Saturday, August 05, 2006

Hezbullah@Lebanon vs israel

Assalamualaikum...

Pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah Subahanahu-wa-ta'la atas segala nikmat dan rahmatNya. Alhamdulillah "diri ini" masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus berkongsi apa yang terlintas dalam fikiran ini. Saban hari memikirkan tajuk-tajuk dan topik untuk dibawa berkongsi bersama semua pihak tetapi apakan daya "diri ini" hanya sekadar memikir tanpa mengambil langkah membawa segala yang terlintas tersebut ke hadapan.

Setelah hampir 3 minggu berehat dan membaca serta memerhati semua ulasan dan bicara lapisan masyarakat terhadap isu-isu yang melanda dunia ketika ini, "diri ini" berusaha untuk turut sama-sama berkongsi perkara yang sama.

Hampir sebulan berlalu israel terus melakukan pembantaian terhadap rakyat Lubnan dengan menggunakan lesen untuk melumpuh dan menghapuskan semua rangkaian yang berkait dengan Hezbullah. Mereka melakukannya tanpa rasa belas ihsan terhadap rakyat Lubnan terutamanya umat Islam. Dengan menggunakan segala kekuatan udara, mereka memsunahkan hampir keseluruhan Lubnan tanpa sediktpun rasa bersalah (rujuk semua laporaqn kenyataan perdana menteri israel). Subahanallah dan Alhamdulillah, mereka merasakan telah melakukan perancangan yang rapi untuk menghancurkan Lubnan tetapi mereka terlupa Allah lah yang memiliki sekelian alam ini dan sesunggguhnya perancangan Allah itu mengatasi segala-galanya. Tatkala amerika dan sekutu-sekutunya terus kukuh berdiri dibelakang israel, masyarakat dunia terus melakukan protes dan tunjuk perasaan agar israel memberhentikan perlakuan yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Meskipun israel adalah bangsa yang tidak pernah mengambil berat pandangan orang lain, kita mengharapkan dengan tunjuk perasaan masyarakat dunia tersebut dapatlah memberi kesan ke atas apa yang israel usahakan. Ketepikan amerika dan sekutu-sekutunya, kerana mereka ini mempunyai matlamat yang sama dengan israel iaitu menghapuskan umat Islam dan memastikan Islam pupus di dunia. Apa yang penting bagi kita semua adalah berusaha untuk menunjukkan kesatuan umat Islam supaya di sana wujud walau sedikit sekalipun rasa gerun kuffar kepada umat islam seluruhnya.

Apa yang dikesalkan ketika ini ialah wujud kelompok-kelompok yang berusaha untuk menunding kesalahan kepada Hezbullah kerana menculik tentera israel. Mereka berhujah dengan perlakuan tersebutlah menyebabkan meletusnya peperangan atanra israel dan Lubnan seterusnya menyebabkan melayang beratus-ratus nyawa yang 'tidak bersalah'. Entahlah "diri ini" sendiri rasa sangsi dengan kenyataan tersebut. Tetapi apa yang pasti "diri ini" masih seperti ketika peperangan ini meletus, mengharapkan Hezbullah dengan bantuan pengikut sunni di Lubnan dapat menghapuskan israel (sekalipun ianya amat mustahil). Tidak kah kelompok-kelompok tadi memikirkan kenapa Hezbullah melakukan penculikan tersebut?
Merujuk kepada alasan yang dikemukakan oleh Hassan Nasrullah (Setiausaha Agung Hezbullah) bahawa penculikan tersebut dilakukan adalah untuk membawa dan mengalih perhatian israel supaya tidak terus melakukan pembantaian yang sememangnya tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Meskipun masih ada yang menolak alasan tersebut, "diri ini" ingin mengajukan satu soalan yang entah dapat membantu atau tidak merungkai sedikit kekusutan di minda kita semua. Sedarkah anda semua, di manakah lokasi penculikan tersebut berlaku? Tidakkah ianya berlaku dalam wilayah Lubnan? siapa yang bersalah di sini? Hezbullah atau tentera-tentera israel yang menceroboh wilayah Lubnan?

Semoga persoalan tadi dapat membantu kita dalam melihat isu ini dengan lebih adil dan berperikemanusiaan.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment