Tuesday, May 01, 2007

Pening....


Assalamualikum...
Baca Akhbar Hari ni? Petikan ni di ambil dari laman utusan online dalam salah satu ruangan yang ada di situ...

Pendek cerita dan kisahnya...seorang ustazah ini ditanya oleh pemberita ruangan tersebut tentang perihal aurat. Beliau pun jelaskanlah pendapat semua mazhab... katanya:

Soalan : Apakah maksud aurat dalam Islam?

"Dalam Islam, aurat bermaksud kecacatan, keaiban atau kekurangan yang wajib kita tutup. Dari segi bahasa, menjelaskan yang aurat itu adalah sesuatu yang terdedah kepada serangan musuh.

Allah memerintahkan kita menutup aurat kerana mendedahkannya boleh mendatangkan fitnah, menaikkan syahwat atau menyebabkan kita melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fikah Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut.

Bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunah.

Ingatlah firman Allah tentang aurat, Katakanlah kepada wanita beriman, “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..”.(Al-Nur: 31)..."

kemudian seterusnya :

"Apabila menutup aurat pula bukan bermaksud menutup kulit sahaja. Kaum wanita tidak boleh memakai pakaian yang nipis sehingga masih menampakkan bentuk tubuh. Atau pun memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Atau memakai wig sebab masih menampakkan leher dan telinga kepada yang bukan mahram. Kain yang menutup itu pula tidak boleh yang ketat.

Dalam Islam, apabila Allah mengharam atau menghalalkan sesuatu itu ia tujukan kepada semua. Tidak ada pengecualian walau kepada ulama, ustaz atau pun ustazah."

"diri ini" confius pula bila tengok gambar ustazah ini yang disertakan oleh wartawan tersebut yang sudah tentu diambil ketika temuramah tersebut.


"diri ini" doakan agar ustazah tersbeut sedar kesilapan beliau dan harapnya orang-orang yang lebih arif dari "diri ini" yang berada di sekeliling beliau dapat menegur beliau...

No comments:

Post a Comment