Saturday, February 24, 2007

Berfikir di luar kotak...

Assalamualaikum..
Ketika ini masyarakat mula tertumpu kepada saranan Perdana Menteri supaya masyarakat kita sentiasa berusaha untuk berfikir di luar kotak (luar kebiasaan dan lebih bersifat untuk memajukan bangsa dari segenap sudut). Walaupun saranan tersebut dilontarkan hampir sebulan yang lalu atau lebih (lupa tarikh lontaran idea tersebut diumumkan) tetapi "diri ini" tetap ingin memberikan pendapat tentangnya. Kemudian (Setelah pengumuman saranan tersebut kita dapat lihat topik ini mula turut dibincangkan oleh ilmuan di dalam negara kita sehinggakan apabila ada di antara masyarakat yang sentiasa membawa isu-isu setempat dianggap mereka itu masih tidak mampu berfikir di luar kotak.

Perkara yang ingin dibawa berfikir bersama ialah persoalan tentang apa sebenarnya yang kita mahukan daripada saranan tersebut? Apakah kita tidak lagi boleh memikirkan isu-isu yang melibatkan keruntuhan bangsa dan masyarakat kita (yang utama lagi saudara seagama) semata-mata kita berpendapat itu hanyalah isu setempat dan tidak berada di luar kotak pemikiran yang kita inginkan? Jika ini berlaku, maka "diri ini" amat yakin masyarakat kita akan semakin musnah pada masa hadapan sekalipun kita cuba memajukan masyarakat dengan isu yang lebih 'luar kotak' daripada ketika ini. Saranan Perdana Menteri tadi amatlah baik, cuma masalahnya adalah kita yang menterjemahkan saranan tersebut kadang-kadang menggambarkan seolah-olah kita tidak lagi perlu tumpu isu-isu dan perkara yang melibatkan bangsa setempat kerana perkara tersebut tidak bersifat 'luar kotak' sebagai mana yang diinginkan. Jadi apakah maksud sebenar daripada saranan 'berfikir di luar kotak' tadi? Sama-sama kita fikirkan dan terjemahkannya dalam bentuk yang lebih baik dan menguntungkan masyarakat dari segenap sudut tanpa mengkesampingkan apa jua isu.

* Perkara ini dibangkitkan setelah membaca beberapa respon dan juga mendengar lontaran idea daripada beberapa pihak tentang saranan Perdana Menteri kita.

No comments:

Post a Comment