Thursday, April 19, 2007

Adakah kita termasuk orang-orang yang rugi?

Assalamualaikum...

Kenapa tiba-tiba timbulkan persoalan ini? Perkara ini timbul selepas "diri ini" melibatkan diri dalam pertandingan futsal di tempat "diri ini" berada sekarang. Setelah 'bersungguh-sungguh' berhempas pulas untuk memastikan kumpulan sendiri layak ke separuh akhir dan semestinya inginkan kemenangan pada pertandingan ini akhirnya petang 19 April 2007 kumpulan kami gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir...senang cerita kalah lah.

Biasalah bila dah kalah tu macam-macam lah alasan yang kita cari untuk menyedapkan hati setelah ditimpa kekalahan. Dan yang paling biasa adalah kita mengeluh@menyesal atas beberapa perkara yang berlaku semasa 'sesuatu perkara' itu dikerjakan (dalam hal ini sesuatu perkara itu ialah perlawanan futsal). Biasanya kebanyakan kita akan sering menyalahkan pihak lain atau kita menggunakan penilaian kita dengan andaian 'kekalauan' (maaf la tak tau pula perkataan ni diterima oleh DBP ke tak). Contoh adalah seperti berikut : kalau lah peluang depan gol tadi tu aku boleh sempurnakan dengan elok mesti tak kalah dalam game@match tadi...itu lah antara perkara yang kita bangkitkan di kala kita ditimpa kekalahan (kesusahan).
Dalam melihat perkara ini menurut pandangan yang sedikit positif kita boleh sedar yang kita semua (kebanyakan) telah melakukan 2 perkara yang yang tidak berapa tepat menurut pandangan Islam.

1) Penggunaan 'kalau' : Dalam hal ini 'kalau' yang digunakan adalah 'kalau' pada perkara yang yang telah lepas. Inilah situasi yang sering diingatkan oleh para ulama kita supaya umat Islam menjauhinya kerana ia melibatkan tahap keimanan kita kepada Allah dan Qada serta QadarNya. Seolah-olah kita tidak meredhai apa yang telah berlaku. Sama la juga dengan kita meratapi kematian seseorang dan juga kita membuat andaian atas sesuatu kematian dengan segala macam 'kekalauan'. Contoh :kalau lah dia sempat minum air tadi mesti dia tak terlibat dalam kemalangan itu. Ketika berdepan dengan situasi ini perlulah kita mendidik jiwa kita semua gaar kembali bertakwa kepada Allah dan beristighfar agar kesilapan kita itu diampuni olehNya. Yakin lah dengan firman Allah S.W.T di dalam Kitab SuciNya:

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan"-(Al-Qamar:49).

وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَراً مَّقْدُوراً ...

Maksudnya : "...dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan Yang ditentukan berlakunya"-(Al-Ahzab :38).

Sebelum "diri ini" terus kepada perkara yang kedua, sukalah "diri ini" ingatkan kepada semua pihak tentang penggunaan kekalaun ini. Sering kali kadang-kadang ada di antara kita yang salah faham terhadap larangan tersebut. Perlu diingat larangan itu adalah kepada perkara-perkara yang telah berlaku. Jadi tiada masalah jika 'kalau' itu digunakan pada perkara yang akan datang kerana ianya lebih bersifat perancangan. Contoh di sini ialah : " kalau kita buat macam ni nanti perkara itu jadi macam tu la pula".Alhamdulillah kalau kita semua betul-betul ingin menjaga diri daripada ingkar tentang Qada dan Qadar Allah. Tetapi pastikan kita faham perkara tersebut agar kita tidak menganggap Islam itu susah dan payah hanya kerana larangan tentang 'kekalauan' itu.Dalam hal ini lebih elok jika kita rujuk kepada sabda Rasullullah S.A.W:

حَدَّثَنَا عَبْدُ السَّلَامِ بْنُ مُطَهَّرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مَعْنِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْغِفَارِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ

Maksudnya:
"Sesungguhnya Islam itu adalah mudah dan tidak menyusahkan walaupun kepada seorang umatnya. Maka bersangka baiklah kepadanya (Islam), dekatilah ia dan bergembiralah dan mohonlah pertolongan ketika (atau di antara) solat dan ketika kamu bersenang-senang (beristirehat) dan pada sebahagian malam".(Shahih Al-Bukhari, bab Ad-dinu yusr)- juga boleh dirujuk kepada Sunan An-Nasaie dalam bab yang sama.

2) Berbalik kepada situasi kita tadi, menyesal, sedih, rugi dan sebagainya yang kita rasakan setelah ditimpa bencana ini (kalah dalam perlawanan futsal). Tetapi adakah kita rasa sesal, sedih, rugi dan sebagainya apabila kita melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kita menerima dosa? Apabila kita ditimpa kekalahan tersebut frust tu boleh sampai ke tahap kita bersendirian dan mengambil sikap tak nak bercakap dengan si folan sebab dia lah benda ini berlaku atau kerana kerana malu disebabkan kita lah perkara tersebut berlaku. Tetapi ketika kita melakukan dosa dan kesalahan tidak pula kita merasa malu dan kecewa terhadap kesalahan tersebut. Kita tidak malu dengan manusia (paling malang adalah tak malu kepada saudara Islam yang lain dan juga kepada non-muslim) apatah lagi kita nak didik jiwa untuk malu dengan Allah atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang golongan orang-orang yang rugi dari kacamata Allah S.W.T dan Islam. Tapi apakah kita mengambil kira semua firman Allah tersebut? Antaranya kita boleh rujuk kepada surah yang selalu kita (kebanyakan) baca di akhir setiap majlis iaitu surah Al-Asr :

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ...
Maksudnya:
"Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian" -(Al-Asr:2)

Kemudian dalam surah Al-Baqarah :

الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأَرْضِ أُولَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya:

(Iaitu) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara Yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. mereka itu ialah orang-orang Yang rugi.-(Al-Baqarah:27)

Juga di dalam ayat 46:

ثُمَّ تَوَلَّيْتُم مِّن بَعْدِ ذَلِكَ فَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَكُنتُم مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya:

"Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang rugi".-(Al-Baqarah)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain tentang orang-orang yang rugi ini. Jadi lebih utama jika kita menyemak semua sifat kerugian yang dinilai oleh Allah dan memberi impak yang positif dalam hidup kita di dunia ini juga di Akhirat kelak. Sama-sama kita belajar membentuk diri dan jiwa masing-masing agar tidak terlalu kecewa dengan perkara yang hanya bersifat keduniaan tetapi mengkesampingkan perkara-perkara yang boleh menjadikan kita selamat di Akhirat kelak.

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada "diri ini" untuk memuhasabah diri dan menyedari kesilapan petang tadi...Astaghfirullah...Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami dan seluruh umat Islam di dunia ini...

Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment