Friday, February 16, 2007

Cawat Besi lagi...

Assalamualaikum...
16 Feb 07-dilaporkan oleh semua akhbar perdana pandangan Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Hassan Din Al-Hafiz tentang pandangan yang dilontarkan beliau ketika Forum Maal Hijrah di salah satu tempat di Terengganu. Beliau mencadangkan supaya undang-undang 'menggalakkan' wanita memakai cawat besi dilaksanakan supaya dapat membendung gejala dan kes rogol yang tidak terbendung lagi kini.
Terkejut dengan pandangan tersebut maka "diri ini" sengaja kongsikan kecelaruan ini untuk tatapan bersama. Apakah tiada jalan lain lagi yang lebih relevan untuk menangani masalah tersebut? Apakah semua jalan dan langkah yg lebih logik dan relevan telah kita laksanakan? sehingga idea tersebut blh dikemukakan kepada khalayak umum? "diri ini" tak pasti apakah benar laporan akhbar berkenaan isu ini. Tetapi tidak salah rasanya untuk kita mepersoalkan kewajaran pelaksanaan idea tersebut.
Suatu ketika dulu salah seorang warga negara kita yang 'dikenali umum' juga melontarkan idea yang sama tetapi sepi begitu sahaja. Tetapi kali ini "diri ini" menjangkakan situasi yang berbeza akan berlaku kerana ianya dilontarkan semula oleh salah seorang tokoh agama yang disegani di negara kita.
Tunggulah laporan seterusnya, "diri ini" akan cuba terus memberi pandangan balas terhadap situasi ini sekalipun pandangan di sini bukanlah pandangan yang boleh diambil kira dan dipandang berat oleh pihak yang berwajib.

....
Pening dan runsing bila memikirkan kaedah dan langkah tersebut sahaja yang diketengahkan. Akan semakin kayalah tokey-tokey besi di negara kita kelak. Kemudian pencuri besi buruk semakin berleluasa la pula. Betul ke? ...Kemudian tol akan naik lagi (eh luar tajuk pula).. tp itu lah kebiasaannya tol akan naik biar pun kengkadang harga bagi barang yang naik bukanlah barang yang berkaitan sangat dengan pengurusan tol pun...
....

No comments:

Post a Comment