Tuesday, April 17, 2007

Dakwahlah macam Rasullullah!!...

Assalamualaikum..

Maaf lah tajuk tu macam kasar sebab bertanda seru...
Bukan kasar, sebenarnya tajuk tu merujuk kepada perbualan biasa yang "diri ini" yakin kita semua pernah laluinya. Baru-baru ni ada kenalan yang menceritakan masalahnya tentang kesan daripada teguran yang kadang-kadang dibuat oleh beliau kepada kawan-kawannya yang dikatakan agak kasar. Entahlah perkara ni macamna beliau boleh tahu tentang apa yang orang lain 'bisingkan' belakang beliau (bukan tanggungjawab "diri ini" menyelidik).
Kebiasaanya jika kita menegur tentang kesilapan orang lain, kadang-kadang pasti ada ketidakpuasan hati yang timbul selepas teguran dibuat. Samada teguran terlalu kasar, tak kena tempat dan tak jaga hati orang yang ditegur atau macam-macam alasan lagi yang diberikan semata-mata kerana sifat tidak mahu mengaku salah dan juga tidak mahu tunduk kepada orang yang tegur (tak tahulah sebab apa, pepandailah semua orang masukkan sendiri ayat-ayat atau kalimah-kalimah apa yang golongan ni fikirkan, kita semua pun kadang-kadang pasti fikir benda yang sama, maafkan "diri ini" kalau diri anda tidak demikian)..
Hujah yang cukup famous dan selalu jadi mainan semua pihak, tambahan yang ada ilmu-ilmu agama sikit, nescaya mereka ini akan terus minta orang yang menegur tadi supaya merujuk firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nahl ayat:125 :

Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".

Maka dengan bangganya pihak yang ditegur itu mentafsirkan ayat tersebut seolah-olah ayat tersebut memihak kepada mereka. "diri ini" bukanlah orang yang pakar dalam bidang tafsir dan juga bukan ahlinya, tapi sedikit sebanyak tahu jugalah apa yang dibincangkan dalam ayat tersebut. "diri ini" syorkan kepada semua pihak agar jenguk-jenguklah kitab-kitab tafsir tak kira lah muktabar atau tidak, yang penting rujuk dulu dan semak apa yang dimaksudkan dengan "hikmah" dalam ayat tersebut. Pastikan kita tidak menonjolkan 'kebodohan' dan 'keegoan' kita semata-mata ingin menghalalkan apa yang kita lakukan padahal secara prinsipnya kita sendiri sedar tentang kesalahan perkara tersebut.

Hujah kedua yang biasa digunakan oleh orang yang ditegur ialah, supaya pihak yang menegur itu cubalah tiru bagaimana kaedah dakwah Rasullullah S.A.W. Baginda berdakwah dengan bijaksana dan lemah lembut (rujuk sejarah dulu lemah lembut macamana, bukan macam yang kita semua harapkan). Biasanya kita semua ingin supaya orang yang ingin menegur kesalahan kita supaya membelai kita atau menegur dengan selembut-lembut cara supaya kita tak tersinggung (perghhh..susah lah kalau macam ni. pihak yang menegur kenalah sentiasa bawa buku '555'). Bukan untuk tulis hutang,tapi nak catat dalam buku tersebut bagaimana kehendak setiap kawan-kawannya jika perlu ditegur, belaian yang macamna yang harus dilakukan. Untuk hujah ini rasanya eloklah kalau pihak yang menegur jawab dengan nada yang sama, iaitu "aku dah cuba nak ikut dakwah Rasullullah, sebab tu lah aku harapkan engkau jadi macam sahabat-sahabat Rasullullah Abu Bakar, Umar, Uthman Ali dan lain lain R.A" nescaya Islam itu akan kembali bersinar di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah rasanya kalau keadaan ini berlaku. Tak kira pihak yang menegur atau yang ditegur masih ingin merujuk kepada sejarah. Tapi itu lah masalahnya kita ni, suka minta orang yang nak tegur (pendakwah) tu supaya ikut kaedah dakwah Rasullullah, dalam keadaan kita sendiri tak cuba untuk meneladani sahabat-sahabat Rasullullah S.A.W. Jadi amat besarlah harapan "diri ini" supaya kita lakukan semakan ke atas diri kita supaya kita tidak lah terlalu demand dengan teguran kawan-kawan mahupun sahabat-sahabat kita dalam keadaan kita sendiri dah memang maklum akan segala apa yang kita lakukan itu kadang-kadang terbabas daripada landasan Syariah. Bersyukurlah kita ada lagi pihak yang sanggup berdepan dengan kerenah kita semata-mata nak memastikan kita bersama-sama duduk di atas landasan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.

Assalaumualaikum...



No comments:

Post a Comment