Wednesday, January 23, 2008

Hindraf...

Assalamualaikum...

Secara tidak rasminya dan tidak lansungnya, segala tindakan kerajaan ketika ini membuktikan tuntutan dan tuduhan Hindraf bahawa kaum India diabaikan dalam pembangunan negara adalah berkesan. Bermula daripada tarikh perhimpunan yang dianjurkan oleh HINDRAF diadakan, Datuk Seri Samy Vellu bekerja cukup keras untuk membuktikan bahawa MIC tidak pernah leka dalam meperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

Bermula dengan arahan PM kepada Datuk Seri S Samy Vellu untuk menyenaraikan semua kuil di Malaysia hinggalah kepada pengumuman cuti sempena menyambut thaipusam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semuanya tindakan tersebut membawa masyarakat (rakyat) kepada satu rumusan yang 'sama' iaitu MIC terasa 'bahang' kerana HINDRAF berjaya menyedarkan masyarakat India di atas kegagalan MIC melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kaum India di negara ini.

Meskipun 5 orang penggerak HINDRAF di 'ISA'kan, tetapi apa yang pasti mereka mampu tersenyum kerana kesan daripada apa yang mereka lakukan mebuahkan hasil.

Tulisan ini tidak sekali-kali menggambarkan "diri ini" menyokong apa yang dilakukan oleh HINDRAF. "diri ini" sekali-kali tidak lansung bersetuju dengan HINDRAF apabila mereka mendakwa setiap minggu ada sahaja kuil yang dirobohkan, serta dakwaan mereka bahawa berlaku penindasan dan penghapusan etnik di dalam negara ini dan beberapa dakwaan lagi yang bersifat tuduhan melulu dan tidak berasas. Tetapi inilah hasil keputusan daripada pemerhatian dan pembacaan politik semasa.

Jadi semoga Pilihanraya akan datang rakyat benar-benar 'mengajar' mereka-mereka yang tidak melaksanakan tugas dengan baik ini agar gugur terus daripada mentadbir negara.






Nilai Sasterawan Malaysia...

Assalamualaikum...

Minggu lalu satu lagi kejutan menjelma dan menyelubungi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kejutan kali ini adalah kepada matapelajaran bahasa Melayu (Sastera). Untuk tahun-tahun yang akan datang (khabarnya hingga 2010..atau mungkin lebih) semua pelajar akan mula menggunakan novel-novel hasil karya Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan juga Zaid Akhtar.

Mendukacitakan kita semua apabila tiada lansung karya-karya penulis-penulis yang telah mendapat pengiktirafan negara. Karya-karya mereka yang bergelar Sasterawan Negara tidak lansung dijadikan rujukan untuk mata pelajaran tersebut. Jadi apakah nilai 'Sasterawan Negara' yang dianugerahkan? Apakah karya-karya mereka tidak menarik? atau gelaran sasterawan dianugerahkan kerana mereka telah lama menulis dan mencipta karya? Persoalan-persoalan yang "diri ini" yakin tidak dapat dijawab oleh semua pihak.

"diri ini" tidak lansung tidak mengiktiraf peranan penulis-penulis yang telah dipilih karya mereka untuk dijadikan teks di sekolah. Karya-karya mereka telah membantu menyemarakkan lagi dunia sastera (meskipun nilai kesusasteraan tetap boleh dipertikaikan pada beberapa aspek penulisan). Cuma kita amat mengharapkan agar karya-karya sasterawan kita di angkat untuk terus memartabatkan dunia kesusasteraan di Malaysia.

Ahadiat Akashah, siapa yang tidak kenal gaya novel yang ditulis oleh beliau (bagi sesiapa yang minat membaca novel)? Apakah kriteria yang membolehkan karya beliau dijadikan teks untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah? Mengikut laporan tidak rasmi, karya sasterawan-sasterawan negara tidak dipilih kerana novel dan sastera mereka terlalu berat. Beratkah karya A. Samad Said? Beratkah karya Usman Awang? Beratkah karya Shahnon Ahmad? Beratkah Karya Datuk Abdullah Hussein?

Apakah hanya kerana remaja masa kini mabuk dengan percintaan (cinta monyet) maka karya-karya yang lebih cenderung kepada percintaan dianggap yang terbaik (ringan) untuk dijadikan rujukan dan teks? Apakah harapan kita kepada remaja-remaja tadi jika kita dilihat memberi galakan kepada mereka untuk dibuai alam khayalan percintaan remaja yang tersirat dan tersurat dalam karya-karya yang dipilih? Persoalan utama ialah apakah karya-karya sedemikian dikira sebagai koleksi sastera untuk dunia kesusasteraan Malaysia?

Suatu ketika dahulu, pernah dimaklumkan kepada "diri ini" bahawa pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Bahasa Melayu di Singapura menggunakan Novel Salina karya A.Samad Said sebagai rujukan bagi matapelajaran berkaitan. Bahkan dikhabarkan mereka menggunakan teks asal 'Salina' yang sememangnya diistilahkan 'berat' bagi masyarakat kita di sini. Kemudian beberapa tahun yang lalu, 'Salina' telah diringkaskan dan diterbitkan semula dengan saiz dan isi setaraf dengan novel masa kini. Bagi "diri ini" meskipun belum pernah berpeluang untuk membaca teks asal 'Salina' , membaca novel yang telah diringkaskan (diringkaskan sendiri oleh penulis asal) cukup mengujakan. Pengajaran tentang dunia kehidupan melayu suatu masa dahulu sungguh mengharukan. Banyak lagi novel A.Samad Said yang boleh dijadikan teks jika dirasakan 'Salina' mengajak kepada budaya yang 'kurang sihat'.

SN Shahnon Ahmad juga menghasilkan karya-karya yang cukup popular dengan dunia kesusasteraan negara kita. Ranjau Sepanjang Jalan antara karya masa kini yang perlu diambil pengajaran oleh anak-anak muda. Menceritakan tentang kehidupan petani kampung boleh membawa rmaja kita keluar daripada dunia mereka sendiri yang penuh dengan khayalan.

Selain itu Pihak berwajib juga boleh mencadangkan karya-karya penulis speerti Azizi Abdullah, Abdullah Hussain dan juga mereka yang sewaktu dengannya yang sering memaparkan kehidupan masyarakat sebagai jalan cerita di dalam novel mereka. Kesan yang lebih mendalam kepada jiwa anak-anak muda akan kita perolehi dan manfaatkan adalah untuk masa depan negara. Meskipun bukan dalam masa yang singkat teta[i " diri ini" yakin anak-anak muda yang diajar untuk membaca karya-karya kemasyarakatan akan membuahkan hasil yang cukup positif.

