Wednesday, August 29, 2007

Berita Terkini...

Assalamualikum...

Umat Islam kebanyakannya menunggu dan sentiasa mengikuti perkembangan pengkhianatan yang sedang berlaku di Palestin. Di kala kita semua berada dalam keadaan 'hot' membaca dan mendengar semua laporan-laporan akhbar berkenaan situasi terkini di Palestin juga di Iraq dan negara-negara lain yang umat Islam di sana ditindas, "diri ini" yakin kita semua sempat juga meninjau dan berusaha untuk mengikuti dan mengetahui perkembangan terkini keadaan politik di Turkey. Sebuah negara yang dulunya Islam pernah berkuasa dan menjadi simbol keadilan dunia.

Alhamdulillah setelah sekian lama mengikuti segala perkembangan yang berkaitan dengan isu pemilihan calon AKP untuk kerusi Presiden Turkey, akhirnya pada 28 ogos 2007 selesai sudah kegawatan khabar-khabar angin politik Turkey. Akhirnya Abdullah Gul berjaya juga untuk mengangkat sumpah selbagai seorang presiden. Beliau telah selesai melakukan semua upacara rutin rasmi apabila seseorang Presiden baru menaiki takhta sebagai Presiden negara yang terkenal sebagai negara sekular setelah mustafa kamal melakukan pengkhianatan terhadap Daulah Islamiyyah yang telah mencipta sejarah tersendiri kerana telah mempromosikan keadilan Islam sekalipun ditengah-tengahnya berlaku perkara-perkara yang merosakkan imej Islam itu sendiri.

Sama-samalah kita mendoakan agar apa yang kita harapkan (kemenangan Islam) untuk berlaku di sana akan berlaku secepat mungkin dengan izin Allah. Moga hati-hati umat Islam di sana di tetpakan pendirian mereka.Telah lama mereka berjuang dan di tindas dengan pelbagai undang-undang yang tidak masuk akal semata-mata hanya kerana mereka beragama dan mempraktikkan Islam. Di samping kita terus dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kemenangan Islam di seluruh Dunia. Moga Islam kembali berada tinggi di tempat yang selayak baginya.

Link Berita tentang kejayaan Abdullah Gul.

No comments:

Post a Comment