Monday, August 17, 2009

Siapa Bertanggungjawab?

Assalamualikum...
...................................

Cikgu :"Kan saya dah amanahkan kepada kamu untuk mengawal kawan-kawan kamu supaya tiada perkara buruk (kemalangan) berlaku? sekarang ni kamu tengok kawan kamu dah cedera, kamu tak faham ke tentang konsep tanggungjawab?"

A : "Saya tahu tu cikgu, saya dah cuba sedaya upaya saya untuk melaksanakan tanggungjawab tapi..."

Cikgu : "Ah kamu nak lepas tangan la tu"...

A : Maaf cikgu!...

.......................................................

Perbualan di atas adalah sebahagian daripada perbualan yang "diri ini" dengari ketika mengikuti satu kursus anjuran syarikat tempat "diri ini" bekerja.

Ketika kursus itu, ada beberapa kumpulan dari organisasi lain yang turut melaksanakan program di tempat yang sama. Kumpulan pelajar terbabit juga adalah sebahagian daripadanya.

Pada awalnya kami agak kagum, kerana keberanian seorang pelajar (mungkin orang yang dipertanggungjawab sebagai ketua di kalangan rakan-rakannya) datang berjumpa dengan cikgu-cikgunya di ruangan makan untuk mengambil tanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku (ketika ini apa yang pasti, rakan beliau yang ditimpa musibah telah 'selamat' daripada 'kemalangan' di tempat program).

Malangnya, beliau telah 'diserang' dengan berbagai 'soalan dan tuduhan' daripada cikgu-cikgunya (yang pada penglihatan kami, cikgu-cikgu terbabit hanya duduk bersembang di ruangan makan ketika 'kemalangan' berlaku) dengan suara yang agak tinggi hingga kami yang lain mampu dengar setiap butir perkataan yang terbit dari 'perbualan' tersebut...

(letih pula nak melaporkan semua yang berlaku, rasanya secara umum kejadian telah "diri ini" coretkan di atas.)

Ringkasnya:

Perlu kah cikgu-cikgu tadi meniggikan suara sehingga mengaibkan seorang remaja yang telah secara sukarela datang mengaku kelemahan dan kesalahannya di hadapan orang 'asing'?

Adilkah pertanggungjwaban terhadap kemalangan anak-anak murid hanya dipikul secara total oleh salah seorang daripada mereka yang telah dipilih sebagai ketua dalam keadaan cikgu-cikgu yang turut serta hanya 'bertapa' di ruangan makan? Apakah peranan guru-guru terbabit dalam program ini sebenarnya?

Adilkah, tanpa proses penyiasatan yang terperinci kesalahan diletak di atas bahu pelajar yang dilantik menjadi ketua? Apakah pelajar yang ditimpa kemalangan itu tidak bersalah?

...................

Inilah sebahagian ragam manusia yang wujud di alam ini. Tanggungjawab yang di amanahkan kadang-kadang dilaksanakan sambil lewa. Apabila berlaku kelemahan atau kegagalan kita sering menuding kepada pihak yang mudah dimangsakan (baca: dikambing hitamkan).

Maka dalam meneruskan perjuangan hidup masing-masing di bumi Allah ini, maka berusahalah kita sedaya mungkin untuk memastikan tanggungjawab Allah ke atas kita dilaksanakan sebaiknya agar apabila kita menghadap Allah di hari 'kebangkitan' nanti kita tidak tergolong dalam golongan yang cuba membebaskan diri dari 'dosa' sendiri dengan menuding kesalahan kepada orang lain termasuk kedua ibubapa sendiri.




No comments:

Post a Comment