Tuesday, April 01, 2008

Berdustakah kita?

Assalamualikum...

Persoalan yang ingin di bawa kepada perbncangan kali ini seringkali diajukan kepada "diri ini" bahkan diyakini ianya kerap kali ditanya juga kepada kebanyakan individu lain. Persoalan tentang bolehkah seorang lelaki berambut panjang dan bolehkan seorang perempuan berambut pendek?

Soalan tersebut boleh dipisahkan menjadi 2 persoalan. Dan untuk memudahkan "diri ini" menulis maka ianya akan dipecahkan di mana soalan berkaitan lelaki adalah persoalan yg pertama dan soalan yg bekaitan perempuan dijadikan persoalan yang kedua.

1) Lelaki berambut panjang:

Keadaan ini telah menjadi satu senario yang biasa kita lihat di mana-mana. Apabila ditanya kepada individu-individu terbabit (yang berambut panjang), pelbagai alasan yang dikemukakan semata-mata untuk menguatkan hujjah perihal kepanjangan rambut mereka.

Antara hujah yang sering mereka kemukakan yang ingin diutamakan dalam sanggahan dalam tulisan ini ialah: i) kubur masing-masing, Jadi aku tak kacau korang buat apa la korang nak sibuk jaga tepi kain orang lain..dan sewaktu denganya. ii) Sunnah Rasulullah S.A.W.

Ayuh! kita tumpukan kepada 2 hujah dangkal di atas.
i) Berkenaan perkara ini telah "diri ini" nyatakan secara umum kepada dan oleh pihak mana sewajarnya frasa tersebut diungkapkan. Dalam tulisan sebelum ini disertakan beberapa terjemahan ayat Al-Quran tentang perkara yang berkaitan. Kesimpulannya kerana kubur masing-masing lah saudara seislam kita yang lain mengambil berat tentang kita. Pertamanya kerana mereka melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan ke atas semua Umat Islam iaitu mesti menyampaikan nasihat/dakwah dalam apajua keadaan dan bentuk. Mereka meyakini janji Allah bahawa kemanisan di alam Kubur dan Akhirat adalah suatu yang pasti dan nasihat/dakwah adalah salah satu daripada tiket-tiket kemewahan dan kebahagiaan yang akan dikecapi di Kubur dan Akhirat kelak. Keduanya kerana kubur masing-masing juga lah kawan-kawan yang menasihatkan kita tadi mengingatkan kita tentang perihal akhak dan juga tingkah laku kita yang agak merimaskan (dengan panduan dan kacamata syariah) dan boleh menyebabkan Islam itu dipandang hina oleh orang lain. Masakan tidak, kerana kubur masing-masing lah kawan-kawan kita tadi kasihankan kita, sebab jika kematian adalah serentak dan kubur juga adalah sekali dan sama serta Allah membenarkan individu-individu yang 'terselamat' dari azab kubur menaungi (ala-ala memberi syafaat) orang lain maka tidaklah kawan-kawan kita tadi risau dan bimbang tentang kita. Kerana mereka yakini Allah tidak akan berdusta. Tetapi masalahnya di sini ialah kematian setiap orang adalah berbeza dari segi masa tempat dan keadaan kematian itu sendiri dan naungan tadi adalah suatu yang mustahil dalam keadaan begitu. Maka sesuailah kawan-kawan tadi memainkan peranan mengingatkan kita terhadap perkara yang kita lakukan. Ketiganya, Kawan-kawan atau pihak yang menegur/menasihati kita tadi amat yakin tentang peristiwa yang Allah dan Rasulnya gambarkan tentang Hari Pembalasan. Ketika itu semua manusia akan dihitung amalannya dan dipersoal tentang apa yang telah dilakukan ketika hayatnya di dunia. Maka akan ada keadaan dimana saling tuding menuding ke arah orang lain semata-mata takut dicampakkan ke dalam Neraka yang azabnya terlalu dahsyat. Jadi daripada kawan-kawan kita dipersalah di hari pembalasan nanti sebaiknya lah mereka memainkan peranan yang sewajibnya di dunia ini agar tudingan itu nanti akan ditolak mentah oleh Allah kerana mereka telah menjalankan kewajipan mereka dengan mengingatkan kita atas setiap perilaku kita yang agak merimaskan tadi. Jadi kerana kubur masing-masing lah mereka bertindak sedemikian. Kita pula perlulah terima teguran dan nasihat itu untuk bekalan kita dikubur dan ketika dalam ketakutan di medan perhitungan nanti.

ii) Ianya Sunnah Rasullullah S.A.W.
Jika kita menghujjahkan sedemikian maka hak kawan-kawan kita adalah mereka diberitahu tentang sumber yang kita rujuk kerana menyandarkan kepanjangan rambut (dan apa jua tindakan kita) kepada Sunnah Rasullullah S.A.W. Setiap Sunnah Rasullullah semestinya terlakar di dalam sumber-sumber hadith yang sampai kepada kita. Apakah benar kita mengetahui tentang perkara tersebut atau kita hanya menyandarkan dan memindahkan apa-apa yang pernah kita dengari atau disampaikan oleh orang lain melaui kaedah pindah lisan. Kemudian sewenang-wenangnya kita terus dengan yakinnya mengisytiharkan bahawa ianya adalah Sunnah Baginda S.A.W. Tidakkah kita takut tentag ancaman Rasullullah S.A.W. terhadap mereka-mereka yang mendustakan Baginda (Muhammad S.A.W.)? Hadis tentang perkara ini telah dikethaui umum bahkan ianya sebahagian dari hadith yang masyhur dan dimasyhurkan oleh semua lapisan pendakwah masakini.

حدثنا أبو بكر قال حدثنا ابن نمير عن الأوزاعي عن حسان بن عطية عن أبي كبشة عن عبد الله بن عمرو قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya: "Barangsiapa yang mendustakan Aku (Muhammad S.A.W), sesungguhnya dia telah menyediakan tempatnya di dalam neraka (atas pendustaan yang telah dilakukan)". -Riwayat, Ahmad, 2/413)

Kesilapan dan kurang fahamnya kita apabila hanya mengaitkan hadis tadi dengan golongan-golongan yang memalsukan hadith dan seumpamanya. Sewajarnya kita meneliti dan memahami bahawa apajua pendustaan yang kita sandarkan kembali samada kepada Rasullulah S.A.W, Allah dan juga Islam sesungguhnya ia juga termasuk dalam kategori tersebut kerana secara tidak lansung kerana tindakan sedemikian akan memburukkan nama baginda S.A.W.

Dalam hal sifat rambut Rasulullah S.A.W (kepada mana-mana individu yang menghafal atau memiliki sumber hadis berkaitan sifat rambut Baginda S.A.W amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan maklumat berkaitan kepada "diri ini" ) kita seringkali menyandarkan panjangnya rambut nabi dengan kepanjangan rambut kita. Apakah kita mengetahui secara jelas sifat-sifat kepanjangan rambut nabi? (panjangnya setakat mana? keadaan rambut Baginda ketika panjang? ketika dan selama mana baginda berkedaan begitu?) Jika kita jelas keadaan tersebut dan kita yakini itulah sifat rambut baginda maka silakan kekal untuk menyimpan rambut anda dalam keadaan yang panjang (sehingga boleh dinisbahkan kepada Sunnah).

Seterusnya, Keperibadian Rasullullah S.A.W. adalah amat sempurna. Kesempurnaan tersebut bukan hanya datang secara berasingan tetapi ianya secara pakej dan menyeluruh. Hinggakan musuh-musuh Islam tiada hujjah untuk memburukkan Rasullullah S.A.W. Maka sewajarnya apabila kita sering menyandarkan kepanjangan rambut tadi dengan Sunnah maka amalan dan tindakan kita yang lain juga perlulah mengikut Sunnah. Dan yang utamanya ialah kita mendahulukan Sunnah yang besar kemudian diikuti dengan Sunnah Baginda yang lain. Akan tetapi ketika ini, jika kita lihat kepada manusia-manusia yang berambut panjang (Muslim), apakah lebih banyak kita nampak sifat terpuji (acuan Syariah) atau sebaliknya? Apakah tingkah laku mereka mendatangkan kelebihan kepada Islam atau sebaliknya?

Bagi sesiapa yang rupanya mirip kepada keayuan seorang wanita, Haram baginya untuk menyimpan rambut dalam keadaan panjang kerana ianya sah menyerupai wanita. Dan celaan serta larangan tersebut jelas dalam Islam. (tambahan pula kalau dah perangai dan tingkah laku lembut semacam dah macam perempuan (tak salah perempuan untuk bersifat lembut bahkan itulah peribadi mereka), termasuk guna peralatan yang digunakan untuk 'menghias' diri dan sebagainya). Keadaan ini banyak berlaku disekeliling kita. Moga Allah membuka pintu hati kita semua gaar berubah ke arah yang lebih baik mengikut apa yang dituntutNYA.

Sekali lagi diingatkan, supaya kita tidak hanya menyadarkan sesuatu kepada Sunnah semata-mata kerana kita melakukan perkara tersebut padahal kita berbuat demikian bukanlah kerana Sunnah Rasullullah S.A.W. tetapi lebih kerana sunnah manusia-manusia lain sebelum daripada kita.

Sementelah kebanyakan daripada kita juga apabila berpewatakan demikian lebih menonjolkan sifat yang tercela iaitu riak dan angkuh kerana kononnya dengan berambut panjang seorang lelaki itu akan dilihat 'macho', gagah dan sebagainya. Bahkan kadang-kadang ramai di antara kita yang gagal untuk menyahut seruan yang lebih besar iaitu sentiasa kemas dan bersih. Sehingga menjadi fitnah dan buah mulut sesama kita. Akhirnya Sunnah Rasullullah tidak lagi dianggap mulia. Siapakah yang bersalah dalam keadaan ini? mereka yang menegur kitakah atau kita sendiri yang berambut panjang tetapi tingkah laku tak pula mengikut Sunnah dalam keadaan kepanjangan rambut tadi di sandarkan kepada Sunnah kononnya.

Semoga kita bukanlah beban bagi Islam dan juga bukan penyebab fitnah berlaku terhadap Islam (bila dah musuh-musuh Islam cerca Islam baru pakat sibuk bantah sana bantah sini, padahal semua itu kerana tingkahlaku kita sendiri yang gagal mengimplementasikan contoh yang terbaik dan mengamalkan semua tuntutan Islam).

2.Perempuan berambut pendek:

Runsing juga bila ditanya soalan begini.
i) Jika seseorang permpuan itu menutup aurat dengan sempurna (sebagaimana yang telah Islam gariskan) maka persoalan ini amatlah tidak releven dengan mereka. Kerana mereka kekal dengan ciri keperempuanan bahkan sebagai seorang muslimat yang iltizam dengan tuntutan Islam. Persolan rambut mereka pendek semacam lelaki adalah persoalan yang musathil. Kerana apabila seseorang muslimat/perempuan beriltizam dengan Islam maka semestinya ada pihak lain juga yang berkuasa ke atas mereka yang sama beriltizam dengan tuntutan Islam. Pihak yang berkuasa tersebut ialah Ibubapa atau sanak saudara atau suami atau anak-anak dan sebagainya.

ii) bagi perempuan yang tidak menutup aurat dengan sempurna pula, persoalan ini amat perlu dipandang serius. Pertamanya "diri ini" ingin mengingatkan supaya jadilah muslimah yang sempurna dari segi iltizamnya dengan Islam. Jika anda bertudung dan menepati ciri-ciri menutup aurat yang sempurna sebagaimana yang islam ajarkan nescaya anda tidak akan sesekali berpewatakan mirip lelaki samada rambut, pakaian dan tingkah laku dan sebagaianya.

iii) Jika inginkan "diri ini" membincangkan tentang hukum, maka hukum bagi seorang perempuan yang meyerupai lelaki juga adalah sama dengan hukum seorang lelaki menyerupa wanita dalam pelbagai sudut fizikal. Mengapa Islam menggariskan panduan menutup aurat yang sedemikian kepada muslimah? pengajaran yang "diri ini" boleh katakan ialah kerana Islam menggariskan batasan dan had yang cukup sempurna bagi sifat-sifat seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika seorang perempuan itu menutup aurat dengan sempurna dan berusaha mengikuti apajua tuntutan syariat ke atas mereka nescaya persoalan di atas tidak akan terbit lagi.

bukan kerana diskriminasi "diri ini" membincangkan begitu tetapi ianya adalah realiti. Jika muslimat/wanita semua menepati kehendak syariat maka semestinya perbahasan kepada lelaki yang menyerupai wanita juga boleh dikaitkan dengan meniru gaya atau perlakuan mereka yang bukan Islam dan celaan Islam terhadap perkra yang haram amat jelas...

Semoga tulisan ini membantu kita terus mengorak langkah maju bersama Islam...

"Jangan Jadikan diri kita punca fitnah berlaku ke atas Allah, Para Rasulnya dan Juga Islam".






2 comments:

  1. kalau ada seorang 'pendakwah ternama' tu berambut panjang, apa pula hujah yang diguna? tidakkah membawa 'kepeningan' kepda orang2 yang tidak faham islam?

    ReplyDelete
  2. berbalik kepada apa yang "diri ini" sebutkan di atas juga..pendakwah sendiri pun perlu jelas kenapa dia berbuat demikian? bagi "diri ini" banyak lagi sunnah yang perlu kita ikut iaitu cara berdakwah Rasullullah s.a.w. peribadi nabi tak siap boleh gambarkan secara tepat then kalau kita katakan ianya sunnah nabi, pastikah kita rambut kita tu betul2 sama macam yang berlaku kepada peribadi Rasullullah?.. sebenarnya bagi "diri ini" pendakwah tak pelru pun menunjukkan budaya yang luar daripada adat kita. Adat melyu ialah pendakwah terutamnya perlulah kemas (berambut pendek) kerana mengkiikut paa yg berlaku dalam budaya kita kepanjangan rambut itu merujuk kepada peribadi2 yang tidak normal dan tidak baik adabnya..so pendakwah kah kita kalau kita turut sama memeningkan mmasyarakat. yg perlu diingat oleh smeua pihak ialah, skelaipun pendakwah tu terkenal, kena ingat dia adalah manusia biasa..pendpatnya blh diterima dan boleh ditolak melainkan hujah dan sndrnnya tepat mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah. Kadang-kdang pendakwah suka syok sendiri, tgk orang ramai suka dengar apa yg dia sampaikan maka dia mula lupa diri dan lupa tentang peranan pendakwah yang sebenar...moga kita terselamat dari sifat syok sendiri tu.

    ReplyDelete