Friday, September 28, 2007

Sekolah Satu Sesi

Assalamualaikum...

Mungkin ucapan Takziah ini agak lewat "diri ini" ungkapkan dalam blog peribadi ini, tetapi tanpa mahu mengecualikan diri, "diri ini" merakamkan takziah kepada keluarga adik Nurin Jazlin mangsa jenayah yang meninggal dunia dalam keadaan yang cukup pilu. Seluruh Malaysia gempar dan maisng-masing melahirkan kekecewaan masing-masing terhadap jenayah dan penjenayah tersebut yang entah bila akan tertangkap. Semoga penjenayah tersebut berjaya diberkas secepat mungkin dan diadili seadil-adilnya.

Tulisan kali ini lebih kepada ingin berkongsi pandangan dengan semua warga Malaysia di atas respon PM kita yang mencadangkan agar dipercepatkan sesi persekolahan satu sesi bagi 'menjamin' keselamatan anak-anak dan boleh jadi 'mengurangkan' jenayah yang melibatkan anak-anak kecil bawah umur. Respon yang terlalu spontan dari seorang Perdana Menteri. Pelbagai persoalan bermain di fikiran kita rakyat bawahan...apakah dengan kaedah tersebut dapat mengurangkan jenayah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah atau anak-anak bawah umur?...

Secara logiknya, jika ingin mengurangkan jenayah yang dilakukan pelajar-pelajar kemungkinan idea tersebut boleh di ambil kira sekalipun masih boleh dipertikaikan kerana jumlah pelajar yang bermasalah kekal minoriti jika dibandingkan dengan pelajar yang masih berdisiplin dan tidak melakukan sebarang jenayah.

Berbalik kepada respon isu yang ingin diketengahkan, dalam situasi yang berlaku kepada adik Nurin, yang menjadi mangsa ialah adik Nurin yang merupakan seorang pelajar tahun 2 dan yang disyaki melakukan jenayah tersebut bukanlah seorang pelajar, jadi apakah rasionalnya untuk mencadangkan cadangan persekolahan satu sesi semata-mata ingin mengelakkan kejadian seumpama itu berulang kembali? Jika kita lihat kepada kronolgi kes yang berkaitan isu yang sama semua penjenayah samada yang disyaki atau yang telah tertangkap bukanlah bergelar seorang 'pelajar' lagi. Jadi logik dalam isu ini amat meragukan.

Kemudian setelah beberapa hari setelah cadangan yang 'bernas' itu dilontarkan maka banyak reaksi yang dapat kita lihat dilontarkan oleh masyarakat kebanyakan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kabinet mahupun badan-badan kerjaan yang berkaitan di bawah pimpinan PM kita. Setakat saat ini boleh dikatakan kesemua pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat (dalam kategori yang disebut di atas) tiada seorang pun yang bersetuju dengan cadangan tersebut. Masing-masing memberikan dan menjangkakan akan lebih banyak keburukan dihadapi samada oleh pelajar, guru-guru dan juga penjaga. "diri ini" bersetuju dengan semua pndangan dan pendapat masyarakat ini.

Jika adapun pandangan yang menyokong idea seorang PM itu hanyalah (tak silap "diri ini") seorang pengarah dalam satu badan yang berkenaan, yang telah membuat kenyataan bahawa kementerian tersebut yakin mampu melaksanakan cadangan tersebut dalam beberapa tahun akan datang (tak silapnya 2010). Itu hanyalah pandangan seorang manusia yang bergelar pengarah. Tetapi masyarakat bawahan tetpa tidak yakin denga n kenyataan tersebut yang lebih nampak seolah-olah ingin melobi pihak atasan beliau. Jika kita lihat kepada keadaan sekarang, hampir '80'-'90' %* sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa mengadakan 2 sesi persekolah kerana kekurangan prasarana di skeolah masing-masing. Setakat 2 negeri ini sahaja pun kita boleh nafikan kenyataan seorang pengarah tadi. Logik ke dalam masa 2 tahun kerajaan terpaksa membina lebih banyak bangunan baru atau sekolah-sekolah baru untuk tujuan tersebut? 2 tahun untuk mungkin hampir 100* sekolah baru di sekitar 2 negeri terbabit...sesuatu yang mustahil. Jika tidak mustahil pun, di sana nanti akan kedengaran la pelbagai masalah yang berlaku terhadap semua projek-projek pembinaan yang tergesa-gesa. Kita telah ada pengalaman dalam isu ini iaitu dalam isu makmal komputer dan juga bangunan-bangunan kerajaan yang lainnya. Apakah mereka yang berkepentingan ini tidak merasa bersalah jika keadaan ini berlaku?...jangan asyik tunggu dan lihat. Apabila musibah melanda barulah nak buat
post-mortem. Padahal kita sendiri yang mebuat keputusan pada peringkat awal.

Banyak kesan-kesan yang ingin "diri ini" paparkan di sini, tetapi mungkin masa masih belum sesuai dan juga tidak diperlukan ketika ini. Harapannya semua masyarakat di luar sana dapat memikirkan sebaik-baiknya kesan daripada idea PM tadi. Ketengahkan kepada pengetahuan umum. Al-maklumlah dalam negara kita ini, resminya apabila idea atau pendapat itu datang daripa seorang yang berjawatan tinggi dalam negara pasti akan terus dipersetujui oleh semua orang bawahan yang berkepentingan tanpa memikirkan atau menyelidiki dahulu baik dan buruknya serta kesan jangka panjang.

Antara kesan yang perlu difikirkan pada peringkat awal ini ialah kesan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan (miskin). "diri ini" yakin anak-anak kepada keluarga miskin pasti akan merasai kesan terhadap pelaksanaan ini. Ya, kita semua maklumi ramai di antara anak-anak rakyat yang kurang berkeupayaan amat menantikan waktu pulang dari sekolah semata-mata ingin meringankan beban yang dipikul oleh penjaga mereka. Samada mereka akan keluar untuk bekerja bagi menampung perbelanjaan harian keluarga mereka atau pulang awal semata-mata ingin mengambil alih tugas menjaga adik-adik daripada ibu atau bapa mereka yang terpaksa membanting tulang empat kerat hanya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi anak-anak mereka. "diri ini" yakin jika cadangan daripada PM itu menjadi realiti semakin ramailah anak-anak tida akan bersekolah semata-mata atas alasan sedemikian. Apakah kerana faktor itu kita ingin menyalahkan atau 'mendakwa' ibubapa dan penjaga atas kemiskinan mereka? fikir-fikirkan dan renungilah.

* congakan kasar seorang marhaen tanpa merujuk kepada mana-mana statistik rasmi.

No comments:

Post a Comment