Sunday, September 19, 2010
Monday, August 23, 2010
Beza puasa 2 Golongan
Assalamualaikum...
Berbuka di mana hari ini?
berbuka apa hari ni?
2 soalan di atas jika di ajukan kepada golongan berharta dengan mereka yang miskin dan susah pasti kita akan melihat 2 perbezaan situasi.
Jika ditanya kepada yang kaya 2 soalan di atas maka :
ianya pasti merujuk kepada kekusutan memilih makanan atau tempat kerana kemampuan mereka yang tidak terbatas dalam mendaaptkan sesuatu.
Tetapi jika ditanya kepada yang miskin dan yang sewaktu dengannya.. maka ianya pasti merujuk kepada kegusaran mereka yang tidak tahu apakah akan ada rezeki mereka untuk berbuka dan di masjid manakah yang boleh mereka sertai berbuka secara percuma itu pun bagi mereka yang tidak mempunyai jumlah keluarga yang besar.
itu lah 2 situasi yang boleh menginsafkan kita jika kita bijak menilai di mana kita...
Berbuka di mana hari ini?
berbuka apa hari ni?
2 soalan di atas jika di ajukan kepada golongan berharta dengan mereka yang miskin dan susah pasti kita akan melihat 2 perbezaan situasi.
Jika ditanya kepada yang kaya 2 soalan di atas maka :
ianya pasti merujuk kepada kekusutan memilih makanan atau tempat kerana kemampuan mereka yang tidak terbatas dalam mendaaptkan sesuatu.
Tetapi jika ditanya kepada yang miskin dan yang sewaktu dengannya.. maka ianya pasti merujuk kepada kegusaran mereka yang tidak tahu apakah akan ada rezeki mereka untuk berbuka dan di masjid manakah yang boleh mereka sertai berbuka secara percuma itu pun bagi mereka yang tidak mempunyai jumlah keluarga yang besar.
itu lah 2 situasi yang boleh menginsafkan kita jika kita bijak menilai di mana kita...
Monday, June 28, 2010
Menjelang Ramadhan
Telah beberapa hari kita berada di dalam bulan rejab. Berbaki beberapa hari kemudiannya Ramadhan bakal menjelang.
Kebiasaanya, saat inilah ramai di antara mereka-mereka yang tidak sempurna bilangan puasa ramadhan pada tahun lalu akan mula bertungkus lumus menggantikan puasa mereka sebelum berakhirnya bulan Syaaban.
Beberapa perkara yang perlu kita fahami berkaitan qadha puasa Ramadhan ini ialah :
1. gantian perlu sama dengan jumlah hari yang tertinggal pada Ramadhan yang lalu.
2. gantian perlu disegerakan sebelum tibanya hari syak (29 & 30 Syaaban).
3. Fidyah bagi mereka yang tidak mampu menggantikan puasa
4. Kafarah Puasa
1. Jumlah Hari gantian sama dengan jumlah puasa yang ditinggal
وَمَنْ کَانَ مَرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَؕ يُرِيْدُ اللّٰهُ بِکُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيْدُ بِکُمُ الْعُسْرَ وَلِتُکْمِلُوْا الْعِدَّةَ وَلِتُکَبِّرُوْا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّکُمْ تَشْكُرُوْنَ
…dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia menggantikan puasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Ini adalah kerana Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah: 185).
روى البخاري (321) ومسلم (335) واللفظ له عَنْ مُعَاذَةَ قَالَتْ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ : مَا بَالُ الْحَائِضِ تَقْضِي الصَّوْمَ وَلا تَقْضِي الصَّلاةَ ؟ فَقَالَتْ : أَحَرُورِيَّةٌ أَنْتِ ؟! قُلْتُ : لَسْتُ بِحَرُورِيَّةٍ ، وَلَكِنِّي أَسْأَلُ . قَالَتْ : كَانَ يُصِيبُنَا ذَلِكَ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلا نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّلَاةِ .
…Aisyah R.A. telah berkata apabila ditanya oleh seorang perempuan berkenaan gantian puasa (perempuan yang meninggalkan puasa kerana haid) beliau menjawab : Keadaan ini telah dijelaskan oleh nabi kepada kami dahulu, kami disuruh menggantikan puasa dan kami tidak disuruh menggantikan solat kerananya”. – RW Bukhari (321) dan Muslim (335).
2. Gantian (qadha) puasa perlu disegerakan
Dalam membahaskan perkara ini, majoriti ulama’ menggalakkan mereka yang meniggalkan puasa kerana sebab syar’ie menggantikannya sesegera mungkin selepas 1 syawal tanpa menunggu hingga hampirnya Ramadhan yang berikutnya kerana dibimbangi tidak sempat menggantikan puasa kerana ajal telah tiba meskipun tempoh menggantikannya adalah panjang sebagaimana hadith yang diriwayatkan Aisyah R.A;
Gantian ini boleh dilakukan berturut-turut atau sebaliknya, sebagaimana umumnya dalil tentang gantian puasa di atas.
