Thursday, July 13, 2006

Dunia Islam Didendami

Assalamualaikum...

Apakah isu yg menarik perhatian anda sepanjang minggu ini? Apakah isu yang membuatkan anda termenung dan memikirkan tentangnya?

Pelbagai soalan boleh dikemukakan. Cuma pada kesempatan yang singkat ini, sekadar ingin membawa saudara-saudari semua supaya sentiasa melihat dan mengambil tahu apakah yang berlaku sepanjang minggu ini dan minggu-minggu akan datang kepada dunia Islam. Israel dan semua konco-konco dan tali barutnya telah sepakat untuk mempertahankan Israel dan memerangi dunia Islam terutamanya Lubnan dan Palestin.

Jika dilihat sepanjang peristiwa kekecohan ini berlaku, muncul jaguh-jaguh dunia yang memusuhi Islam bersatu mengumpul kekuatan untuk berhadapan kemungkinan-kemungkinan mereka diserang oleh umat Islam. Tetapi dalam masa mereka semua sibuk, Dunia Islam sendiri terus dilanda kegelapan dan kemurungan serta kelesuan terhadap sikap dan tabiat umat Islam sendiri. Umat Islam sibuk dengan kemenagan Italy dalam perlawanan akhir piala dunia, Memikirkan apakah sebab yang membuatkan zinedine zidane menanduk dada mitterazzi, dan tidak ketinggalan di malaysia yang sibuk dengan segala macam program realiti Tv (terutamanya AF). Sibuk memikirkan siapakan yang akan menjuarai dan siapa yg akan disingkir minggu berikutnya.

Dalam pada itu saudara-saudara kita di tempat lain diserang dan diperangi sehinggakan tiada tempat lagi untuk mereka berlindung. hinggalah mereka tiada pilihan melainkan mati dengan berperang daripada mati tanpa berusaha menyelamatkan bumi mereka dan juga bumi suci untuk umat Islam itu sendiri. Kita pula hanya sibuk mebahsakan mereka semua sebagai pengganas yang tidak reti untuk berdamai dan suka kepada kemusnahan.

Tidakkah kita insaf dan berfikir, siapakah pengganas yang sebenarnya? Israel? Amerika? Russia? Perancis? atau ...? Bagi "diri ini" ketika ini jawapan yang selayaknya ialah kita sendiri (umat dan pemimpin umat Islam) adalah pengganas dan musuh bagi saudara-saudara kita yang diperangi. Masakan tidak? kita asyik dibuai kelekaan dan kesenangan tanpa memikirkan kesusahan yg saudara-saudara kita hadapi. Kita sering melemparkan paling kurang secebis tuduhan kepada saudara-saudara kita di sana tanpa menyelami apakah yang sebenarnya berlaku ke atas mereka.

Teruskanlah dengan sikap tunggu dan lihat kita, selagi tanah air kita sendiri tidak diperangi. Saat itu nanti barulah kita akan menyalahkan dunia Islam dan umat-umatnya yang lain yang hanya melihat kehancuran tanah air kita.

No comments:

Post a Comment