Monday, June 12, 2006

Istilah...?

Assalamualaikum...

Ada sahaja perkara yang tak berkenan di hati ni. Hari ni sekadar nak bawa beberapa istilah yg perlu diubah-pakai oleh semua.

Apakah mereka yang berjuang di palestin itu layak dipanggil militan? Belum sempat merujuk kamus Dewan Bahasa kerana tak tau lah kat sapa ada kamus tu kat 'sini'. Tapi daripada penggunaan suratkhabar sebelum ini bolehlah kita nisbahkan maksud militan tu dituju kepada puak pengganas. bukan kah begitu? jadi apakah mereka yang berusaha hendak mendapatkan balik hak mereka boleh dianggap militan? membaca tajuk akhbar dalam berita harian hari ini "Pejuang Palestin Terus Lancarkan Roket" di bahagian berita dunia semangat jadi berkobar-kobar untuk mengikuti perkembangan laporan akhbar tersebut (sekalipun berita tersebut dah keluaq kat laman palestin dari hari sebelum tu lg). Tapi menyedihkan..ayat yang mula digunakan oleh pemberita tersebut ialah..

"BAITULMAQDIS: Militan Palestin melancarkan kira-kira 10 pelancar roket di Israel dari Semenanjung Gaza awal semalam, hampir mengenai sebuah koleh di bandar selatan Israel, Sderot, kata tentera dan khidmat bantuan".

Nah! pelik jika kita lihat di situ, mereka yang menuntut hak mereka daripada perampas dipanggil militan dan pihak yang merampas pulak kita istilahkan dengan istilah yang baik "tentera Israel". Apakah tiada keadilan bagi kita sesama Islam? Apakah kita tidak mengguris hati saudara-saudara kita di sana? Apakah perasaan mereka jika kereka dilaporkan tentang keadaan ini? Meskipun kami di sini tak tergamak nak sampaikan perkara tersebut, tapi tak mustahil mereka akan dapat tahu suatu hari nanti..
Malaysia lah yang sering diharapkan membantu mereka, satu-satunya negara bukan arab yang lantang (kononnya) untuk memperjuangkan hak Palestin. Tapi dalam bab yang sekecil ini pun kita gagal. Jadi sama-samalah kita berfikir agar tidak melakukan perkara yang sama.

Dalam isu yang kedua, terdengar seketika tadi ada sahabat yang menggunakan istilah "perkahwinan adalah satu perjudian". Jadi hati memberontak untuk membantah penggunaan tersebut. Sekalipun akan ada yang menganggap ianya isu tempelan sahaja tetapi tetap "diri ini" hendak membawanya juga ke hadapan pembaca.
Kenapakah Perkahwinan Yang dimuliakan dalam Islam di gandingkan dengan suatu yang diharamkan dalam Islam. Bukankah Halal dan haram itu tak boleh duduk bersama-sama? hinakah perkahwinan itu semata-mata kerana sesetengah individu yang tidak melaksanakan tanggugjawab terhadap perkahwinan mereka maka kita dengan senang hati menggabungkan istilah yang sememangnya bersalahan (kontra) antara satu sama lain? Dalam isu ini cukuplah "diri ini" mengajak semua kita berfikir tentang setiap istilah yang kita gunakan. Biarlah orang lain menganggap ianya isu kecil, tetapi kita tetap memuliakan apa yang dimuliakan Allah dan RasulNya ( Islam).

Teringat kepada hadis nabi Muhammad Sallallahu-alihi-wasallam:

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya :
Sesungguhnya Nu'man b. Basyir berkata : Aku mendengar Rasullullah Sallallahu-alihi-wassallam bersabda : Sesungguhnya perkara yang halal itu telah jelas dan yang haram itu juga telah jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara yang syubhah (yang disangsikan),kebanyakan manusia tidak menyedari tentangnya. Barangsiapa yang menjaga perkara tersebut maka dia telah memelihara Agamanya dan maruahnya dan sebaliknya barangsiapa yang termasuk dalam golongan yang melakukan perkara tersebut (yang disangsikan halal dan haramnya) maka sesungguhnya dia telah jatuh kepada perkara yang haram, sebagaimana pemilik peliharaan membawa peliharaannya di kawasan larangan dan dia tidak menyedari binatang peliharaannya memakan makanan di kawasan itu, sesungguhnya Allah Suhanahu-wa-ta'ala telah menetapkan sempadan bagi setiap pemerintahan dan ketahuilah sempadan bagi Allah Subhanahu-wa-ta'ala ialah perkara-perkara yang haram dan ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad (badan) manusia ada segumpal daging yang bercampur dengan darah apabila baik daging tersebut baiklah keseluruhan seseorang itu dan apabila buruk daging tersebut maka buruklah keseluruhan orang tersebut. Ketahuilah bahawasanya itulah hati. (dan ada yang memahami kepada maksud hakiki kalimah tersebut sebagai jantung).


السلام عليكم

No comments:

Post a Comment