Tuesday, May 29, 2007

Salam vs Buzzing

Assalamualaikum....

Percubaan seterusnya untuk menulis dan meng'update' blog yg dah lama tak dikemaskini. Baru-baru ini percubaan untuk kemaskini blog gagal kerana artikel yang ditaip tak dapat diuploadkan oleh kerana kesilapan teknikal (salah blogger la..sebab dah masukkan kod tapi tak publish, kesannya artikel tersebut hilang entah ke mana..)

Semoga percubaan kali ni berjaya hendaknya..

Zaman dan waktu sentiasa bergerak 'pantas' dan tidak akan sesekali berpatah balik untuk memberi peluang kpeada kita semua memperbaiki kesilapan pada masa-masa yang telah kita lalui. Peredaran tersebut menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam kehidupan seharian setipa manusia. Tamadun berganti dengan tamadun yang seterusnya dan sentiasa akan terus berganti. Sistem perhubungan di antara kita juga terkesan dengan perubahan waktu dan zaman ini. Pada peringkat permulaan manusia mengenal erti kecanggihan sistem perhubungan yang digunakan adalah surat menyurat dan juga telegram. Kemudian berpindah kepada sistem yang lebih baik iaitu telefon (talian tetap), sampai lah kepada zaman yang kita sedang lalui ini sistem perhubungan terus berkembang dengan baik dan pesat. Kini kebanyakan masyarakat mula berhubung denga kaedah yang tidak memerlukan kos yang tinggi, SMS, email, Messenger dan sebagainya.

Untuk kali ini "diri ini" ingin memfokuskan kepada sistem perhubungan 'anak-anak muda' walaupun ada juga mereka yang telah lanjut usia berjaya meneroka sistem ini tetapi majoriti anak muda lebih terkedepan dalam menggunakan dan memanfaatkan sistem yang terkini ini. Tanpa buang masa. perkara yang ingin difokuskan ialah penggunaan 'messenger' (tak kira lah YM ke MSN ke..dll). Seringkali kebanyakan kita bila mula berhubung dngan kenalan lebih suka untuk gunakan butang 'buzz' untuk menegur kenalan tersebut. Apabila ditanya kenapa sering menggunakan kaedah tersebut, seringkali juga jawapan yg diterima ialah untuk memastikan samada kenalan tersebut berada di 'depan' komputer atau sebaliknya. Apakah jika kita memberi salam kita tidak akan tahu yang kenalan kita berada di 'depan' komputer atau sebaliknya? apakah jika kita meberi salam komputer tersebut akan mempermain kita untuk menjawab salam menggantikan kenalan kita?

Inilah fenomena kita ketika ini. Pernah satu ketika kita berdebat bahkan sering memforward email@message untuk mengajak kenalan kita dan umat Islam yang lain menggunkan taipan perkataan salam dengan ejaan yang penuh (sekalipun sebenarnya perkara tersebut tak perlu dipertikaikan kerana semua kita maklum seringkas mana sekalipun ia adalah lafaz salam daripada pihak yang menghantar email @message tersebut). Kita juga mem'forward'kan email dan sebagainya untuk memeperbetul sebutan dan ejaan Makkah atau Mekah berbanding penggunaan yang dipelopori barat iaitu Mecca (ini pun tak perlu dipertikaikan sebab tak ada apa yang boleh mengelirukan kita dalam perkara ini). Kini mari kita membincankan pula kaedah yang sebaik-baiknya untuk kita bertegur sapa dengan kenalan atau pihak lain.

Bukankah di dalam Islam kita diajar untuk memulakan setiap pertemuan kita denga lafaz yang mulia (Assalamualikum)? Bukan kah kita sering meng'khatam'kan Al-Quran sepanjang Ramadhan? Tidakkah kita bertemu dan memahami ayat Al-Quran di dalam surah An-Nur:27

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memasuki rumah orang lain sehinggalah kamu dialukan dan kamu memberi salam kepada ahli rumah tersebut, ketahuilah ianya adalah lebih baik bagi kamu, moga-moga kamu semua sering mengingati.

Jelas anjuran ini adalah galakan dan keharusan (kewajipan) memberi salam ketika kita ingin menziarahi atau memasuki rumah orang lain. Apakah 'messenger' tidak boleh kita katakan sebagai rumah yang khusus bagi kenalan kita?

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Maksudnya :
Sabda Rasullullah Sallahu'alaihi wa sallam: " Tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman dan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia berkasih-kasihan (semata-mata kerana Allah), inginkan aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang akan mengikat hubungan di antara kamu jika kamu melakukannya? Berilah dan sebarkan lah salam di antara kamu". (Shahih Muslim:81, Mausuah Maktabah Syamilah)

Kewajipan kenalan kita pula adalah menjawabnya. Perkara ini telah dimaklumi oleh semua pihak tanpa perlu dibahaskan lagi. Alangkah elok,molek dan manisnya jika kita berusaha untuk menghidupkan sunnah yang telah dibawa oleh Rasullullah ini. Bahkan ianya telah dianjurkan oleh Allah dalam firmannya sebagimana yang tertera di atas.

Usahlah kita berdalih lagi untuk sama-sama mengimarahkan sunnah yang mulia ini. Sudahlah sunnnah yang besar kita tinggalkan, sunnah yang sekecil ini pun kita ingin jauhkan daripada pengamalan kita? Aduh, jauhnya kita dengan Sunnah Rasullullah. Kita ingin syafaat baginda di akhirat nanti tetapi kita tidak berusaha menghidupkan sunnah Baginda Sallahu'alaihi wa sallam.

Jangan berdalih dengan membuat 'qias' yang tidak sewajarnya. Kita meng'qias'kan bahawa ulama mengharuskan untuk kita mengetuk pintu atau menekan loceng jika menzirahi kenalan kita maka apakah salah jika kita buzzing sahaja kenalan kita di mana-mana medium 'messenger'? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Apkah jika kita sudah berdepan dengan tuan rumah yang ingin kita ziarahi kita masih lagi menekan loceng rumah beliau atau kita memberi salam?

Ayuh kita mengorak langkah menghidupkan kembali sunnah Rasullullah. Sudahlah tajuk yang dibincang dalam medium tersebut pun kadang-kadang tidak bermanfaaat. Memberi salam pada permulaan 'pertemuan' pun ditinggalkan. Sekalipun ramai di antara kita tetap memberi salam selepas 'buzz' tetapi dahului dengan salam adalah lebih mulia insyaAllah.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment