Tuesday, December 11, 2007

Dunia Pementasan Melayu Semakin Ketinggalan

Assalamualaikum...

"Apakah ayat pertama (Al-Quran) yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W?"

Tergerak untuk postkan isu ini setelah teringat kepada diolog di dalam sebuah drama melayu yang ditayangkan oleh sebuah saluran televisyen di Malaysia ini.

Pengarah drama tersebut seolah-olah tidak melakukan tugasan (kajian) dengan baik dalam memaparkan watak seorang kanak-kanak yang berusaha untuk membesar dengan perwatakan seorang Muslim yang baik. Soalan di atas nampak cukup sinonim dengan dunia pembelajaran kita di Malaysia. "diri ini" yakin majoriti sahabat-sahabat di luar sana tahu akan jawapannya bahkan akan tersenyum sendirian kalau soalan itu keluar dalam mana-mana siri peperiksaan masing-masing.

Dalam drama tersebut, seorang pelajar yang ditanya oleh seorang 'ustazah' tentang wahyu pertama, dengan yakinnya kanak-kanak tersebut menjawab ayat pertama yang diturunkan ialah surah Al-'Asr yang bermaksud 'bacalah'...emmhhh... ketika mendengar jawapan tersebut "diri ini" jangkakan ianya akan diperbetul oleh 'ustazah' atau kawan-kawan beliau yang lain, tetapi sebaliknya berlaku apabila 'ustazah' tersebut dengan keyakinan yang penuh mengatakan jawapan itu betul dan kanak-kanak tadi dihamburkan dengan pujian sehinggakan beliau tersengih mendapat pujian daripada seorang 'ustazah'. Bahkan diminta pula baca 'ayat pertama yang diturunkan tu'. Bacalah kanak-kanak tadi surah Al-'Asr sehingga habis dan terus dipuji lagi.

Ini lah dunia pementasa di bumi kita yang kononnya setaraf dan setanding dengan dunia pementasan di 'luar sana'. Drama dan filem hanya dibuat kerana ingin memastikan mereka memperolehi pendapatan bagi satu jangka masa tertentu. Bukan dibuat atas dasar tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat.


No comments:

Post a Comment