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Aku mempunyai puasa ganti bulan Ramadan tetapi aku tidak berkuasa menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban disebabkan kesibukan dari Rasulullah s.a.w atau kesibukan dengan Rasulullah s.a.w. RW Imam Muslim (1933).
Aku mempunyai puasa ganti bulan Ramadan tetapi aku tidak berkuasa menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban disebabkan kesibukan dari Rasulullah s.a.w atau kesibukan dengan Rasulullah s.a.w. RW Imam Muslim (1933).
Perlu diingat bahawasanya 29 dan 30 Syaaban adalah antara hari yang diharamkan berpuasa (hari syak).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan katanya:
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa”. RW Imam Muslim (1812)
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa”. RW Imam Muslim (1812)
3. Fidyah bagi mereka yang tidak selesai menggantikan puasa hingga Ramadhan berikutnya:
Bagi mereka yang tidak selesai menggantikan puasa sehingga masuk ke Ramadhan berikutnya maka mereka perlulah membayar fidyah, secupak beras (675 gram) bagi setiap hari yang tidak selesai diganti. Tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu ingin memberikan lebih dari apa yang diwajibkan. Sebagaimana yang telah di sebut dalam Al-Baqarah: 184.
4. Kafarah
Hukum ini hanyalah bagi mereka (suami-isteri) yang melakukan persetubuhan di siang hari Ramadhan.
Kafarahnya adalah:
1. Membebaskan seorang hamba
2. Puasa 2 bulan berturut-turut
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin
Dalam membahaskan perkara ini, Fuqaha menjelaskan bahawa kafarah ini bersifat urutan iaitu mesti diutamakan bebaskan hamba jika tidak mampu maka hendaklah puasa 2 bulan berturut-turut dan jika tidak mampu hendaklah memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.
Monday, June 21, 2010
Mansuhkan UPSR dan PMR?
Assalamualaikum...
Semoga kita semua sihat wal-afiat dan dilimpahi Rahmat serta keberkatan dari Allah S.W.T.
Semua saluran televisyen semalam melaporkan melalui berita masing-masing bahawa Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri 'menyahut' cadangan beberapa orang ahli akademik beberapa bulan/tahun yang lalu untuk memansuhkan UPSR dan PMR.
Menteri Pelajaran memaklumkan bahawa beliau membuka kepada sebarang perbincangan dan pandangan terutama dari ahli akademik berkaitan cadangan tersebut.
Pagi ini, kebanyakan slot bicara dan diskusi media massa membincang dan membicarakan tentang isu tersebut. Ada yang setuju dan ada juga yang kurang bersetuju.
"diri ini" bersetuju agar PMR dimansuhkan kerana tiada nilaian apa-apa kepada peperiksaan tersebut berbanding SRP suatu ketika dahulu yang turut menjadi syarat kelayakan untuk bekerja. Bahkan yang menariknya adalah mereka yang gagal mencapai peratusan yang 'standard' tidak boleh menaiki kelas (tingkatan 4) dan terpaksa mengulangi kelas ting 3.
Bagi UPSR, jika di sana ada kaedah lain yang lebih sempurna untuk menentukan kelayakan seseorang bagi memasuki sekolah berasrama penuh atau mana-mana sekolah elit maka ianya amat-amat dialukan. tetapi jika di sana tiada sebarang cadangan berkaitan isu tersebut maka seeloknya ianya dikekalkan dan diberi nafas baru serta pembaikan bagi mengelakkan ibubapa terus turut menilai anak-anak mereka berdasarkan kepada keputusan peperiksaan.
Situasi ketika ini, ramai ibubapa yang lebih mementingkan peperiksaan untuk anak-anak mereka hinggakan anak-anak tidak ditekankan tentang pendidikan agama secara menyeluruh. Mereka bertungkus lumus mencari nafkah untuk memastikan anak-anak diberikan tuisyen (kelas tambahan) bagi mencapai target mereka supaya anak-anak 'berjaya' dalam peperiksaan mereka. Bahkan tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan ibubapa yang lebih berusaha untuk memastikan anak-anak mereka 'skor' semua mata pelajaran semata-mata untuk mendapat sanjungan dan pujian dari masyarakat.
Masa anak-anak hanya dihabiskan untuk memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang terlibat dengan peperiksaan. Hak-anak-anak untuk mendapat 'pendidikan' secara tidak formal (melalui pergaulan dan pengalaman sendiri) amat berkurangan. Kehidupan anak-anak masa kini lebih disusun atur dan ditetapkan oleh ibubapa. Maka kita dapat lihat generasi kini, ramai pemuda-pemudi (remaja) yang gagal membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan mereka hinggakan mereka memilih jalan yang salah. Masyarakat juga memandang keputusan peperiksaan adalah segalanya dalam meneruskan kehidupan. Akhirnya mereka yang 'gagal' dalam peperiksaan tiada lagi minat untuk meneruskan pelajaran mereka kerana telah dilabel sebagai mereka yang 'tidak akan berjaya'.
Ibubapa lebih memerhatikan dan mementingkan keputusan peperiksaan berbanding melihat kepada akhlak anak-anak. Akhirnya kita dapat melihat kerosakan di dalam masyarakat kini. Dalam ruang berita tv9 semalam, turut dilaporkan satu berita dan kes yang pada hemat "diri ini" adalah kesan daripada keutamaan kita kepada peperiksaan.
TV9 membuat laporan tentang ramai anak-anak gadis yang juga penuntut di salah sebuah IPT tempatan yang ber'ciri'kan islam berubah wajah. Siangnya di kampus mereka memakai tundung dan berpakaian kemas. Malamnya pula mereka berubah watak menjadi tetamu-tetamu kelab malam. Satu temuramah dilakukan kepada seorang pelajar perempuan yang turut terlibat menjadi penghuni kelab malam di sekitar bukit bintang ("diri ini" yakin bukan di situ sahaja) pelajar tersebut memaklumkan bahawa ramai di kalangan kawan-kawan sekelas dengannya turut kelihatan di waktu malam di tempat-tempat sebegitu walaupun pada waktu siangnya seolah-olah berpewatakan menolak untuk pergi ke tempat-tempat begitu.
Melihat kepada situasi tersebut, maka boleh disimpulkan bahawa keruntuhan moral di kalangan remaja bukan lagi suatu isu yang hanya boleh dibangkitkan mengikut musim sebagiamana yang berlaku ketika ini. Semua pihak perlu berusaha keras untuk memastikan masing-masing memainkan peranan sewajarnya. Jangan jadi sebagiamana yang dimaksudkan oleh Ust Daud Che Ngah suatu ketika di dalam perbualan telefon TV9 (berita) bahawa kita berusaha membanteras segala kegiatan tidak bermoral, tetapi ada pihak lain yang kononnya runsing dan pening dengan situasi tersebut tetapi merekalah yang menganjurkan segala macam konsert dan hiburan yang melalaikan dan merosakkan remaja-remaja.
Jadi sekali lagi "diri ini" tegaskan bahawa "diri ini" amat bersetuju supaya UPSR dan PMR dimansuhkan atau diberi nafas baru agar masyarakat tidak lagi tertipu dengan peperiksaan dan mengabaikan pendidikan agama. Ruang yang ada atas kelonggaran yang wujud selepas itu perlulah diisi dengan menyediakan pendidikan agama yang lebih menyeluruh dan 'formal' sehinggalah kepada peringkat menengah dan mungkin hingga peringkat IPT.
Friday, April 16, 2010
Muhasabah melalui 'Tariq Ad- Dakwah'
Assalamualaikum...
Semalam "diri ini" berkesempatan mengulang-baca buku yang amat dimaklumi oleh majoriti mereka yang sedia bersama jalan dakwah. Tariq Ad-Dakwah yang ditulis oleh As-Sheikh Mustafa Masyhur. ketika membaca beberapa topik, "diri ini" tertarik ingin berkongsi dengan semua sahabat di luar sana tentang apa yang berlaku ketika ini di jalan dakwah. Perkongsian ini hanya lah berupa 'copy dan 'paste' dari terjemahan buku tersebut tanpa apa-apa ulasan. Terpulang kepada semua untuk memahaminya...
Dalam bab 5 :
5.6 Di Antara Sikap Terburu-buru dan Longgar
Adakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya.Dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepatkan perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata:
"Walaupun aku yang datang kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh orang-orang dahulu".
Dengan demikian, dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan sahaja tidak sampai kepada matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan dan membahayakan harakah Islam. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan. Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain. Oleh kerana itu marilah kita sama-sama rujuk kembali dan cuba memahami
maksud kata-kata indah dan halus oleh Imam Hassan Al-Banna di dalam tulisannya di dalam "RISALAH MUKTAMAR KELIMA" di bawah tajuk "Al-Ikhwan: Kekuatan Serta Revolusi".
5.7 Di Antara Politik dan Tarbiah
Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.
Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.
5.8 Di Antara Dakwah dan Manusia
Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan kadangkala kita
berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam sesuatu bidang. Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, dan dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan boleh diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan boleh dibentangkan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan bahu-membahu di antara kita semua.
Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana membela diri ditambah lagi rasa bangga di dalam melakukan dosa dan mengampu orang-orang yang tertentu yang boleh merugikan dakwah.
Maka di sinilah syaitan masuk campur dan akan melahirkan perpecahan. Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam perbalahan kemudian berusaha pula membuat perdamaian. Jika perkara seperti ini terus terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang sedemikian. Pada hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaik-baiknya.
Inilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah. Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya. Kita sentiasalah tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan menunjuki kita jalan lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang dikehendakinya.
----------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)