'Imam', novel yang telah yang memenangi anugerah sejak beberapa tahun yang lalu boleh juga dijadikan teks untuk keperluan pelajar sekolah. Ketika Malaysia 'kecoh' dengan perbalahan Kaum Muda dan Kaum Tua, novel ini wajar diangkat ke tahap tertinggi. Mengajar kita menghargai pandangan orang lain, juga mengajak kita sentiasa berlapang dada dan bersabar dalam mengharungi kehidupan yang lebih bermakna. Juga membawa kita menelusuri kisah perselisihan pendapat dan pandangan antara mereka yang diistilahkan sebagai Kaum Tua dengan mereka yang diistilahkan sebagai Kaum Muda. Cuma mungkin ianya kurang sesuai bagi penganut agama lain.

Karya Azizi Abdullah cukup dekat dengan Jiwa masyarakat. Belaiu mengkaji dengan mendalam sebelum beliau menghasilkan sebarang karya untuk ditatap masyarakat. Hasilnya kebanykan kita telah lihat sendiri. Karya-karya beliau dibahaskan oleh peminat-peminat sastera. Pastinya karya-karya yang lebih berbentuk realiti sebegini akan membantu pembangunan modal insan dalam masyarakat kita yang meminati sastera. Kita akan lebih mengenali budaya-budaya yang belum pernah kita telusuri sepanjang hayat kita.

Begitu juga karya Sasterawan-Sasterawan negara yang lainnya. "diri ini" amat menyakini karya mereka lebih membawa manfaat yang menyeluruh jika dijadikan teks di sekolah. Akan lahir lebih ramai Sasterawan pada masa mendatang. Tetapi jika kita hanya bergantung kepada novel-novel yang berbentuk 'percintaan remaja' atau 'Cinta Monyet' maka dunia kesusasteraan kita akan lenyap begitu sahaja kerana akan lahir lebih ramai lagi penulis-penulis yang membawa genre percitaan yang merupakan khayalan yang melampau.

Semoga desakan atau luahan rasa mereka-mereka yang meminati dunia kesusasteraan melayu akan menjadikan pihak berwajib mepertimbangkan kembali keputusan yang telah mereka capai. Meskipun mereka-mereka ini bukanlah Sasterawan atau penulis-penulis novel, tetapi dengan membaca karya-karya penulis-penulis yang betul-betul menghayati dan membawa mereka mendalami dunia kesusateraan membolehkan mereka menilai setiap kelayakan dan prestasi penulis setiap karya terbabit.

Pak Samad (A. Samad Said) telah dengan rendah diri memohon supaya beliau tidak lagi dipanggil dengan Gelaran Sasterawan Negara. Perkara ini diluahkan ketika beliau diberi peluang untuk berdiskusi dengan peminat-peminat Sastera negara. Mereka yang hadir dengan sendirinya menggelar beliau Sebagai sasterawan Rakyat kerana berani dan serius dalam menjadikan Sastera sebagai ilmu yang sewajarnya dihayati oleh semua pihak. Kata-kata kekesalan beliau bukanlah kerana karya beliau tidak diangkat untuk dijadikan teks sekolah tetapi kecewa kerana Sasterawan Negara hanyalah 'pengiktirafan' palsu.

Dah la panjang la pula tulis pasal benda ni...harapnya anda semua boleh la sambung sendiri tulisan ini mengikut kemahuan dan acuan masing-masing. Yang pentingnya sama-sama hargai Dunia kesusasteraan dalam negara kita.

Sasterawan Negara







Takut...

Assalamualaikum...

Ramai di kalangan kita yang sering salah faham terhadap ancaman Allah S.W.T kepada golongan yang tidak 'menjaga Al-Quran.

antara kefahaman mereka ialah :

1) Menghafal (ikut kefahaman melayu) Al-Quran kemudian lupa terhadap apa yang dihafalnya.Ini membuatkan ramai dikalangan kita takut untuk menghafal Al-Quran kerana bimbang dicela Allah S.W.T kerana terlupa (tidak mengingati hafalan) mana-mana ayat di dalamnya.
(Hafaz) jika merujuk kepada asal kalimah arab ialah menjaga, jadi sekiranya mana-mana individu yang menghafal Al-Quran kemudian terlupa mana-mana bahagian tanpa mengabaikan apa jua tuntutan yang termaktub di dalam nya dikira sebagai mereka yang menjaganya.

2) 'menjaga' Al-Quran dengan menjadikan Al-Quran itu sebagai antara hiasan di dalam penginapan masing-masing atau tempat-tempat tertentu.
- Kurang ( atau tidak) membacanya dan kurang usaha untuk memahaminya.

3) 'menjaga' seni lagu (taranum) dan mengabaikan tajwid. Termasuk juga mereka ini ialah golongan yang suka kepada musabaqah (pertandingan) membaca Al-Quran yang biasanya beserta taranum tetapi tidak lansung menghayatinya. Menghayati Al-Quran bukan semata-mata dibacakan terjemahan, tetapi turut berusaha melaksanakan segala tuntutan yang ada di dalam Al-Quran itu sendiri.
Mereka-mereka yang arif (menjaga) tajwid dan mengiringi bacaan mereka dengan taranum tidak termasuk golongan ini jika mereka turut berusaha memahami apa yang dituntut Al-Quran.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang salah faham terhadap maksud 'menjaga' yang dituntut oleh Allah S.W.T

Kenapa perlu bersusah payah!

Assalamualikum...

Firman Allah S.W.T:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sepadan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:186)

-------------------------------------------------------

Pernahkah anda berbincang atau ditanya tentang apa jua perkara yang berkaitan dengan ayat ini? "diri ini" berkeyakinan bahawa ayat ini sering didengari daripada orang yang 'konon'nya pasrah dengan kemampuan mereka lebih daripada seorang dai'e berdakwah berdalilkan ayat tersebut.

Siapa gologan yang pasrah dengan kemampuan mereka? "diri ini" mentakrifkan mereka ini adalah golongan yang sentiasa mencari alasan untuk memenuhi tanggungjawab yang telah Allah tetapkan ke atas setiap muslim. Tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T. Tidak perlu lagi rasanya diperjelas di sini apakah tanggungjawab-tanggungjawab sebagai kahlifah Allah di muka bumi ini. Jangan! jangan pula kita hanya membayangkan bahawa tanggungjawab kahlifah itu ialah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran semata-mata. Tanggungjawab khalifah juga merangkumi segala kewajipan yang telah Allah tuntut kepada setiap individu antaranya solat, berbuat baik kepada 'orang tua' (ibu bapa dan ke atas) dan lain-lain lagi.

Golongan yang pasrah ini sering menggunakan ayat ini untuk meyerlahkan keengganan mereka menerima pelawaan atau nasihat daripada orang lain supaya sentiasa berbuat dan berperlakuan baik (menurut kacamata syara', bukan kacamata insan yang sentiasa rasa dirinya betul tanpa berpndukan Syara'). Mereka berhujah bahawa sesungguhnya Allah tidak memaksa apa-apa yang tidak mampu dilakukannya jadi kenapa anda sebagai saudara seagam pula yang memaksa mereka untuk melakukan sesuatu kebaikan?...ini lah salah faham yang amat jelek untuk kita bincangkan.

"diri ini" mendoakan moga Allah menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua. Mereka menyangka bahawa ayat tersebut tepat dengan kondisi dan situasi mereka. Padahal ayat tersebut boleh difahami dengan jelas tanpa kita perlu bersusah payah menyelak helaian tafsir yang di buat oleh para ilmuan. Benar, Allah tidak memberatkan kita dengan apa yang tidak mampu kita lakukan, tetapi ianya adalah merujuk kepada keadaan-keadaan tertentu seperti, jahil, ketidakmampuan kudrat dan juga dipaksa. Jadi jika mereka bersandarkan ayat ini dengan menyatakan kondisi mereka adalah seperti yang dimaksudkan ayat di atas maka amatlah tidak bertepatan jika ianya bukan berdasarkan 3 kategori yang dimaksudkan. Apakah mereka suka digelar jahil? semestinya tidak! apakah mereka golongan yang kudratnya terbatas? secara zahirnya yang dilihat kudrat mereka sama sahaja dengan kudrat kita. Apakah mereka dipaksa untuk tidak melakukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan? mungkin tidak! (Setiap penilaian juga dibuat dengan panduan Syara').

Jadi moga kita tidak tergolong dalam golongan yang mempersendakan ayat Allah sedemikian. Tahukah kita jika kita merujuk dalil (samada Al-Quran atau Sunnah) dengan tujuan untuk mengelak daripada melakukan kerja-kerja untuk Islam maka kita termasuk golongan yang mempersendakan Islam. Sama seperti golongan lain yang secara jelas memepersenda Islam. Kesan sendaan kepada Islam yang dilakukan oleh mana-maan Umat Islam adalah lebih besar daripada sebarang sendaaan yang dilakukan oleh mereka yang bukan Islam terhadap Islam...
Moga Allah melindungi dan merahmati kita semua!...

Nak Buat Macam mana....

Assalamualikum...

"Nak buat macam mana dah taqdir hidup aku/saya macam ni..."

"Mungkin inilah taqdir yang Allah tentukan untuk aku/saya..."

Kedua-dua ayat di atas serta ayat-ayat yang lain tetapi sewaktu dengannya merujuk kepada konsep keimanan kita dengan Qadha dan Qadar Allah S.W.T.

Kedua-ayat di atas seringkali diungkap apabila seseorang ditimpa musibah atau ujian daripada Allah S.W.T. Ujian dan musibah yang dimaksudkan adalah lebih kepada ujian dan musibah yang 'buruk'. Jarang atau boleh juga "diri ini" katakan tiada Umat Islam yang mengungkap kata-kata seperti di atas ketika mereka dilimpahi segala kemewahan dan kesenangan. Kebanyakan Umat Islm hanya mengingati dan mengungkap tentang Qadar (taqdir) Allah S.W.T ketika mereka di 'timpa' musibah atau ujian yang 'buruk'. Ketika itulah biasanya kita dapat lihat seakan kuatnya keimanan seseorang kerana mengingati Allah S.W.T.

Kita perlu sedarkan diri kita, bahawa sewajarnya kita tidak hanya mengingati Allah ketika dilanda 'musibah'. Ketika berada dalam keadaan yang menyenangkan juga harus dan wajiblah kita mengingati Allah dan Taqdirnya.

Firman Allah S.W.T:
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Maksudnya:
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah S.W.T, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya DIA akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (At-Taghabun:11)

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Maksudnya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Al- Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Al-Hadiid:22)

Jadi ianya satu keperluan untuk kita semua melazimi diri masing-masing dengan kesedaran bahawa apa yang berlaku di dunia ini adalah Qadar (Taqdir) Allah S.W.T tidak kira yang baik atau yang buruk dan kita diberi kebebasan untuk berikhtiar untuk melakukan sesuatu perkara. Jangan hanya apabila ditimpa keburukan barulah kita pasrah bahawa ianya adalah Taqdir Allah dan apabila berada dalan keadaan kesenangan kita lupa tentang Taqdir.

Kelebihan dan kebaikan beriman dengan Qadha dan Qadar adalah pembuktian kebergantungan kita dengan Allah S.W.T. Kita membuktikan bahawa kita adalah makhluk yang sentiasa bersyukur kepadaNYA kerana sentiasa menjadikan Allah sebagai tempat kita bergantung dan memohon sebarang keperluan sebagaimana yang telah kita ikrarkan dalam setiap rakaat solat kita (kalau yang tak solat tu pepandai la na muhasabah!).

Sabda Rasullullah S.A.W:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوماً فقال: ( يا غلام إني أعلمك كلمات: إحفظ الله يحفظك، إحفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله تعالى لك. وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف) رواه الترمذي وقال: حسن صحيح

Maksudnya:
Sabda Rasullullah S.A.W:"Wahai 'pemuda' aku ajarkan kepada kamu satu kalimah (ayat): Jagalah Allah Nescaya DIA akan menjaga kamu, Jagalah DIA di mana sahaj kamu berada, jika kamu memerlukan pertolongan pohonlah kepadaNYA, Ketahuilah bahawa Umat Islam itu jika mereka bersepakat untuk membantu (memberi manfaat) kamu, ianya tidak akan terjadi melainkan dengan keizinan Allah S.W.T, begitu juga jika mereka bersepakat (berkumpul) untuk memudaratkan kamu, ianya tidak akan terjadi melainkan diizinkan Allah S.W.T. Sesunguhnya Qalam itu telah diangkat dan 'buku' (yang tertulis di Luh Mahfuz) telah tertulis sebagai mana yang dikehendakiNYA". (RW Tirmidzi, Hasan Shahih)

Jangan lagi harapnya kita hanya menyandarkan taqdir kepada perkara-perkara buruk semata-mata! 'Seolah-olah' kita menyalahkan Allah dalam keadaan kita tidak sedari. Ingatlah! keimanan itu sesuatu yang berharga, dan sesuatu yang berharga dan bernilai susah untuk dijaga.Jadi pastikan kita sering tegur menegur dan nasihat menasihati antar satu dengan yang lain agar kita tidak terjemrumus ke medan yang merugikan kita di Akhirat kelak...



Sunday, January 20, 2008

Sudah la...


Asslamualaikum...


Memandangkan masa terbatas, tetapi tetap ingin mengisi blog dengan tulisan baru, maka dengan rendah dirinya "diri ini" nak kongsikan salah satu masalah yang berlaku di Malaysia ketika ini dan mungkin juga turut melanda negara lain.

Individu 'M' : Asslmkm, maaf ganggu! ada masa sikit ke? blh saya nak minta pendapat sikit? nak tanya berkaitan satu perkara...

'I' : Silakan..

'M': Baru-baru ni saya ada mendengar pendapat seorang 'ustaz', kita tak blh menjemput jiran/saudara seagama kita yang tidak menunaikan solat untuk hadir ke kenduri yang kita adakan di rumah kita...pandangan ustaz pula macamana?

'I': Emmh...pertama sekali harapnya kami tidak dibanding-bandingkan. Mungkin pandangan saya salah, jadi harapnya dapat dipertimbangkan... Tapi secara dasarnya saya tak setuju dengan kenyataan 'Ustaz' tersebut. Ada dinyatakan dalil untuk menyokong hujah beliau? bukan apa, cuma untuk memudahkan saya merujuk kepada dalil tersebut mungkin juga saya tak perasan tentang bab ini...

'M': Seingat saya tak ada pula...

'I': Bukan apa..sepatutnya apabila membincangkan perkara-perkara yang jarang orang bincang dan menghukum pula kemudiannya..sewajarnya beliau memimpin masyarakat dengan dalil supaya masyarakat tahu punca hukum dari mana...

'M': Saya waktu dengar tu macam susah nak percaya juga, dan akal saya susah nak terima pula kenyataan macam tu...seolah-olah kita mengasingkan pula individu yang tak sembahyang tadi...

'I': Tak apa la...harapnya jawapan saya tak dijadikan asas untuk menolak terus 'ustaz' tersebut. Mungkin kalau beliau silap pun dalam bab sebegini aje...

'M' : Ya saya faham ustaz..

'I': Bagi saya kenyataan tersebut boleh disanggah dan tidak tepat. Mengapa kita nak menghukum saudara kita sebegitu rupa?..apa kah kita yakin yang dia memang tidak menunaikan solat?...Sekalipun menyakini akan hal tersebut, setakat mana pula usaha kita untuk membimbing dia? Apakah dengan memulau sedemikian akan menyelesaikan masalah dan individu tadi akan menunaikan semua kewajipan yang selama ini ditinggalkan?..

'M': Susah juga ye ustaz?

'I': Bagi saya meskipun kita meyakini individu terbabit tidak menunaikan solat, adalah lebih baik kita turut jemput dia ke sebarang majlis yang kita adakan. Ianya boleh membina hubungan yang lebih rapat dan memudahkan kita berinteraksi dengannya pada masa yang akan datang. Tambahan pula biasanya kita akan turut menjemput 'orang surau/ masjid' menghadiri jamuan yang kita adakan. Sekurang-kurangnya itulah usaha kita untuk membolehkan saudara kita tadi rapat dengan masjid/surau dengan cara bina hubungan yang kuat antaranya dengan 'orang-orang surau/masjid tadi...

'M': (dengusan nafas)....

'I': Bagaimana pula hukumnya kalau saudara kita tadi menjemput kita ke majlis yang diadakan dirumahnya pula?... apakah turut tidak dibolehkan?...kalau ikut hukum yang 'ustaz' tu sebutkan, maka bagi saya afdalnya jemputan yang dibuat oleh saudara kita tadi ditolak...setuju ke begitu?

'M': tak kot...macam tak patut pula..bukan ke Rasulullah ajar kita untuk memenuhi undangan saudara kita?

'I': Secara umumnya begitulah. Bukan ke sewajarnya kita mendoakan saudara kita tadi mendapat petunjuk dari Allah?.. apakah dengan cara yang disyorkan tadi (pulau) boleh membantu ke arah tersebut? Saya rasa tidak...

'M': Setuju...

'I': Ringkasnya begini la.. saya teringat peristiwa Rasulullullah S.A.W menziarahi jirannya yang senitasa dengki dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ada sahaja cara yang digunakan untuk melemahkan dakwah Rasulullah dan juga melemahkan semangat Rasullullah untuk berdakwah..Tetapi apabila jiran tadi ditimpa musibah (sakit) Rasulullah adalah antara yang awal menziarahinya...itu lah antara kaedah Rasulullah berdakwah..jadi apakah kita tidak mahu mengambil contoh dari peristiwa tersebut?...

Siapa kita hendak menghukum mereka yang ingkar perintah Allah sedemikian rupa...hak berjiran adalah hak umum yang sepatutnya diraikan oleh semua pihak..meskipun semua tetangga maklum tentag kemalasan saudara kita tadi menunaikan solat...tetapi hak beliau dalam berjiran hendaklah kita tunaikan...Bagaimana mungkin kita berada dalam keadaan kenyang tetapi membiarkan saudara kita tadi (jiran tetangga) hanya mengetahui tentang majlis yang kita adakan daripada bualan masyarakat setempat dalam keadaan dia tidak dijemput. Apakah kita tidak takut saudara tadi atau keluarganya tidak merasa kenyang sepertimana kita rasakan?...

Hadith Rasullullah S.A.W...

Mafhumnya:
"Tidak sempurna iman kamu jika sekiranya kamu membiarkan jiran/saudara kamu berada dalam kelaparan ketika kamu berada dalam keadaan kekenyangan"...

kelaparan = kesusahan
Kekenyangan = Kesenangan dll.

'M': Ok ustaz saya rasa saya faham apa yang ustaz maksudkan...terima kasih nanti boleh la saya rujuk lagi kalau ada maslaah macam ni timbul ye?

'I' : tiada larangan, tetapi jangan mendoakan agar masalah seumpama tu timbul lagi di kalangan masyarakat..ianya lebih membuatkan saya rasa kesal dengan title graduan Syariah...

'M' : kenapa?

'I': tak apa la, insyaAllah satu masa nanti akhi akan faham...
--------------------------------

p/s 1) jangan la kita mengeruhkan hubungan sesama masyarakat hanya kerana pendapat-pendapat peribadi kita tetapi masyarakat memandang ianya adalah tuntutan agama...jelaskan kepada mereka sekiranya ianya pendapat peribadi. Masyarkat tidak dapat membezakan yang mana pendapat ustaz dan yang mana tuntutan Islam. Bagi mereka sesiapa sahaja yang mengaji agama, balik dari timur tengah, serta berpewatakan ala-ala ustaz/ah sedikit
maka ianya adalah tempat rujukan bagi hal-hal agama..dan apa-apa yang zahir dari mereka-mereka ini adalah semuanya tuntutan Agama (Islam)..

