Friday, August 21, 2009

Hikmah?

Assalamualaikum...

Ramadhan menjelang lagi,
Pelbagai azam dan niat kembali tersemat di hati,
Impian dan 'mimpi' mula mendaki,
Mengelak diri dari gagal untuk kesekian kali.
.........................

Seringkali kita akan di 'war-war'kan dengan kelebihan bulan Ramadhan apabila hampir dan munculnya Ramadhan. Dalam membicarakan tentang kelebihannya, akan didedahkan juga hikmah berpuasa sepanjang Ramadhan. Bahkan ianya adalah sebahagian dari silibus dalam beberapa mata pelajaran yng di ajar di peringkat sekolah rendah dan menengah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Majoriti kita melaluinya.

Antara hikmah yang sering digembar-gemburkan ialah:
1. Memberi peluang kepada perut kita untuk berehat (atau lafaz yng sewaktu dengannya)
2. Melatih manusia untuk merasai kesusahan fakir miskin (atau lafaz yang sewaktu dengannya)

Rujuk hikmah (1) :
Apakah benar perut kita dapat berehat sebagaimana yang disebut?

Ketika melalui bulan-bulan lain selain ramadhan, perut kita dilatih untuk menerima makanan dan minuman pada waktu-waktu tertentu dengan kadar yang sesuai baginya. Malangnya ketika Ramadhan, ketika perut kita benar-benar ingin merasai hikmah manusia berpuasa, kita menderanya untuk memproses makanan dalam satu tempoh waktu yang amat singkat (waktu berbuka) dengan kadar makanan yang sama atau boleh jadi lebih daripada kadar yang kita makan setiap hari pada bulan-bulan lain. Apakah hikmah ini boleh diterima?

Rujuk hikmah (2) :
Rasaikah kita kesusahan fakir miskin?

Mungkin saat kita kelaparan di siang hari, ramai yang merasainya. Tetapi waktu berbuka apakah kita merasai susahnya fakir dan miskin. Mereka hanya menjamah makanan seadanya (jika mampu memiliki makanan). Kita? berbagai jenis juadah terhidang semenjak awal waktu sebelum berbuka lagi. Pelbagai jenis samada yang manis,masam, masin dll..Rasaikah kita kesusahan mereka? Ingatkah kita kepada golongan tersebut ketika berbuka? Tercapaikah hikmah ini?

Kesimpulannya, sebagai hamba Allah yang berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa, cukup lah kita melakukan ibadah keranaNYA tanpa kita sering mencari hikmah dan kelebihan. Latihlah diri kita untuk melakukan ibadah samada wajib,sunat, harus dll tanpa mencari sebab dan hikmah. Sebab dan hikmah tersebut akan hilang apabila sampai masanya. tetapi pengabdian kita kepada Allah adalah berterusan sehinggalah kita dijemputNYA.

Arak haram bukan kerana memabukkan. Tapi haram kerana diharamkan Allah. Jika kerana ianya memabukkan, apakah hukum untuk mereka yang minum dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memabukkan?

Kenapa kita solat Fardhu? Kerana kita adalah muslim dan setiap muslim diwajibkan untuk melaksanakan solat-solat terbabit. Bukan kerana pergerakan solat boleh menyihatkan kita. Itu hanya sebab yang manusia fikirkan. Tapi sebab dan hikmah di sisi Allah, hanya DIA yang tahu.

Kenapa pula kita berpuasa?

Ayuh! berubahlah untuk Ramadhan kali ini dan seterusnya. Elakkan pembaziran!

Taqaballahu minna wa minkum!

Salam Ramadhan!

2 comments:

  1. Salam Ramadhan,

    Semoga beroleh keberkatan ibadah dan ilmu di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. Ramadhan kareem..
    Sekadar ingin memberi pendapat..
    Hikmah terbahagi kepada 2:
    1.kebijaksanaan
    2.kelebihan@kebaikan yang terdapat dalam sesuatu perkara.
    Allah menjadikan hikmah untuk manusia berfikir tentang kejadian manusia..bahkan bagi orang2 kebanyakan, ia seperti manisan yang istimewa dalam sesuatu perkara.Apapun, ikhlaskan hati,tuluskan niat..semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.
    Wa Allahu A'lam..Selamat berpuasa di bulan yang penuh berkah ini..

    "emm..mungkin ada hikmah di sebaliknya.."Fikir-fikirkan..dan selamat beramal" :)

    ReplyDelete