Wednesday, February 08, 2012

Benarkah Kita mencintai Rasulullah?

Kami kata kami kasih dan cintakanmu Ya Rasulullah, 
Kami kata kami rindukanmu Rasulullah,
Kami kata kami dambakan kesempatan bersamamu Rasulullah (di syurga), 
Kami kata kami tagih syafaatmu Rasulullah, 
berbagai kata lagi yang dizahirkan semata kerna kami singgah di bulan Rabi'ul awal, 
tapi,
Kami sentiasa jauhkan diri dari Al-Quran yang diturunkan kepadamu Ya Habiballah, Kami jauh dari Sunnahmu Ya Rasullulah.
Al-Quran hanya dijadikan hiasan di rumah (tersemat dalam rak/gobok) dan hantaran perkahwinan semata
Hadis-hadismu hanya tersemat di bibir pada perkara yang menguntungkan kami semata,
Apakah cukup sekadar itu 'cinta' dan 'kasih' kami kepadamu?
Apakah cukup itu sebagai jaminan kami ke syurga bersamamu?
Apakah layak hanya kerna itu kami mendabik dada kami rindukanmu?
Apakah berpada hanya kerna kami katakan KAMI CINTAkan MU YA RASULULLAH!

اللهم صلى على محمد وال محمد

Wednesday, January 18, 2012

Satu hari Satu Ayat (Al-Quran)

Assalamualaikum....

Ayuh kita semua berusaha untuk menjadikan usia yang masih berbaki mampu kita hafaz keseluruhan ayat-ayat al-Quran dan sedayanya untuk memahami dan mempraktikan keseluruhannya.

Kenapa memilih sehari satu ayat?

  • Mengelakkan rasa terbeban
  • memudahkan untuk melihat dan memahami maksud ayat yang di hafaz
  • membantu mengingati ayat-ayat dengan lebih baik
  • memberikan masa yang lebih untuk melakukan ulangan bacaan dan hafazan (I'adah)
Mari sama-sama kita kira jangkaan menghafaz keseluruhan Al-Quran jika hasrat ini benar-benar mampu dilaksanakan oleh semua pihak.

Jumlah ayat Al-Quran : Yang masyhur dan diterima pakai oleh kebanyakan = 6236 (merujuk kepada indeks jumlah ayat bagi semua surah-surah al-Quran.

Jumlah hari dalam setahun = -+ 365 (katalah kita hanya mengambil sekitar -+350

Jadi dalam setahun kita akan dapat menghafaz sekitar -+ 350 ayat. 

Untuk menghafaz keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dengan jangkaan ini insyaAllah paling lama masa yang di ambil adalah = -+ 17 tahun. 

Jika seorang yang berumur 20 tahun ketika ini mula melaksanakan cadangan ini insyaAllah sebelum mencecah usia 40 tahun ramai di antara umat Islam Malaysia akan menguasai ayat-ayat Al-Quran di samping memahami isinya dengan baik.

Bagi sesiapa yang telah menghafaz keseluruhan atau sebahagian Al-Quran maka sudah pasti tempoh yang diperlukan adalah berbeza.

Dan bagi sesiapa yang mampu mendisiplinkan diri dengan baik sudah pasti sampai satu ketika bukan satu ayat yg ditarget setiap hari, bahkan mungkin akan lebih dan secara langsung memendekkan tempoh masa yang diperlukan untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran tersebut...

Ayuh usaha bersama!....

Ringkasan : Ayat Al-Quran       = 6236
                setahun                 = -+350 ayat
                masa diperlukan     = 17 Tahun

Monday, January 10, 2011

Adat Vs Hukum Agama

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi apa yang di'lihat' hari ini.

Peristiwa berlaku di sebuah kedai makan ketika ingin membuat bayaran di kaunter.

Seorang wanita yang tidak memakai tudung sedang membuat bayaran di kaunter. "diri ini" tunggulah giliran untuk membuat bayaran. Rancak perbualan wanita tersebut dengan penjaga kaunter.

Selepas beliau selesai membuat bayaran dan ingin pergi ke bahagian "air" (bungkus air kot), beliau terpaksa melalui ruang yang ada di antara "diri ini" dan kawan sekerja. Alangkah beradabnya beliau siap menundukkan badan sebagai tanda memohon laluan...

terkedu!... sungguh tinggi nilai adabnya.. tapi alangkah terkejutnya "diri ini" rupanya beliau hanya memakai seluar 'katok' (seluar pendek paras lutut - atas lutut)...

Jadi bertukar la tajuk perbualan "diri ini" dengan kawan tadi menjadi Adab vs Hukum... sungguh kita amat mengutamakan adab 'ketimuran' tapi dengan Agama kita tidak kisah samada kita beradab atau tidak...

Moga kita sentiasa tergolong dalam golongan mereka yang beradab dalam agama...

Sunday, September 19, 2010

Monday, August 23, 2010

Beza puasa 2 Golongan

Assalamualaikum...

Berbuka di mana hari ini?

berbuka apa hari ni?

2 soalan di atas jika di ajukan kepada golongan berharta dengan mereka yang miskin dan susah pasti kita akan melihat 2 perbezaan situasi.

Jika ditanya kepada yang kaya 2 soalan di atas maka :
ianya pasti merujuk kepada kekusutan memilih makanan atau tempat kerana kemampuan mereka yang tidak terbatas dalam mendaaptkan sesuatu.

Tetapi jika ditanya kepada yang miskin dan yang sewaktu dengannya.. maka ianya pasti merujuk kepada kegusaran mereka yang tidak tahu apakah akan ada rezeki mereka untuk berbuka dan di masjid manakah yang boleh mereka sertai berbuka secara percuma itu pun bagi mereka yang tidak mempunyai jumlah keluarga yang besar.

itu lah 2 situasi yang boleh menginsafkan kita jika kita bijak menilai di mana kita...