Thursday, November 29, 2007

Aulawiyyat vs Halawiyyat

Assalamualaikum...

Aulawiyyat : Keutamaan
Halawiyyat : Manisan (kuih-muih arab)

Alhamdulillah kita diberikan kesempatan lagi untuk terus hidup di bumi Allah S.W.T.

Malaysia: Cuti sekolah akhir tahun telah menjelma. Pelajar-pelajar mula menyusun pelbagai aktiviti samada secara sendirian aatau bersama ibubapa masing-masing juga mungkin bersama guru-guru. Pelbagai aktiviti dilansungkan ketika msuim cuti sekolah ini. Resminya mula sahaja cuti sekolah maka sibuklah malaysia dengan undangan ke walimah perkahwinan. hujung minggu masyarakat terpaksa dibahagi2 untuk menghadiri wlaimah tersebut demi ianya anjuran Islam dan juga demi sebuah persaudaraan. Moga persaudaraan tersebut kekal selamanya bagi semua pihak.

Suatu ketika dahulu semasa berada di Jordan, sempat juga merencanakan@berangan-angan untuk membawakan budaya cuti sekolah di Jordan ke Malaysia. Antara aktiviti yang memikat hati ini ialah kelas-kelas Al-Quran dan juga hafazan Al-Quran. Alhamdulillah kembali sahaja ke Malaysia hati berasa gembira kerana ada rancangan tv yang membawa ke arah tersebut iaitu mengajar dan mendidik jiwa individu ke arah mempelajari Al-Quran dan juga memahaminya. Rancangan yang menarik minat tersebut ialah rancangan 'Mari belajar Al-Quran' bersama Ustaz Zamri. Alhamdulillah satu kelainan yang dibawa oleh ustaz zamri dalam siri-siri pengajaran beliau.
Jika dahulu rancagan tv sedemikian hanya menumpukan kepada pembacaan dan pembetulan tajwid secara umum, dalam program bersama ust Zamri tersebut ianya didedahkan dengan lebih detil lagi dan lebih menarik serta lebih tepat. Pujian haruslah diberikan kepada semua yang menjayakan slot tersebut dan khasnya tv9. Cuma yang persoalannya ialah apakah semua majoriti keluarga Islam di Malaysia menonton rancangan ini? atau ibubapa lebih merelakan anak mereka menonton rancangan lain? Sekalipun rancangan tersebut hanya melibatkan kanak-kanak sebagai 'pelajarnya' tetapi setelah sempat beberapa kali mengikuti siaran tersebut sehingga akhirnya.."diri ini" merasakan ianya sesuai dan sewajibnya ditonton oleh semua lapisan masyarakat Islam di Malaysia.

Aktiviti pada musim cuti sekolah di malaysia pelbagai. Ada yang selayaknya diberi pujian dan ada yang sebaliknya. Harapan "diri ini" ialah agar semua ibubapa merencanakan aktiviti yang sewajarnya bagi anak-anak mereka bersesuaian dengan batasan Syariat Islam.

Antara aktiviti yang menarik perhatian "diri ini" ialah kelas tarannum Al-Quran. Sekian lama telah mengikuti beberapa perkembangan sedemikian. Kanak-kanak diajar tarannum Al-Quran demi untuk mebiasakan mereka dengan Al-Quran dan demi untuk mempastikan mereka cintakan Al-Quran. Apakah pandangan anda tentang perkara ini?

Secara umumnya perkara tersebut bukanlah satu kesalahan bahkan boleh diberikan pujian ke atas pihak yang melaksanakannya, tetapi di sinilah kita perlu lihat keutamaan (aulawiyyat) dalam menuntut ilmu Al-Quran. Benar, Allah S.W.T menyarankan kita supaya memperindah bacaan Al-Quran masing-masing, tapi apakah ianya dengan tarannum (halawiyyat) semata-mata atau ilmu tajwid yang lebih lengkap dan sempurna? Jadi bagi "diri ini" yang kurang berpengetahuan amatlah lebih aulanya atau afdhalnya kanak-kanak tadi diajar ilmu tajwid dan didedahkan ilmu yang berkaitan sebagaimana yang telah diajarkan oleh ustaz Zamri dalam rancangannya. Kita perlu praktikkan bersama kanak-kanak agar mereka lebih memahami apa yg mereka pelajari ketika disekolah (tetapi jarang dipraktikkan) yang kita semua maklumi ianya diajar dalam masa yang cukup singkat. Kasihan kepada kanak-kanak tadi yang hanya membaca Al-Quran tanpa mereka ketahui apakah hukum dan berapa harkat yang selayaknya atas setiap bacaan tadi. Jika kita hanya mengambil sikap tunggulah sehingga mereka dewasa, "diri ini" yakin berapa sangatlah jumlah anak-anak tadi yang akan terus memantapkan bacaan Al-Quran mereka.

Maka dengan rendah dirinya dipohon agar semua pihak memandang berat perkara ini. Ya, tidak sesekali menyalahkan ilmu tarannum tadi, tetapi perlu kita fahami apa yang sewajibnya dahulu.

Akhirnya sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada tv9 yang telah menerbitkan "mari belajar Al-Quran" bersama ustaz Zamri. Moga selepas ini teknik yang sama atau lebih baik boleh diterbitkan lagi oleh stesen tv lain. "diri ini" syorkan untuk diterbitkan pula rancangan yang sama tetapi 'pelajarnya' ialah pemuda-pemudi/golongan peringkat umur atasan agar boleh membuatkan semua muslim di Malaysia baik bacaan Al-Qurannya disamping fahami tentang ilmu tajwid yang sebenarnya. Maklumlah rancangan ustaz Zamri hanya melibattkan anak-anak kecil jadi malu pula golongan lapisan yang lain untuk menontonnya.

No comments:

Post a Comment