulurkan bantuan kewangan sekadar termampu utntuk memberikan sinar kehidupan yang lebih terjamin kepada rakyat Palestin. Sebagaimana yang telah diketahui umum ketika ini Amerika dan juga sekutu-sekutunya telah memberhentikan semua bentuk bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada Palestin. "diri ini" amat terasa rendah diri dan dhaifnya ketika membaca ucapan Ketua Whip HAMAS baru-baru ini. Semangat yang ditunjukkan beliau dan semua warga Palestin amat menakjubkan. Mereka sanggup hidup diselebungi kesusahan yang dicipta oleh kuffar semata-mata ingin memastikan maruah dan martabat Islam tidak dipandang hina oleh kuffar tersebut ketika mana kita pula mengagung-agungkan kuffar yang sama yang menindas saudara-saudara kita di sana.Di manakah maruah kita??
Ketika ini banyak pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia berusaha menubuhkan tabung bantuan kepada warga Palestin, jadi gunakanlah kesempatan ini untuk sama-sama membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam bukan umat yang mudah untuk ditindas. Kita mampu bersatu demi memastikan maruah Islam tidak terus dipijak-pijak oleh kuffar yang menyangka umat Islam kini telah lesu daripada membantu umat mereka sendiri. "diri ini" amat berharap kita semua terjaga daripada mimpi yang sentiasa mengganggu kita untuk menyumbang sesuatu demi Islam.

Petikan Ucapan Ketua Whip HAMAS ketika menyampaikan ucapan beliau dihadapan beribu-ribu rakyat malaysia yang perihatin:

HAMAS:Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Sekian, mohon maaf di atas kekurangan..insyaallah akan diperbaiki pada masa hadapan...

Gerak Langkah Bermula

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pertamanya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan nikmat dan RahmatNya yang tidak terhingga kepada "diri ini", keluarga serta semua umat Islam di Dunia yang sentiasa membaiki kesilapan dan kesalahan demi berjuang untuk terus mendapatkan Rahmat dan Nikmat tersebut.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar umat Islam Muhammad Sallallahualaihiwasallam serta Ahli Keluarga Baginda dan juga para sahabat serta semua pejuang-pejunag Agama Allah Subhanahu wa taa'la.
Sekali lagi dirafa'kan kesyukuran kepadaNya di atas kesempatan yang dikurniakan ini untuk menyiapkan blog yang tidak seberapa ini. Semoga blog ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada pembinaan syaksiah umat islam masa kini. Sekadar ingin memastikan "diri ini" tidak terkecuali daripada menyumbang ke arah pembangunan Islam yang sebenar. Bantuan dan teguran daripada semua pihak amat diharapkan semoga "diri ini" tidak terleka dengan membiarkan blog ini dicemari oleh diri sendiri dengan memasukkan artikel atau tulisan-tulisan yang tidak dapat menyumbang kepada matlamat yang diharapkan.
Melihat kepada situasi umat Islam ketika ini terutama di tanah air tercinta Malaysia, maka langkah disusun dan gerak diatur untuk sama-sama menyumbang sedikit cetusan idea dan pemikiran agar dapat dimanfaatkan faedahnya oleh semua pihak. Sebelum "diri ini" terus menulis, ingin diingatkan kepada semua pelawat blog agar sentiasa perihatin di atas setiap apa yang ditulis di dalam blog ini. Semoga segala kecacatan atau kekurangan dan kesilapan serta kesalahan dapat dibetulkan dan dibaiki setiap waktu tanpa membiarkan ruang bagi kesilapan dan kesalahan tesebut terus sebati dengan idea-idea "diri ini" dan juga pelawat yang lainnya.
Sama-sama kita mengorak langkah untuk memastikan segala idea (penulisan) yang bakal tercetus betul-betul memberi manfaat kepada umat islam seluruhnya. Maka berakhirlah pendahuluan yang ingin disampaikan "diri ini" sebagai makluman kepada semua pihak agar membantu dalam memastikan wadah perjuangan Islam subur dan kembali berada di puncak yang selayaknya. Wallahua'lam...