Friday, June 30, 2006

Pembohongan Di Sebalik Isu Palestin...

Assalamualaikum..

Semoga semua yang berada di luar sana berada dalam keadaan sihat wal-a'fiat. Telah hampir 2 minggu pos baru gagal dimasukkan ke dalam blog ini, maka pada kesempatan yang sedikit ini "diri ini" berusaha untuk memasukkan pos baru bagi memastikan blog ini terus berfungsi dan membawa matlamat yang dinginkan.

"Diri ini" amat berharap kepada semua warga muslim Malaysia agar tidak melupai isu-isu yang menimpa saudara kita di Palestin sekalipun Malaysia kini digemparkan dengan isu 'teguran' Tun Dr. Mahathir terhadap Kerajaan Malaysia dan juga tindak tanduk balas pihak kerajaan terhadap semua teguran dan juga kritikan tersebut. Memang diakui 'serangan' dan kritikan tersebut adalah di luar jangkaan umum dan semestinya apabila ia berlaku maka sudah pasti semua rakyat berusaha untuk memahaminya. Tetapi janganlah seklai-kali kita abaikan tanggungjawab kita utk mengambil berat dan memberi sedikit ruang masa kita untuk membaca dan memahami isu-isu yang melanda umat Islam secara keseluruhannya.

Pada 26 Jun 2006 (Ahad) Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC telah bertindak memberikan kefahaman kepada umat Islam dan Dunia kepada isu yang digembar gemburkan oleh agen berita dunia (sudah semestinya didalangi oleh puak yang memerangi Islam). Agen-agen berita dunia telah dengan sengaja atau sebaliknya telah memutar belitkan isu yang melanda rakyat palestin dan menggambarkan seolah-olah semua perkara (pembunuhan) yang berlaku di Palestin adalah berpunca daripada tindakan puak pembebasan Palestin. Apa yang malangnya ada di antara Umat Islam yang mempercayainya seratus peratus dan meletakkan segala kesalahan kepada Rakayat Palestin. Tambahan pula mereka telah memilih HAMAS sebagai kumpulan yang dipercayai untuk memimpin Palestin.

Mengikut kenyataan Dr. Mahmoud Al-Ramahi, segala yang berlaku (serangan puak pembebasan Palestin terhadap Israel) adalah tindak balas yang dilakukan setelah israel (sengaja menggunakan huruf kecil..kerana tidak mahu meletakkan kemuliaan kepada israel) menyerang dan meletupkan wilayah-wilayah Palestin secara membabi-buta. Beliau juga telah dengan jelas menggambarkan kesedihan beliau di atas pembohongan fakta tersebut dan juga tindakan Umat Islam sendiri yang tidak mempercayai rakyat palestin bahkan sering meletakkan israel di atas landasan yang 'betul'.

Apakah kita semua tidak mempunyai perasaan untuk melihat pembebasan Palestin? Bagaimana pembebasan boleh berlaku jika kita sendiri (umat Islam) sering menyalahkan rakyat Palestin di atas semua perkara yng berlaku, dan menggambarkan seolah-olah israel sentiasa di pihak yang benar? Sudah cukupkah dengan apa yang kita lakukan di dunia ini, sehingga kita mudah berpuas hati terhadap isu-isu yang melanda umat Islam di luar dari negara kita? Banyak lagi persoalan yang boleh kita timbulkan terhadap diri sendiri, tetapi apakah kita melatih dan mebiasakan diri untuk mempersoalkannya?

Semoga kita sentiasa bersama golongan-golongan yang meperjuangkan masa-masa mereka demi melihat kebenaran Islam itu terserlah di muka bumi ini. Jangan kita jadikan diri kita msuh terhadap golognan-golongan ini dan menjadikan diri kita mengambil tindakan yang sebaliknya (lalai daripada berusaha meletakkan Islam di tempat selayaknya) daripada tindakan yang diambil oleh golongan-golongan tadi. Semoga isu ini dapat menjadikan kita senitasa sedar di atas segala tindakan kita semua sementara usia yang dikurniakan Allah ini masih berbaki dan masih relevan untuk kita beramal.

wassalam..



No comments:

Post a Comment