Thursday, May 18, 2006

Tiga sekawan jadi mangsa rogol...

Edisi Tengah: Tiga sekawan jadi mangsa rogol

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
masni@hmetro.com.my


MELAKA: Tiga pelajar sekolah menengah yang ingin meraikan sambutan hari lahir seorang lelaki menjadi `habuan’ lelaki berkenaan apabila mereka dirogol di sebuah rumah dan belakang semak di Taman Damai, Bemban, Jasin dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, semua pelajar berusia 14, 15 dan 16 tahun dari Bemban itu dikatakan diberi minuman keras sebaik datang ke rumah lelaki terbabit yang baru dikenali awal tahun ini.

Difahamkan, ketika kejadian, keluarga lelaki itu tiada di rumah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Ariffin Sutan berkata, sebelum itu, semua pelajar berkenaan dibawa lelaki terbabit bersiar-siar di sekitar pekan Jasin dan bandar ini sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki itu.

Menurutnya, selepas meminum minuman keras yang diberi, semua pelajar terbabit berasa pening lalu berbaring di ruang tamu rumah berkenaan.

“Melihat keadaan itu, lelaki berkenaan membawa pelajar berusia 15 tahun itu memasuki sebuah bilik dan merogolnya sebanyak dua kali.

“Selepas merogolnya, lelaki berkenaan membawa pelajar berusia 14 tahun itu bersiar-siar di belakang taman perumahan itu dan merogolnya dalam semak berhampiran sebanyak dua kali.

“Selepas dirogol, pelajar berkenaan ditinggalkan seorang diri dan diarah pulang sendiri,” katanya.

Ariffin berkata, lelaki itu yang pulang semula ke rumahnya kemudian merogol pula seorang lagi pelajar berusia 16 tahun yang ketika itu sedang pening kerana meminum minuman keras.

Beliau berkata, pelajar berusia 15 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Bemban jam 11.46 malam Isnin lalu manakala pelajar berusia 14 dan 16 tahun membuat laporan polis antara jam 12.29 dan 12.47 tengah malam kelmarin.

“Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 21 tahun dari Bemban ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Harian Metro : 18 Mei 2006

No comments:

Post a Comment