2) Jangan kita yang tergolong dalam golongan yang dirujuk, malu dan segan untuk mengaku kesalahan serta ketidakarifan kita dalam sesuatu hal...bagi saya ianya perkara biasa kerana ilmu Allah itu luas dan kita semestinya tidak mampu mengethaui kesemuanya...

3) Bimbinglah masyarakat kerana mereka memang mengharapkan bimbingan. Jangan menghukum mereka dan mengharapkan mereka perlu menjadi semacam kita (kononnya arif 'ilmu-ilmu Islam'). Bersyukurlah kerana kita terpilih untuk dirujuk....berterima kasih la kepada mereka kerana sering bertanya. Ianya lebih mulia daripada sering melakukan sesuatu perkara seolah-olah arif tetang perkara tersebut...

.....?













Thursday, January 17, 2008

Kesan Surat Berantai...

Assalamualaikum...

Baru-baru ini "diri ini" telah menerima beberapa email yang berupa email berantai. Setelah sekian lama email sedemikian tak muncul dalam email "diri ini" tiba-tiba ianya kembali lagi menjengah di dalam inbox.

Kecewa dan sedih kerana ada di antara kita yang perpengetahuan agama turut menyebarkan email tersebut kepada senarai email yg ada padanya.Maksud email berantai tu ialah terkandung dalamnya gesaan untuk kita menyebarkan kandungan email tersebut kepada kenalan yang lain dalam jumlah yang tertentu untuk menjamin kita mendapat kesenangan. Ada juga yang berupa ancaman jika kita tidak menyebarkan kepada umat Islam yang lain.

Perkara ini bagi "diri ini" tidak bertepatan dengan aqidah yang kita anuti. Apakah kita masih tidak yakin dengana kekuasaan Allah S.W.T? sehingga kita sanggup menjadi 'penjamin' bagi sesuatu kesenangan atau kesusahan yang akan menimpa seseorang individu tanpa ada sandaran yang sahih menurut sumber-sumber hukum dalam Islam?

Tidakkah kita menghafal surah Quraisy? pada ayat terakhir Allah S.W.T telah berfirman yang membawa maksud " (Allah lah ) Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan" (4). juga firmannya dalam surah yassin yang kerap kali kita baca dalam apa jua majlis dalam ayat yang ke 82 dan 83. FirmanNYA yang bermaksud : "Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia (82) Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan"(83).

Apakah kita hanya membaca dan menghafal tanpa melihat kepada maksud dan tafsir ayat-ayat tersebut? Jika kita rasa takut dengan ancaman atau berasa selesa dengan jaminan kesenangan dalam email atau surat berantai yag kita terima, maknanya kita masih lagi mempercayai perkara-perkara yang karut dan menyebabkan kesannya kepada Aqidah yang kita anuti iaitu (Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Masih ada keraguan lagikah keimanan kita terhadap Allah S.W.T?

Harapan "diri ini" ialah semoga sesiapa yang membaca tulisan ini tidak terlibat dalam kegiatan sedemikian. Sedarlah! apa jua kandungan isi surat atau email yang berupa seakan atau seumpamanya hukumnya adalah sama. Sebagaimana hukum dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan terhadap surat berantai yang didakwa kononnya pernah ditulis oleh salah seorang kerabat penjaga pintu kaabah. Selagimana ianya mengandungi ancaman atau khabar kesenangan secara khusus. InsyaAllah jika berkelapangan dan berkesmepatan "diri ini" akan berusaha untuk mengumpul beberapa contoh email berantai ini (selain dari surat atau email berantai yang kononnya ditulis oleh penjaga kaabah. kerana ianya telah diputuskan fatwanya secara jelas).

Wednesday, January 16, 2008

Assalamualaikum....

Firman Allah dalam Surah Thaha:

وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَكَانَ لِزَاماً وَأَجَلٌ مُسَمًّى

Maksudnya:
Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka. (129)
--------------------------------------------------------------

Dalam melayari kehidupan seharian kita, seringkali cabaran yang berada di hadapan kita menyebabkan ketaqwaan dan keimanan kita goyah. Umat Islam secara kasarnya, jika dilihat kepada situasi ketika ini berada dalam keadaan kesempitan. Samada kesempitan hidup kerana kurangnya harta atau kesempitan kerana 'fitnah' yang berlaku di sekeliling mereka. Seringkali juga kita terlupa untuk mengakui akan kesempitan ilmu kita utk memastikan ketaqwaan dan keimanan kita berada pada tahap yang sewajarnya sebagai hamba Allah S.W.T.

Semua kesempitan dan kesusahan yang disebutkan di atas seringkali dibandingkan dengan kesenangan yang diperolehi oleh mereka-mereka yang bukan Islam (Semoga mereka segera menyahut seruan hidayah Allah S.W.T). Maka setelah perbandingan dilakukan, ramai dikalangan umat Islam tersungkur di medan ujian tersebut. Mereka menyangka bahawa segala kemewahan dan kesenangan di dunia ini adalah wajah sebenar tentang sesuatu kebenaran. Maka berpusu-pusu dan berbondong-bondonglah mereka mengejar kemewahan dan kesenangan dengan apa jua cara dan kaedah sehinggakan ramai yang tergelincir daripada landasan keimanan yang sebenar.

Perlu kita sedari, Allah S.W.T telah menyebutkan di dalam surah yang sama pada ayat yang ke 131:

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى

Maksudnya:
Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan kurniaanTuhan kamu (ALLAH) adalah lebih baik dan lebih kekal.

Allah S.W.T telah dengan secara jelas mengingatkan semua umat Islam bermula dari zaman Rasulullah S.A.W lagi tentang bahaya jika kita sering membanding-bandingkan kemewahan dan kesenangan mereka-mereka yang bukan Islam dan juga mengingatkan kita supaya kita tidak terlalu memandang kemewahan yang diperolehi mereka di dunia ini supaya kita tidak cemburu akan apa yang mereka perolehi. Ayat tersebut sama sekali tidak melarang mana-mana umat Islam yang berupaya untuk mendapatkan kemewahan di dunia ini untuk terus berusaha ke arah tersebut. Tetapi ianya lebih kepada peringatan secara umum kerana Allah S.W.T sebagai Pencipta yang Maha Agung mengetahui apa yang sering diimpikan oleh kebanyakan manusia. Jadi usahlah kita menafikan keagunganNYA.

Ingatlah! Kemewahan yang dimiliki oleh mereka yang bukan Islam hanyalah sebagai perhiasan dan kegembiraan untuk seketika melainkan mereka menyahut seruan hidayah Allah S.W.T.

Ayat yang seterusnya dalam suraj Thaha:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya:
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa(132).

