Monday, December 10, 2007

Pergolakan Politik Pakistan

Assalamualaikum...

Umum melihat situasi pergolakan politik Pakistan adalah pergolakan atau perebutan kuasa antara 3 individu yg popular di Pakistan. Pervez Musharraf sbg Presiden telah mengukuhkan kedudukan beliau dengan memecat semua individu dalam badan perundangan negara tersebut yang dilihat sebagai ancaman kepada beliau. Bermula dengan pemecatan ketua Hakim negara, walaupun kemudiannya Mahkamah tinggi negara tersebut membatalkan pemecatan tersebut dan menggangap ianya tidak sah, pervez dengan angkuhnya terus mencengkam badan kehakiman dan perundangan negara dengan terus memecat ketua hakim tersebut bahkan lebih dahsyat lagi bersama dengan hakim-hakim yang tidak menyebelahi beliau (pervez).

Dunia melihat penahanan atau pengusiran buat kjali kedua nawaz shariff beberapa bulan yang lalu sbg kemuncak 'kiasu'nya musharraf. Kemudian apabila nawaz membuat keputusan utk kekal masuk kembali ke pakistan serta aktif berpolitik, dunia melihat dan menuggu utnuk mengetahui apakah gelombang yang bakal berlaku kepada Pakistan. Ditambah pula kehadiran dan persetujuan bernazir utk bekerjasama dengan nawaz dan menarik kembali persetujuan utk bekerjasama dengan musharraf. Semua ini berlaku kerana tindakan musharraf yang mengeluarkan perintah darurat di Pakistan, menyebabkan pergerakan semua rakyat amat terbatas.

Desakan demi desakan dibuat supaya perlantikan musharraf sebagai Presiden terbatal kerana didakwa menyalahi undang-undang negara tersebut bilamana musharraf berkeras mahu kekal memegang jawatan sebagai ketua turus angkatan tentera. Akhirnya setelah desakan demi desakan dan musharraf terasa bahang kekuatan desakan tersebut maka beliau pun melepaskan jawatan ketua turus angkatan tentera itupun setelah perlantikan kembali beliau sebagai Presiden Pakistan. Umum berpendapat ianya tetap melanggar undang-undang negara kerana ketika upacara angkat sumpah sebagai presiden beliau masih seorang ketua turs angkatan tentera.

Musharraf semakin gusar kerana Dunia Islam melihat situasi ini sebagai punca kepada pergolakan politik di Pakistan. Sekalipun beliau kekal mendapat sokongan Amerika dan konco-konconya. maka segala percaturan dibuat utk mendapat sokongan semaksima mungkin daripada dunia dan masyarakat setempat. Maka beliau berjanji utk menarik kembali perintah darurat pada pertengahan bulan ini. Janji tersebut mendapat perhatian semua pihak termasuk pihak-pihak yang tidak menyenangi pervez. Akhirnya, nawaz dan bernazir bersetuju untuk memasuki pilihanraya Pakistan yang akan berlansung pada bulan januari akan datang. Satu kemenangan secara teorinya kepada pervez dan smeua penyokong-penyokonanya.

Sekalipun Amerika turut meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pervez, sebenarnya itulah adalah antara sandiwara yang dimainkan (sama la macam isu perdamaian Annapolis) oleh Amerika untuk menyucikan diri mereka setelah semua kemusnahan yang telah mereka ciptakan di dunia ini.

Pergolakan ini dilihat dari kacamata sebagai seorang msulim dan kesimpulan-kesimpulan di bawah ini lahir dari bacaan politik seorang hamba yang masih mentah.

1) Kekecewaan bagi kita sebagai umat Islam, majoriti negara bergolak adalah negara-negara umat Islam. Samada ianya disebabkan campurtangan atau kekacauan yang dibuat oleh barat atau sebaliknya, ia tetap merupakan kecewaan yang teramat sangat kerana umat 'Islam' sendiri memainkan peranan untuk membantu barat menghancurkan negara mereka sendiri.

2) Pemimpin-pemimpin Islam yang lahir memimpin dunia islam ketika ini adalah mereka-mereka (majoritinya) yang kurang semangat persaudaraan seIslam dan pemahaman tentang Islam yang terlalu cetek. Mereka juga adalah pendokong-pendokong ideologi barat (secara melampau) sehingga menyebabkan mereka sentiasa mendengar dan mengikut telunjuk 'barat' dan semestinya merugikan Umat Islam secara total.

3) Apabila perkara dalam point yang ke-2 berlaku, maka mulalah mereka-mereka ini sayangkan jawatan sehingga sanggup menggadai maruah dan mencemarkan prinsip mereka yang kononnya sentiasa mendaulatkan undang-undang negara masing-masing semata-mata kerana ingin kekal di singgahsana. Lihat sahaja kepada Pakistan secara khasnya. Tepatlah andaian Tan Sri Pramlee dalam filem Musang berjanggut, ketika menteri nikah kahwin ditanya oleh Puspawangi (Normadiah) tentang kesalahan beliau yang memasuki rumah puspawangi ketika ketiadaan suaminya (Tun Nila Utama lakonan P. Ramlee), Menteri nikah kahwin menjawab, tiada apa-apa kerana undang-undang itu dibikin olehnya. Menunjukkan Para penguasa ini selagi mereka tidak komited dengan Islam secara total maka mereka akan bertindak mengikut hawa nafsu mereka demi menjada kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan maslahah dan masalah yang dihadapi rakyat bawahan.

4) Membuatkan 'barat' semakin bergembira kerana semua penguasa-penguasa Umat Islam di bawah telunjuk dan kekuasaan mereka dan penguasa-penguasa tadia boleh diperlakukan sehendaknya oleh 'barat'.

5) Akhirnya Umat Islam berada dalam keadaan sentiasa 'rugi' (sesambil tu rujuk la surah al-'asr sebagai selingan dan iklan) kerana dikuasai oleh penguasa-penguasa yang tidak amanah. Tetapi ini semua adalah hasil sokongan segelintir masyarakat Islam itu snediri kepada penguasa-penguasa tadi. Jaid smeua pihak dan mungkin kita juga adalah orang yang bersengkongkol utk memusnahkan Islam samada secara sedar atau tidak.

Jadi demi memastikan Islam berada di tempat yang selayak baginya, kita sebagai pemain-pemain watak dalam skrip kehidupan ini haruslah mensasarkan keutamaan untuk melengkapkan diri dengan semua ilmu pengetahuan yang berkaitan yang boleh membantu melonjakkan kembali Islam di persada takhta Dunia. Ayuh bentuk generasi baru ke arah tersebut (kerana ianya adalah tanggungjawab bersama).


No comments:

Post a Comment