Monday, September 24, 2007

Melayu kurang kesedaran politik...

Assalamualaikum...

Seringkali orang melayu menyalahkan bangsa lain apabila mereka rasa ditindas atau tertindas. Bila membincangkan tentang ekonomi tertutamanya orang melayu akan dengan mudah sering mengeluh dan kekadang kesal dengan penguasaan kaum lain dalam bidang tersebut. Begitu juga bidang lain yang melibatkan keterlibatan kaum lain mengatasi kaum Melayu. Perkara ini amat merunsingkan pelbagai pihak kerana ianya berkait rapat juga dengan masa depan Umat islam di tanah air Malaysia ini.

Jika kita lihat kepada punca perkara ini berlaku tak lain tak bukan antara faktor yang menyebabkan semua keadaan itu berlaku ialah kerana kaum dan bangsa lain boleh jadi penganut agama lain lebih menyedari peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka mainkan dalam menentukan masa depan negara. Maksud "diri ini" ialah dengan memikirkan serta mengambil tahu akan hal-ehwal politik semasa dalam negara khasnya juga luar negara amnya. Kesan dari tingkah laku proaktif tersebut majoriti kaum lain lebih merasa tanggungjawab utk melibatkan diri dengan proses pilihanraya di Malaysia dengan cara mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi yang sah di sisi undang-undang pilihanraya Malaysia. Mereka bijak memanfaatkan keadaan dan suasana dalam keadaan umat Islam atau dalam negara ini lebih sinonim dengan bangsa melayu terus leka dengan angan-angan masing-masing yang sentiasa mengharapkan kesenangan dunia akan melimpah ke pangkuan mereka tanpa perlu melakukan usaha yang lebih melainkan cukup sekadar keluar bekerja dan menerima gaji bulanan setiap hujung bulan.

Sedarlah wahai Umat Islam semua! kejayaan kaum lain sebenanrnya adalah berpunca daripada penguasaan mereka dalam bidang politik. Apabila mereka menguasai politik maka dengan mudahnya semua perancangan untuk melemahkan umat Islam dan bangsa melayu itu sendiri tercapai. Jadi gunakanlah peluang yang telah terbuka. Jika anda telah berumur 21 tahun atau lebih, daftarkan lah diri anda sebagai pengundi yang sah untuk membolehkan anda memainkan peranan anda dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Rujuk kenyataan Pengarah SPR Malaysia (yang barangkali pada masa depan akan bertanding atas tiket sebuah parti politik, kerana lihat kepada kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini, lebih menampakkan beliau bercita-cita tinggi untuk dihargai sebagai pemimpin politik...hahah)






No comments:

Post a Comment