Monday, March 15, 2010

Insurans

Assalamualaikum...

2 kali menerima panggilan telefon dari wakil telemarketing yang membuat promosi tentang insurans.

1st ketika duduk menunggu azan zohor (jumaat) dalam masjid dan kedua pada 15 MAC 10. "diri ini" ini betul-betul kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pihak telemarketing tersebut, berusaha bersungguh untuk mendapatkan pelanggan.

"diri ini" memberi keizinan kepada beliau untuk menerangkan tentang produk tersebut dengan panjang lebarnya dan dengan lancarnya tanpa sebarang gangguan (sebab "diri ini" hanya reapon dengan perkataan 'ya' dan 'ha' sahaja).

Selesai beliau menerangkan polisi tersebut, beliau dengan bersungguh-sungguh inginkan persetujuan dari pihak "diri ini" untuk menyertai skim ini yang hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih kerana " diri ini" adalah pemegang akaun sebuah bank yang bekerjasama dengan sebuah syarikat insurans yang telah melantik syarikat telemarketing ini menghubungi "diri ini".

Akhirnya tanpa memberi ruang kepada beliau (yang menghubungi tu la) untuk terus kecewa, "diri ini" tanya tentang "Syariah compliant" dalam skim tersebut...tup..tup... terus sahaja yang menghubungi tu memaklumkan bahawa ini adalah skim konvensional dan meminta maaf kepada "diri ini" kerana menggangu masa petang-petang ini.

kesimpulannya :

1) jangan kita segan atau malu untuk menjelaskan kehendak kita terutama jika ianya berkaitan ISLAM.

2) "diri ini" tetap respek dengan pihak yang menghubungi diri ini kerana secara profesional mengaku bahawa produk mereka tidak menepati syariah dan dengan senang hati berjanji jika ada produk yang ditawarkan menepati syariah di kemudian hari nanti, mereka akan hubungi "diri ini" lagi. tanpa ada prejudis atau tohmahan kepada skim yang menepati Syariah.

3) "diri ini" berbangga untuk petang ini kerana dengan ringan lidahnya bertanya tentang syariah compliant tanpa merasa perlu untuk berselindung apa yang kita kehendakkan. Kerana kebiasaanya kita (umat Islam) berat untuk menterjemahkan kehidupan kita dengan ISLAM. Kita lebih selesa menghormati hak mereka yang 'jauh' daripada ISLAM berbanding dengan kita berusaha untuk memberi kefahaman kepada mereka agar memahami ISLAM.

........

Sekian....

2 comments:

  1. Setelah sekian lama, akhirnya upadated pun blog Abang Ismat. Btw, 'diri ini' sangat setuju dengan pendapat Abang Ismat.

    Kita sangat menjaga hak mereka, sehingga diri kita hilang nilai prinsip. Bukankah prisnip perlu dijaga?

    ReplyDelete
  2. Semuanya terpulang kepada diri kita, samada kita sanggup atau tidak melontarkan keindahan ISLAM kepada 'dunia'. Jika masih ingat, satu ketika Ahmedi Najad menyedarkan kita dengan kenyataan sedemikian ketika beliau tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan duta Russia di Indonesia (perempuan) meskipun Duta tersebut telah menghulurkan tangannya. Persoalan yang menarik adalah apakah hanya kita sentiasa perlu menjaga air muka /hormat kepada 'mereka'? bagaimana pula hak kita untuk dihormati?

    ReplyDelete