Tuesday, May 23, 2006

Republik China tunjukkan keberanian...

Assalamualaikum..

Merujuk kepada laporan di bawah, kebenaran pasti memihak kepada Islam. Cuma masa dan waktu yang akan menetukan semua itu. Yang pasti tanggungjawab kita adalah berusaha ke arah memastikan Islam itu dikembalikan kepada tempat yang selayaknya. Firman Allah Subahanahu-wa-ta'ala:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksud:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.(Aali-Imran: 19)

Dua berita di bawah menunjukkan kepada kita keberanian di antara negara bukan Islam menjemput dan memberi kebenaran kepada Pihak Berukuasa Palestin melawat negara mereka samada atas urusan hubungan dua hala atau juga memberi kebenaran kepada Pihak Berkuasa palestin bertemu dengan rakyatnya yang berada di luar negara.

Saksikanlah kekuasaan Allah Subahanahu-wa-ta'ala, di kala Amerika dan sekutu-sekutu rapatnya menyekat semua kemudahan dan akses kepada pihak berkuasa Palestin, dilahirkan pula keperihatinan tersebut kepada pihak lain. Semoga "dunia" mampu melihat kepada kebejatan akhlak Amerika dan sekutu-sekutunya dan seterusnya membuang semua kepercayaan dan 'ketakutan' mereka terhadap amerika dan sekutu-sekutunya.

Semoga Dunia Islam juga menjadi lebih perihatin di atas isu ini. Bukan menunggu 'lampu hijau' daripada tindakan Amerika dan sekutunya barulah Dunia Islam mula menyusun langkah untuk bertindak.Kita amat bersyukur sekalipun dalam keadaan Dunia Islam berada dalam kegelapan, masih terbit cahaya untuk menyatukan hati-hati kita bergabung tenaga dan material semata-mata ingin melihat saudara-saudara kita di palestin mendapat hak mereka yang telah di abaikan dengan sengaja oleh musuh-musuh Islam.Dan yang paling sedih, secara sedar atau tidak kita juga pernah sati ketika menyokong tindakan musuh-musuh Islam ini dan mungkin sehingga sekarang kita masih bersama mereka (musuh-musuh Islam). Renungkanlah kepada semua tindak tanduk dan perilaku kita seharian. Pastikan kita tidak melakukan perkara jijik tersebut.



China tetap menjemput Dr Mahmoud Zahar walaupun ditekan oleh Israel

Posted on Monday, May 22 @ 11:52:19 MYT by admin
Berita Semasa gunxx writes

" Isnin, 22/05/2006 - China telah menolak protes oleh pihak rejim Zionis berhubung dengan jemputan menteri luar China terhadap menteri luar Palestin, Dr Mahmoud Zahar untuk menghadiri persidangan hubungan Arab-China.

Jurucakap menteri luar China berkata China tetap akan menjemput Zahar dan 22 menteri luar Arab yang lain ke Beijing bulan ini.

Sementara itu, Perdana Menteri China mengutuk sekeras2nya tindakan pemulauan oleh Barat terhadap kerajaan HAMAS. "Demokrasi apakah ini jika mereka menolak kerajaan yang dipilih secara demokrasi ?".

Rabu lalu, Israel memprotes duta China yang menjemput Dr Mahmoud Zahar ke Beijing. Israel berpandangan HAMAS ialah satu organisasi pengganas walaupun mereka sebenarnya bertindak mempertahankan diri dari serangan bertali arus oleh rejim Zionis yang ganas dan kejam.

Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : gunx
"

Bravo Norway !
Posted on Friday, May 19 @ 11:08:15 MYT by admin
Berita Semasa gunxx writes " Jumaat, 19/05/2006 - Norway memberi visa kepada penggubal undang-undang Hamas Yahya Mousa untuk melawat komuniti Palestin di sana dan untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan Norway.

Mousa memuji tindakan Norway itu dan menggesa negara lain yang begitu berat menerima Hamas berikutan tekanan daripada Israel dan Amerika untuk mengkaji semula secara positif dan bersedia untuk mendengar pandangan Hamas. Pintu-pintu perbincangan dan perhubungan perlulah dibuka secara luas bukan menyorok di sebalik tabir kata beliau lagi.

Mousa akan bertemu MP dan pegawai kerajaan Norway dengan matlamat membuka lembaran baru hubungan Palestin-Norway di mana Hamas menganggap Norway merupakan satu pusat penting di Eropah.

Menteri Pelarian Atef Odwan dalam masa yang sama telah pun melawat Sweden dan Norway dan bersedia terbang ke Jerman atas jemputan. Ramai berpendapat Hamas sedang memecah sekatan-sekatan yang dikenakan Amerika, Israel dan sesetengah negara EU dalam memeras ugut Hamas untuk menggugurkan segala perjuangan mereka menentang Israel.

Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah : anonymous
"

No comments:

Post a Comment