Tuesday, May 16, 2006

Palestin...Bumi Suci Umat Islam

Assalamualaikum...

Benarkah apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas?? Bukan "diri ini" nak mempertikaikan kenyataan yang telah dipersetujui oleh Umat Islam seluruh Dunia, tetapi "diri ini" nak membicarakan perihal umat Islam kini yang hanya pandai menyebut kalimah Palestin akan tetapi tidak mengetahui apakah yang sebenarnya dibicarakan. Bahkan mungkin di sana masih ada lagi antara umat islam yang tidak mengetahui tentang hakikat ini.
Tidak perlu rasanya "diri ini" membicarakan lagi tentang sejarah yang berkaitan Palestin, samada kedudukan, bentuk muka bumi, kepadatan penduduk, sumber ekonomi dan lain-lain lagi. Semua itu boleh diketahui melalui kecanggihan teknologi globalisasi dengan hanya memberikan masa kepada diri masing-masing untuk mencari maklumat-maklumat tersebut di dalam internet atau melalui mana-mana bahan bacaan yang berkaitan.
Apakah kita semua sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di palestin kini?? Luangkan sedikit masa untuk membaca atau mengambil tahu keadaan kehidupan atau politik Palestin dan juga negara-negara umat Islam lain (masalah sifat kurang ambil berat terhadap keadaan dan berita umat Islam lain akan dibicarakan dalam tulisan yang seterusnya). Bagaimanakah situasi terkini kehidupan dan politik negara yang penuh dengan sejarah perkembangan Islam dan sejarah perjuangan Umat Islam terdahulu ??? "diri ini" amat pasti yang semua di luar sana telah mengetahui serba sedikit tentang keadaan yang dimaksudkan.
Amat malang dan sedih bagi kita umat Islam hanya mampu melihat saudara-saudara kita ditindas dan diperlakukan sebegitu rupa. Tiada bantuan yang mampu kita hulurkan kepada mereka dalam meneruskan perjuangan menentang penjajah yang setelah sekian lama merampas bumi mereka. Kekadang sebahagian daripada kita pula sentiasa memandang enteng bahkan mereka menganggap perjuangan Umat Islam Palestin adalah sia-sia. Pernah suatu ketika "diri ini" terdengar komen daripada muslim awam bahkan juga sahabat yang sama-sama berjuang menuntut ilmu mempertikaikan perlakuan rakyat palestin yang menggunakan batu untuk melawan tentera Israel yang sekian lama menindas dan merampas tanah suci umat Islam itu. Tidakkah kita terfikir apakah pula yang kita lakukan untuk membantu mereka bagi tujuan berhadapan dengan musuh mereka itu?? kita hanya pandai berkata-kata dan pandai merendahkan maruah saudara-saudara kita di sana?? Apakah pernah kita sumbangkan sesuatu agar dengan sumbangan tersebut dapat mereka gunakan untuk mempertingkatkan keupayaan mereka menentang penajah tersebut?? Itulah masalah utama umat Islam kini khasnya di Malaysia.
Kini adalah masa yang sesuai untuk sama-sama kita berganding bahu dan tenaga untuk membantu menghulurkan bantuan kewangan sekadar termampu utntuk memberikan sinar kehidupan yang lebih terjamin kepada rakyat Palestin. Sebagaimana yang telah diketahui umum ketika ini Amerika dan juga sekutu-sekutunya telah memberhentikan semua bentuk bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada Palestin. "diri ini" amat terasa rendah diri dan dhaifnya ketika membaca ucapan Ketua Whip HAMAS baru-baru ini. Semangat yang ditunjukkan beliau dan semua warga Palestin amat menakjubkan. Mereka sanggup hidup diselebungi kesusahan yang dicipta oleh kuffar semata-mata ingin memastikan maruah dan martabat Islam tidak dipandang hina oleh kuffar tersebut ketika mana kita pula mengagung-agungkan kuffar yang sama yang menindas saudara-saudara kita di sana.Di manakah maruah kita??
Ketika ini banyak pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia berusaha menubuhkan tabung bantuan kepada warga Palestin, jadi gunakanlah kesempatan ini untuk sama-sama membuktikan kepada dunia bahawa umat Islam bukan umat yang mudah untuk ditindas. Kita mampu bersatu demi memastikan maruah Islam tidak terus dipijak-pijak oleh kuffar yang menyangka umat Islam kini telah lesu daripada membantu umat mereka sendiri. "diri ini" amat berharap kita semua terjaga daripada mimpi yang sentiasa mengganggu kita untuk menyumbang sesuatu demi Islam.

Petikan Ucapan Ketua Whip HAMAS ketika menyampaikan ucapan beliau dihadapan beribu-ribu rakyat malaysia yang perihatin:

HAMAS:Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Sekian, mohon maaf di atas kekurangan..insyaallah akan diperbaiki pada masa hadapan...

No comments:

Post a Comment