Saturday, August 15, 2009

Persoalan Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersua lagi kita semua semua di alam ini. Menjelang Ramadhan yang hampir tiba, maka setiap hari ada sahaja persoalan yang ditimbulkan sebagai persiapan menghadapi Ramadhan kali ini.

Tahniah kepada semua yang telah berusaha menyambut Ramadhan kali ini dengan memastikan diri masing-masing bersiap siaga menyambutnya.

Antara persoalan yang ingin dikongsikan kali ini adalah:

1. Apakah ada amalan khusus yang dianjurkan Rasullullah S.A.W untuk umat Islam dalam mengimarahkan Ramadhan?

2. Bagaimana kita berdepan dengan persoalan solat tarawikh? Apakah ianya 8 Rakaat atau 20 Rakaat?

3. Apakah dibolehkan seorang perempuan menggunakan pil/ubatan 'mengelak' datangnya haid untuk berpuasa sepanjang Ramadhan?

4. Apakah benar perlakuan sesetengah kita yang mengorek hidung atau berbuat sesuatu yang membatalkan puasa tatakala tiada apa-apa juadah atau minuman untuk berbuka?

Apakah jawapan anda untuk persoalan ini?

'diri ini' hanya menjawab dengan:

1. Rasullullah S.A.W dan para sahabat mengimarahkan Ramadhan dengan pelbagai cara. Yang sering kita ketahui adalah mengimarahkan malam-malam ramadhan dengan Solat Tarawikh dan Qiam. Juga dianjurkan kepada Umat Islam untuk bertadabbur (menghayati isi kandungan) Al-Quran. Maka suka 'diri ini' menggalakkan semua umat Islam di luar sana untuk membuat sedikit perubahan kepada cara kita mengimarahkan Ramadhan dengan Al-Quran. Seringkali Umat Islam (khasnya warga Malaysia) berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran sebanyak mungkin pada bulan ramadhan. Kali ini marilah kita sama-sama khatamkan Al-Quran dan cuba untuk memahami maksud-maksud ayat-ayat tertentu dan seterusnya menghayati pentafsiran Al-Quran supaya kita akan lebih mencintai Al-Quran dan akan lebih mengakui kehebatan Allah.

Ayat-ayat yang manakah sesuai untuk dipilih difahami terjemahannya dan tafisrannya?Justify Full
Terpulang kepada diri masing-masing. 'diri ini' yakin paling tidak anda semua mempunyai set terjemahan Al-Quran, maka rujuklah kepada indeks atau isi kandungan terjemahan tersebut dan pilihlah tajuk-tajuk yang diingini. Atau paling tidak berusahalah melihat terjemahan dan tafsiran ayat-ayat lazim (Ad-Dhuha - An-Nas).

2. Rakaat Tarawikh? Saban Tahun kita akan berdepan persoalan ini. Ringkasnya, buatlah jumlah yang kita rasa 'selesa' samada 8 atau 20. Yang pentingnya kita tidak mencerca atau memandang serong kepada golongan yng berbeza dengan kita samada memilih 8 rakaat atau 20 rakaat. Cumanya ada sesetengah Surau dan masjid mengambil kesempatan ramainya jemaah yang hadir dengan mengadakah tazkirah selepas solat tarawikh. Maka ianya adalah digalakkan. Khasnya jika dipilih tajuk-tajuk yang 'ringan' yang boleh menarik minat dan memberi kesan yang baik kepada mereka yang hanya muncul di surau atau masjid ketika Ramadhan.

3. Untuk persoalan pil elak haid: Tiada keperluan untuk muslimat (wanita Islam) berbuat demikian. Allah S.W.T menciptakan wanita dengan fitrah sedemikian (datangnya haid) dengan sebab yang hanya diketahui olehNYA. Maka patuh sahaja kepada fitrah tersebut. Bahkan Allah memberikan peluang pula kepada kaum wanita untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan untuk diganti pada bulan-bulan lain sehinggalah sebelum Ramadhan berikutnya. Jika alasan kerana ingin berpuasa penuh, tunggu sahaja ketika anda mengandung (hamil) atau ketika anda 'putus' haid. manfaatkan keadaan itu dengan sebaiknya untuk berpuasa penuh.

4. Rasulullah menganjurkan untuk segera berbuka apabila telah masuk waktu maghrib. Maka anjuran berbuka adalah dengan memasukkan makanan ke dalam mulut seterusnya rongga perut kita. Bukan dengan hanya melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa. Ketahuilah mengorek hidung itu bukanlah antara perkara yang membatalkan puasa anda (kerana tiada kaitan dengan jauf (rongga ke perut sebagaimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah S.A.W. Jika saat maghrib telah tiba dan kita tiada apa-apa makanan atau minuman maka tunggu sahaja sampai kita mampu mendapatkannya paling tidak dengan setitik air.

Cukup dulu untuk saat ni..jumpa lagi dengan persoalan lain di masa hadapan...


No comments:

Post a Comment