Sunday, August 06, 2006

Lina Joy ?

Assalamualaikum...

Satu lagi isu yang perlu diambil berat oleh semua umat Islam di Malaysia, iaitu isu berkaitan dengan permohonan penukaran nama dan agama oleh seorang wanita melayu yang memohon untuk menukar agama dan seterusnya nama kepada Lina Joy.

"diri ini" amat pasti semua kita telah masak dan faham tentang isu ini. Ramai di kalangan kita telah berusaha untuk sama-sama mengikuti perkembangan dan sama-sama menunjukkan penentangan kita terhadap permohonan tersebut yang jelas akan menyebabkan semakin ramai 'penganut Islam' yang akan memohon keluar daripada Islam.

"diri ini" hanya ingin membawa kita semua untuk menoleh sekejap ke belakang dan menoleh kepada diri kita, keluarga serta mereka-mereka yang rapat dengan kita. Apakah sumbangan kita untuk memastikan Islam terus sebati dengan umat Islam di Malaysia terutama golongan-golongan yang disebutkan tadi? Sedarkah kita sebenarnya apa yang berlaku tadi adalah disebabkan kelekaan kita untuk mengamalkan dan memastikan semua golongan yang rapat dengan kita tadi mengamalkan Islam dengan wajah yang sebenarnya yang telah jelas digambarkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah.

"diri ini" tidak berhajat untuk menyalahkan sesiapa dalam perkara ini (sudah pasti kita salahkan mereka yang bukan Islam kerana ingin mencabar kedaulatan Islam) tetapi sedikit sebanyak kesalahan juga perlu kita letakkan dalam diri masing-masing. Berapa ramai di kalangan ibubapa kini yang lebih gemar anak-anak mereka berpakaian bagai seorang yang 'bertelanjang'? "diri ini" menyentuh bab pakaian adalah kerana ianya adalah punca utama yang "diri ini" nampak menyebabkan semua kita lari dari kefahaman Islam yang sebenar. Soalan seterusnya, berapa ramai ibubapa yang menekankan kefahaman Islam yang menyeluruh kepada anak-anak mereka? Berapa ramai pula yang lebih suka anak-anak mereka mengikut trend ( budaya dan pakaian) masa kini? Berapa ramai ibubapa yang hanya mengikut pendapat anak-anak tanpa bertegas untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus (sebagaimana yang kita sering baca dalam solat dalam surah al-fatihah)? Berapa ramai pula ibubapa yang mereka sendiri melarang anak-anak mereka untuk memahami dan mengamalkan Islam sebagaimana yang mereka pelajari disekolah (dah tentulah guru-guru dan ustaz serta ustazah yang didik)? Berapa ramai pula ibubapa yang bertegas kepada anak-anak dalam perkara-perkara yang tak membawa manfaat kepada Islam dan sudah tentu tak bermanfaat untuk bekalan di akhirat kelak?

Cukup lah dahulu persoalan tadi tu. Harapnya semua kita menjawab dengan jujur soalan tadi. Bukan "diri ini" nak kita semua jawab jumlah bagi setiap soalan, tapi cukup untuk hanya kita fikir kita berada dalam golongan yang mana. Kalimah 'ibubapa' merangkumi semua golongan yang berkuasa dalam keluarga masing-masing bukan hanya tertumpu kepada ibubapa realiti sahaja.

Apakah kita sanggup kita digolongkan dalam golongan yang bercakap kosong sahaja tanpa berusaha untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. jangan jadi golongan yang dicela Allah, sebagaimana yang telah difirmankan olehNya:


كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."(As-Saff:3)

Jangan hanya melaungkan ketidakpuasan hati kita terhadap orang bukan Islam yang mencabar Islam, tetapi marilah sama-sama kita pastikan kita mengamalkan dan memastikan orang-orang di sekeliling kita juga turut mengamalkan Islam sebagaimana yang dituntut oleh Syara'. Moga-moga dengan perlakuan kita itu dapat menggerunkan mereka yang bukan Islam daripada melakukan penentangan kepada Islam. Dan sudah pasti jika kita semua berusaha kepada satu jalan, maka kesatuan akan jelas dan dapat memperkuat ikatan sesama kita.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment