Wednesday, September 30, 2009

Ada kesinambungan atau ...?

Assalamualaikum...

Ramadhan 1430 telah berlalu. Kini usia Ramadhan yang telah kita lalui semakin bertambah dan insyaAllah akan kekal bertambah selagi usia masih berbaki. Syawal menjengah dan pasti akan berakhir kerana ianya adalah sebahagian daripada proses kewujudan Dunia ini.

Ramadhan yang dilalui dengan berbagai azam, akhirnya pergi tanpa 'bertanya' atau 'menunggu' setiap individu memastikan azam dan cita-cita mereka tercapai bagai diangan-angankan. Perginya menguji manusia untuk bermuhasabah apakah mereka akan kekal menjadi hamba-hamba Allah yang sentiasa bersyukur sebagaimana yang telah dilakukan ketika Ramadhan atau kembali kepada 'fitrah' masing-masing sebelum ketibaan Ramadhan.

Persoalan pertama untuk kita semua : Sudahkah kita melakukan puasa sunat Syawal? persoalan ini khas ditujukan kepada mereka yang ber'niat' untuk melaksanakannya.

Persoalan berikutnya: Sehingga ke saat ini, apakah amalan kita di bulan Ramadhan lalu masih tersisa kini? atau pudar dan hilang bersama perginya ramadhan?

Apakah kini Al-Quran kembali ke 'rumah'nya sebagai barang hiasan? atau apakah kini Al-Quran hanya dipersiapkan sebagai hantaran? (lagi haru kalau jadi gini)

Apakah solat kita kekal di awal waktu sebagaimana yang kita lakukan sepanjang Ramadhan?

Berbagai persoalan lagi yang perlu ditimbulkan oleh diri masing-masing sesuai dengan azam yang diangan-angankan sewaktu awal Ramadhan lalu...

Selamat bermuhasabah!



3 comments:

  1. Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf salah silap!

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri kembali!..ok no hal tak ada salah dan silapnya... dengar insyaAllah boleh la jumpa bila2...

    ReplyDelete
  3. Salam,Ni Ismat dai Kolej Jaiputra dulu ke?

    ReplyDelete