Thursday, May 18, 2006

Gadis dirogol bekas tentera...

Edisi Nasional: Gadis dirogol bekas tentera

Oleh Badrila Jamlus
jbad@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Pertemuan seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan bekas teman lelakinya bertukar menjadi titik hitam apabila dia menjadi mangsa rogol lelaki terbabit.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, gadis berusia 17 tahun itu dikunjungi bekas teman lelakinya ketika tinggal seorang diri di rumah kakaknya di Presint 9, di sini, kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila bekas teman lelaki mangsa yang juga seorang bekas tentera tiba-tiba `naik angin’ dan terus merogol gadis malang itu.

Suspek yang bimbang perbuatan terkutuknya diketahui orang lain, melarikan diri dari tempat kejadian tanpa menghiraukan mangsa.

Berikutan itu, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada kakak dan abang iparnya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini.

Kes berkenaan sudah diserahkan kepada Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Harian Metro : 18 Mei 2006

No comments:

Post a Comment