Wednesday, May 17, 2006

Satu Penilaian..

Assalamualaikum..


ni la fikiran manusia yg ngaku Islam tapi nak kebebasan tak tentu pasal..
nampak sangat tak faham Islam dgn betul n tepat...apa depa ingat bila kita nak jaga hak-hak Islam tu maksudnya kita nafikan hak penganut agama lain ke?? kalau mcm tu mcmna nak sebar Islam kalau apa yg Islam suruh kita tak leh nak laksanakan?? Apakah larangan Murtad tu satu penafian hak terhadap agama lain?? kalau ikut akal mmg lah kata gitu...tp kita nak ikut akal ke atau nak ikut Al-Quran n Sunnah yg dah terang2-terang bgtau tanggungjawab umat Islam. apa yg sepatutnya dilakukan n apa yg selayaknya dijauhi dan ditinggalkan..

Mula-mula baca macam nak setuju je..tp dekat nak abis tu pelik lak fahaman "diri ini".. jadi kepada yang lainnya kalau "diri ini" salah faham tolong betulkan.. jgn dibiarkan kesalahan tersebut...


Ketiadaan toleransi di negara Muslim


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam, semalam diberitahu masih wujud banyak keadaan tiada toleransi agama dan pelanggaran hak asasi manusia di negara Islam.


Profesor Sejarah dan Rektor Universiti Islam Negara Syarif Hidayatullah, Jakarta, Azyumardi Azra, berkata di kebanyakan negara Islam, kebebasan wujud amat terhad sama ada dari segi politik atau agama.

“Kekurangan toleransi dan pelanggaran hak asasi secara langsung berkaitan dengan ketiadaan atau kekurangan institusi demokratik dalam sebahagian besar negara Islam.

“Yang memburukkan ialah kebanyakan daripada regim ini sudah atau masih menerima sokongan daripada banyak demokrasi Barat,” katanya pada kertas kerja, Hak Asasi Manusia, Kebebasan Agama dan Toleransi: Perspektif Muslim yang dibentangkan pada hari kedua mesyuarat itu, di sini.

Beliau berkata, ia wujud meskipun Islam sama ada pada peringkat doktrin atau sejarah sudah membuktikan tahap toleransi yang tinggi serta persamaan dengan prinsip hak asasi manusia sejagat.

Katanya, tidak semua yang tuntutan Islam dan apa yang diamalkan Nabi Muhammad SAW berkaitan toleransi dan hak asasi manusia dilaksanakan pada masa kini oleh sebahagian masyarakat dan negara Islam.

Katanya, banyak negara Islam mempunyai rekod buruk mengenai toleransi agama dan hak asasi manusia semata-mata disebabkan ketiadaan atau kekurangan demokrasi pada ketika keutamaan kepada autoritarian dan pemerintahan diktator.

Merujuk toleransi agama di Indonesia katanya, meskipun orang Islam membentuk majoriti terbesar rakyat negara itu, toleransi agama boleh dilihat dengan jelas berdasarkan Indonesia bukan negara Islam atau sekular.



Beliau berkata, daripada kira-kira 235 juta rakyat Indonesia, sebanyak 87.21 peratus adalah Islam, 6.04 peratus (Protestan), 3.58 peratus (Katholik), 1.83 peratus (Hindu), 1.03 peratus (Buddha) dan 0.31 peratus (animisme).

Katanya, negara itu secara rasmi mengiktiraf enam agama iaitu Islam, Protestan, Katholik, Hindu, Buddha dan terbaru Confusisme dengan masing-masing menerima layanan sama daripada kerajaan.


Sumber : Berita Harian 17 Mei 2006

No comments:

Post a Comment