Tuesday, March 13, 2007

Macam mana Kementerian boleh silap...

Assalamualaikum...
Semua pihak berasa gembira ketika pengumuman pelajar terbaik SPM bagi tahun ini. Keputusan yang begitu memberansangkan sehingga pihak bertanggungjawab begitu bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan kenyataan. Semua ibubapa mendoakan agar anak mereka juga diberikan kejayaan yang lebih baik atau paling tidak serupa dan setanding dengan pelajar terserbut.

Apa yang memeranjatkan semua pihak ialah apabila keputusan yang sebenar keluar, keputusan yang diperolehi oleh 'mangsa keadaan' adalah tidak sebagaimana yang dilaporkan dan diwar-warkan oleh akhbar seminggu awal dari tarikh pengumuman keputusan sebenar. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Hanya pihak yang berkenaan sahaja mampu menjawab persoalan ini. Cuma kita sebagai rakyat biasa masih mempunyai hak untuk mempertikaikan keadaan tersebut. Bagaimana keputusan sebenar boleh 'terpesong' jauh daripada keputusan yang diumumkan.

Pihak kementerian perlu mengambil tanggungjawab untuk menjawab isu ini dengan sebaiknya. Alangkah kesian dan sedihnya hati keluarga pelajar tersebut yang pada awalnya pasti berhajat membuat kenduri doa selamat besar-besaran atau setidak-tidaknya pihak surau atau masjid kampung pelajar berkenaan telah menyusun program yang berkaitan dan sesuai dengan keputusan tersebut untuk dikongsikan dengan anak-anak kariah yang lain. Belum lagi kita menyingkap perasaan 'mangsa keadaan' lagi.

Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Semua pihak runsing memikirkannya. Badan Kerajaan boleh silap dalam melakukan percaturan masa depan anak bangsa sendiri?

Sekian..semak dan teruskan muhasabah diri kita semua...

No comments:

Post a Comment