Tuesday, May 29, 2007

Penggunaan Tulisan Roman Terhadap Ayat-ayat Al-Quran

Assalamualaikum...
Sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan semua pihak tentang perkara ini. Masih lagi terdapat segelintir di antara masyarakat kita yang menulis ayat-ayat Al-Quran menggunakan tulisan roman. Penggunaan kaedah tersebut adalah dilarang sama sekali. Kita semua maklumi bahawa mempelajari Al-Quran adalah satu kewajipan yang tidak boleh disangkal lagi. Mempelajarinya adalah dalam konteks untuk membaca dan juga untuk memahami isi kandungan Al-Quran tanpa kita mengkesampingkan walau satu ayat pun daripasa isi-isinya. Jika memperljarinya pun sudah diwajibkan maka mengajarkan Al-Quran kepada pihak lain juga adalah lebih aula wajibnya untuk memastikan semua umat Islam memahami dan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan kaedah dan tajwid yang betul dan tepat.

Firman Allah S.W.T:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً...

Maksudnya:...dan baca;ah Al-Quran dengan "Tartil" (tajwid yang betul). - Al-Muzammil:4


Kemudian kita juga boleh merujuk kepada sunnah Rasullullah Sallallahu'alaihi wa sallam di mana Baginda membaca Al-Quran dengan tartil sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Hafsah RadiAllahu'anha.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ الْمُطَّلِبِ بْنِ أَبِي وَدَاعَةَ السَّهْمِيِّ عَنْ حَفْصَةَ
أَنَّهَا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي سُبْحَتِهِ قَاعِدًا حَتَّى كَانَ قَبْلَ وَفَاتِهِ بِعَامٍ فَكَانَ يُصَلِّي فِي سُبْحَتِهِ قَاعِدًا وَكَانَ يَقْرَأُ بِالسُّورَةِ فَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ أَطْوَلَ مِنْهَا

Maksudnya: Hafsah telah berkata: Aku tidak pernah melihat Rasulullah Sallallahu'alaihi wa sallam menunaikan solat sunatnya dalam keadaan duduk kecuali ketika hampirnya wafat Baginda (setahun sebelum kewafatan) dan baginda membaca surah (ayat-ayat Al-Quran) dengan "tartil" hinggakan bacaannya lebih panjang daripada kebiasaanya.-(Shahih Muslim, kitab Solat Musafir, bab keharusan solat duduk dan berdiri dalam solat sunat (733)).

Maka untuk membetulkan bacaan kita dan juga orang lain adalah mustahil untuk kita membacanya dengan hanya melihat ayat-ayat Al-Quran yang ditulis dengan menggunakan tulisan roman. Sudah semestinya apabila kita membaca ayat-ayat yang tertulis dengan tulisan roman kita akan 'melanggar' hukum-hukum tajiwd sekalipun kita adalah pakar dan 'alim dalam ilmu tersebut.
Majlis Fatwa kebangsaan telah memfatwakan perkara ini dalam Muzakarah MFK kali-24 pada tahun 1989..(berapa tahun agaknya umur kita time ni?). Fatwa (keputusan Fatwa ) tersebut berbunyi "Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah bersetuju mengambil keputusan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

Dalam penjelasan yang lain MFK hanya menasihatkan untuk mana-mana orang Islam yang ingin menggunakan tulisan roman pada ayat-ayat Al-Quran hendaklah disertakan juga teks asal dalam bahasa arab (tetapi ini hanya bagi yang tahu selok belok tajwid). Bagi orang awam yang masih belajar dan ingin terus memperbaiki bacaan adalah dilarang sama sekali meggunakan teks roman tersebut kerana sudah semestinya bacaan mereka tidak akan bertambah baik dan boleh jadi lebih buruk dari asalnya.

Keputusan MFK ini blh dirujuk di laman web rasmi MFK dan pada link haram tulisan roman...

Semoga kita mengambil manfaat daripada tajuk ini. والله أعلم

Assalamualaikum...




No comments:

Post a Comment