Dalam ayat tersebut Allah S.W.T mengajar kepada semua Umat Islam cara untuk mengelakkan diri kita terperangkap dalam bahaya tersebut. Solat yang dimaksudkan di situ bukan hanya semata-mata solat sebagaimana yang kita fahami. Ianya juga merangkumi doa yang kita panjatkan kepadaNYA. Yang mana "diri ini" amat menyakini setiap daripada kita seringkali tidak lupa untuk berdoa supaya Allah S.W.T melimpahi kesenangan dan rezeki yang mencukupi kepada diri masing-masing. Maka di dalam ayat tersebut Allah juga mengingatkan kita bahawa sesungguhnya DIA lah yang memberi rezeki kepada semua makhluknya dan yakinilah perkara tersebut. Di mana jika masing-masing di antara kita tidak berusaha ke arah menjauhi bahaya (membandingkan kekayaan orang bukan ISlam) sedemikian, dibimbangi keimanan kita akan menjadi rapuh dan menyebabkan kita tergolong dalam golongan mereka-mereka yang rugi di akhirat kelak.

Sebagai Umat Islam yang sentiasa berusaha untuk menaik taraf kehambaan kita terhadap Allah S.W.T kepada tahap yang lebih tinggi iaitu supaya tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan bertakwa. maka semestinya kita mendidik diri dan jiwa kita supaya sama sekali tidak lagi memikirkan tentang kesenangan dan kemewahan mereka yang belum menyahut hidayah Allah S.W.T kerana dibimbangi ianya akan menjatuhkan nilai keimanan dan ketakwaan kita kepadanya melainkan jika diyakini bahawa perbandingan tersebut akan memotovasikan kita untuk maju bersama Islam.

Jika kita semua membaca dan memahami ayat-ayat terakhir surah Thaha ini maka semestinya kita akan sedari bahawa ayat-ayat tersebut membicarakan tentang ancaman mereka-mereka yang bukan Islam terhadap dakwah yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W. Di mana kemuncaknya ialah pada ayat ke 129 sebagaimana yang tertera pada permulaan bicara ini.
Ayat tersebut juga secara tidak lansung mengajar kita tentang konsep keimanan yang dipelajari sejak di sekolah rendah lagi iaitu lah kepercayaan /keimanan kepada Qada' dan Qadar (yang baik dan yang buruk).

Jadi sama-sama kita mengajar jiwa masing-masing supaya menyakini akan sesuatu perkara itu adalah ketetapan Allah S.W.T. Kita sebagai makhluk dan hambanya diberi peluang untuk berikhtiar dalam kehidupan ini dengan ikhtiar yang berpandukan ketetapan syara' bukan ikhtiar yang berpandukan hawa nafsu semata-mata.

"Syara' dijunjung, nafsu dihitung"


Sunday, January 13, 2008

Polis dicabar lagi...

Assalamualikum...

Awal minggu yang lalu kita semua dikejutkan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak (Sharlinie Mohd Nashar, 5). Kejadian ini adalah kejadian kedua di dalam satu kawasan kejiranan yang sama (hampir) di mana beberapa hari sebelum itu kita digemparkan juga dengan kes kehilangan seorang kanak-kanak (Fatiha Zaidi, 6). Alhamdulillah kanak-kanak terbait selamat ditemui.

Dalam kes pertama (kalau nak ikut kes kanak-kanak hilang tak tau la kes ke berapa dah...)kanak-kanak tersebut dijumpai bukanlah hasil kecekapan polis sehingga berjaya mengesan suspek yang terlibat, tetapi semata-mata kerana penjenayah tidak mahu menangung risiko kerana pencarian kanak-kanak terbabit dilakukan oleh segenap lapisan masyarakat maka 'mereka' meninggalkan kanak-kanak terbait di satu kawasan dan kemudiannya ditemui oleh orang ramai.

Dalam kes yang kedua ini pula menjelaskan (membuktikan) kepada kita bahawa keselamatan kanak-kanak tidak terjamin lagi. Pihak berkuasa gagal belajar daripada kes kehilangan kanak-kanak pertama dan juga kes-kes terdahulu. "diri ini" bukanlah tidak menghargai jasa pihak polis dan pihak berkuasa yang lainnya, akan tetapi setelah kes ini berlaku tiada siapa lagi yang mampu mencegah masyarakat awam daripada membuat penilaian dan spekulasi masing-masing.

Kemudian pada hari jumaat yang lalu kita dikejutkan lagi dengan kes yang lebih dahsyat iaitu pembunuhan Seorang Ahli jawatankuasa MIC pusat yang juga merupakan salah seorang Adun di negeri Johor. Pembunuhan dilakukan dengan senajata Api di dalam lif bagunan MIC Johor.

Kesimpulannya ialah tidak kira samda kanak-kanak atau orang dewasa masing-masing perlu menyedari bahawa jenayah telah berleluasa dengan giatnya di Malaysia yang dahulunya kita amat yakini keamanannya. Tiada sipa lagi yang dilihat dengan yakinnya membincangkan tentang keamanan negara dari ancaman jenayah. Semua ini kerana banyak kes yang berlaku (seakan-akan berturut- turur) gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa (polis) dengan menangkap penjenayah yang sebenar.

"diri ini" mencadangkan kepada pihak polis supaya menumpukan kerja utama mereka iaitu membendung kegiatan jenayah seperti di atas daripada mereka melibatkan diri dalam kes-kes yang bersifat politik. Apabila keadaan ini berlaku maka lihatlah! penjenayah secara terang melakukan jenayah terancang mereka kerana menyedari dan memahami bahawa pihak polis lebih mengutamakan 'kes-kes' yang bersifat politik dan kepartian dalam negara kita.

Jangan sampai ucapan tahniah yang diucapkan masyarakat berubah kepada ucapan tahniah' yang bermaksud menyindir...!!

Moga pihak polis berjaya memberkas penjenayah terbabit dan berjaya mendakwa mereka sehinggalah mereka dijatuhi hukuman yang sewajarnya (beberapa kes sebelum ini Polis gagal dalam pendakwaan meskipun pada awalnya berjaya menangkap 'penjenayah').

Dalam masa yang sama setiap warga malaysia perlulah memastikan keselamatan diri masing-masing dan ahli keluarga dengan mengambil langkah berjaga-jaga agar keselamatan semua pihak dapat dikawal pada tahap yang maksimum.

Monday, January 07, 2008

Masjid: Jumlah dan keindahan lebih diutamakan kini?

Assalamualikum...

Sirah Rasullullah S.A.W sentiasa diulang-ulang kepada kita (yg nak fahami sejarah la). Bagaimana bermulanya perjuangan Baginda untuk memastikan Islam tersebar luas dan dianuti dengan kefahaman yang tulen bukan dengan sebab-sebab yang lain diperhalusi semata-mata kerana ingin menjadikan Rasullullah S.A.W contoh untuk diikuti. Pujian haruslah diberikan kepada mereka yang sentiasa ingin menjadikan sirah hidup Baginda tadi sebagai ikutan dan muhasabah dalam kehidupan masing-masing.

Umat Islam Di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya sering membincangkan tentang sirah ini apabila tibanya sesuatu peristiwa yang dilabelkan sebagai peristiwa sejarah Islam. Beberapa hari lagi akan berlakulah pengulangan-pengulangan yang sering berlaku saban tahun. Pengulangan cerita tentang sirah Rasullullah S.A.W. Muharam sering diagung-agungkan dengan pelbagai gaya sambutan semata-mata untuk memastikan hampirnya Umat Islam kini dengan kehidupan Rasullullah beribu tahun yang lalu. Apa yang ingin disentuh di sini ialah tentang satu topik yang juga termasuk di antara topik-topik kecil ketika penceritaan yang berlaku ialah tentang Pembinaan Masjid dan perananannya.

Untuk kali ini bagi memudahkan semua pihak merujuk, maka "diri ini" hanya akan menyertakan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang Masjid dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Untuk maksud yang sama insyaAllah dalil dari hadis-hadis Rasullulllah S.A.W akan disertakan kemudian.


يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Maksudnya:
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid[i], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[ii]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al-A'raaf31)
-------------------
[i]. tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling Ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.

[ii]. janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan dan minuman yang dihalalkan.


Jika kita melihat kepada maksud ayat di atas, penegasan larangan Allah terhadap budaya berlebih-lebihan (boros dan mewah). Telah diakui oleh kebanyakan kita bahawa solat ialah asas untuk kita berjaya di dalam hidup. Solat mengajar kita supaya menepati waktu. Solat mengajar kita untuk sentiasa mematuhi adab-adab berjemaah. Solat mengajar kita untuk saling bertoleransi antara satu sama lain. Dan begitu juga solat Mengajar kita untuk tidak berlebih-lebihan dalam kehidupan (rujuk ayat di atas).

Bukanlah larangan berboros tadi hanya tertumpu kepada aspek makanan dan minuman semata-mata tetapi ia mencakupi seluruh aspek dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga dengan Masjid yang kita dirikan.


وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِداً ضِرَاراً وَكُفْراً وَتَفْرِيقاً بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَاداً لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Maksudnya:

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu[iii]. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah:107)
-------------------
[iii]. Yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syiria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentara Romawi yang akan memerangi kaum muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu 'Amir ini tidak jadi karena ia mati di Syiria. Dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan wahyu yang diterimanya sesudah kembali dari perang Tabuk.


لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَداً لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Maksudnya:

Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. (At-Taubah:108)

Melihat kepada maksud 2 ayat di atas maka disimpulkan bahawa peristiwa masjid dhirar yang dirakamkan Allah dalam KitabNYA yang Agung mengajar dan menjelaskan kepada kita tentang ciri-ciri Masjid yang diiiktiraf oleh Allah S.W.T.

Peristiwa Abu 'AMir membina masjid yang lain semata-mata untuk menarik umat Islam daripada mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W. di masjid Quba' benar-benar mematangkan umat Islam. Masjid yang diiktiraf oleh Allah mestilah masjid yang dibina atas dasar kesedaran dan ketaqwaan. Masjid itu mestilah diimarahkan dengan pelbagai kegiatan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dizaman Baginda dan juga pra sahabatnya R.Anhum.

Maka jika kita gabungkan ketiga-tiga ayat tadi maka tersasar jauhlah pernanan dan maksud kebanyakan masjid yang terbina di zaman ini ( ini hanya pendapat peribadi).

1) Masjid yang dibina itu sendiri pada awalnya dan lahiriahnya telah menzahirkan sikap berlebih-lebihan dan boros dalam aspek pembinaannya. Banyak masjid/surau yang tersergam indah dengan pelbagai khat didindingnya (luar dan dalam), mozek dan marmar yang indah berkilauan, kolam-kolam air pancut,taman-taman dan sebagainya tetapi keindahan dalaman (spritual) masjid tersebut musnah kerana sepinya masjid tadi daripada diimarahkan oleh jemaah setempat.

2) Masjid yang dibina bukanlah atas dasar ketaqwaan sebagaimana yang telah digambarkan dalam ayat yang disebutkan di atas. Tetapi kebanya kanmasjid/surau yang didirikan semata-mata kerana ingin mendapatkan pengaruh politik semasa.

3) Kurangnya kegiatan-kegiatan dan aktiviti yang boleh menarik ramai umat Islam supaya sering ke masjid dan surau-surau. Masjid dan surau hanya di'khas'kan sebagai tempat untuk persiapan spritual sahaja. Maka yang hadir hanyalah mereka-mereka yang ada kesedaran (kurang) dan lazimnya orang-orang tua (pencen) yang menghadiri soalt berjemaah di masjid.

4) Peristiwa masjid Dhirar sering berlaku kerana satu pihak tidak berpuas hati dengan pihak yang lain yang telah mengimarahkan masjid/surau membina masjid/surau dan memaksa jemaah untuk mendirikan kewajipan di tempat yang baru. Maka lesulah masjid/surau tersebut daripada sebarang kegiatan kerana ianya bukan dibina atas dasar utama iaitu ketaqwaan dan untuk mengabdikan diri kepada Allah.

5) Masjid/surau terus dikunci selepas selesai solat. Perkara ini menjadikan Umat Islam yang telewat untuk solat dengan jemaah yang pertama kerana desakan urusan harian akan terus selesa solat bersendirian di rumah (itu pun bagi yang solat). Tidak dinafikan perlunya masjid/surau dikunci supaya tidak berlaku kecurian harta masjid/surau tetapi perlulah pada masa-masa yang sesuai.

Pelbagai lagi konsep masjid zaman kini kita boleh perturunkan di sini. tetapi cukuplah dengan 5 pernyataan di atas mewakili konsep-konsep yang lainnya.

Pelbagai langkah sewajarnya dan boleh dilakukan oleh pihak yang berwajib untuk memastikan masjid digunakan semaksima mungkin sebagai pusat kegiatan umat Islam. Kita pula sebagai umat Islam haruslah memaksimakan penggunaan masjid sebaik mungkin. Kita harus menghadiri apa juga aktiviti yang diadakan di masjid/surau agar dapat mengimarahkan lagi masjid/surua ditempat masing-masing.

"diri ini" mengesyorkan kepada smeua pihak yang sibuk untuk membina masjid yang banyak kerana sukakan kepada jumlah dan kuantiti, mereka ini pelrulah sedar akan konsep asal Masjid didirikan. Rujuklah kepada Al-Quran dan Hadis untuk mempelajari tentang peranan sebenar masjid dalam pembangunan Umat Islam bukan hanya kerana desakan politik semasa dan sebagainya. Janganlah biarkan negara kita hanya kaya dengan jumlah masjid yang banyak dan akhirnya dijadikan tempat-tempat pelancongan semata-mata kerana keindahan reka bentuk dan sebagainya tetapi kegiatan-kegiatan yang dituntut (mengimarahakan) tidak lagi menjadi keutamaan bagi kita. Akhirnya tiada beza lagi Masjid dengan tempat-tepmat ibadah bagi penganut 'agama' lain.

Berbanggakah kita dengan situasi ini?...

Wednesday, January 02, 2008

Pasca Annapolis...

Assalamualaikum...

Jika kita menjangkakan perjanjian atau persefahaman Annapolis 2007 akan memberikan hasil yang cukup positif kepada rakyat Palestin, kita telah membuat kesilapan yang amat besar.

Ketika jemaah haji lain bergembira setelah selesai menunaikan fardhu haji dan kembali dengan selamat ke tanah air masing-masing, sebaliknya pula yang telah berlaku kepada jemaah haji dari Palestin yang keluar dan sepatutnya masuk kembali melaui pintu yang sama iaitu Rafah yang menjadi sempadan Palestin dan Mesir, mereka dinafikan hak untuk memasuki negara sendiri melalui pintu sempadan yang mereka inginkan.

Kerajaan Yahudi telah MENGARAHAKAN kerajaan mesir untuk menutup laluan masuk ke Gaza yang bersempadan dengan Mesir semata-mata ingin menyusahkan warga Palestin yang menetap di sekitar Gaza untuk pulang ke tanah air mereka sendiri setelah selesai menunaikan haji. "diri ini" amat kecewa dengan kelibat dan perilaku kerajaan Mesir atas tindakan mereka yang mengikut telunjuk yahudi berbanding meraikan kepulangan saudara seagama (Muslimin) mereka sendiri. Tindakan tersebut menghina semua umat Islam di dunia ini kerana sekali lagi menzahirkan kepada dunia luar bahawa semua negara umat Islam akan sentiasa mematuhi apa jua undang-undang yang di buat oleh yahudi dan barat meskipun terpaksa menindas rakyat dan juga saudara-saudara Islam yang lain yang berjiran dengan negara-negara terbabit.

"diri ini" sekali-kali tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan yang tidak berperikemanusiaan sebegini. Kita amat malang kerana dikelilingi oleh pemimpin-poemimpin yang sentiasa menyebelahi yahudi dan barat semata-mata kerana kepentingan dan agenda mereka sendiri. Mereka tidak lagi boleh menafikan dan juga tidak lagi boleh menyalahkan rakyat bawahan yang 'membaca' peristiwa ini sedemikian rupa. Situasi ini berlaku adalah kerana diterjemahkan daripada semua tindakan mereka (pemimpin-pemimpin) sebelum ini yang sentiasa mendatangkan kerugian yang melampau kepada dunia Islam.

"diri ini" membuat kesimpulan bahawa pemimpin-pemimpin ini hanya inginkan kemegahan dunia untuk diri mereka tanpa memikirkan maslahah orang-orang yang di pimpin mereka yang sentiasa mengharapkan mereka melakukan sebaliknya (tegas dengan sebarang nasir luar yang ingin menghancurkan Islam). Mereka ini apabila terlibat dengan perniagaan mereka inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda di segenap sudut tetapi apabila berdepan dengan situasi politik ini mereka sentiasa reda dengan kerugian yang melampau. Semestinya kerugian melampau itu terletak di atas pundak rakyat jelata kerana bagi pemimpin-pemimpin ini mereka sentiasa mendapat keuntungan kerana dijamin akan kekal di puncak kekuasaan selamanya.

Keberadaan mereka di puncak sana jika dicaturkan oleh pihak luar semata-mata memanglah kita tidak mampu berkata apa-apa kerana dunia luar tadi telah selesa sekian lama memerintah dunia secara keseluruhannya walaupun di atas peta menunjukkan semua negara mempunyai pemimpin mereka sendiri. Tetapi yang mengecewakan kita ialah apabila umat Islam sendiri dalam negara masing-masing terus selesa mengangkat dan menyokong pemimpin-pemimpin sebegini untuk kekal di puncak kekuasaan. Keadaan ini menyebabkan secara tidak lansung mereka membantu 'dunia luar' tadi memudahkan tugas mereka mencaturkan pemimpin bagi setiap negara.

Ketika ini semua jemaah haji yang disekat masuk melalui Rafah telah selamat kembali ke tanah air mereka melalui pintu sempadan tersebut setelah kerajaan mesir akur dengan desakan daripada beberapa orang ahli Parlimen Palestin dan juga kenyataan tegas daripada HAMAS yang mengutuk kerajaan Mesir kerana menyebabkan kesesakan berlaku di sempadan terbabit.

Ya Allah! Bantulah hamba-hamba mu yang sentiasa ikhlas berjuang untuk mengembalikan kegemilangan Islam agar sentiasa dihormati dan diakui ketinggiannya sebagaimana yang telah Engkau perakui di dalam kitab Mu. Engkau bolak balikkan lah hati-hati mereka yang sentiasa memusuhi agama Mu agar kembali mengikut petunjuk Mu sebagaimana yang telah ditunjuk dan ditelusuri oleh junjungan besar kami Muhammad Sallallahualihi wassallam. Amin...

Moga kesengsaraan para jemaah haji Palestin tersebut akan berkesudahan dengan kesudahan yang baik. Dan semestinya semoga kekangan ini tamat sesegra yang mungkin. Bantulah mereka ya Allah!

Post lama yang berkaitan:


Jawatan Kosong!

Iklan Jawatan Kosong:
1
2
3
4

Maklumat lanjut tentang kekosongan jawatan ini boleh dilihat di dada-dada akhbar Malaysia esok (3 januari 2008). Dan untuk kepuasan semua pihak iklan kekosongan ini akan turut dipaparkan dalam semua siaran berita (waktu perdana) di semua saluran televisyen Malaysia samada yang percuma atau berbayar. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba!!

Gejala Sambutan Tahun Baru

Assalamualikum...

Baru beberapa hari yang lalu seluruh dunia sibuk mengadakan acara sambutan tahun baru. Pelbagai ragam dan bentuk sambutan telah diadakan. Bentuk sambutan yang menjadi rutin dunia ialah sambutan yang merupakan satu gejala (gejala kebiasannya disandarkan kepada perkara-perkara yang buruk). Begitu juga Tahun Baru (M) baru-baru ni turut telah 'digejalakan' oleh kebanyakan masyarakat dunia. Tetapi yang malangnya ialah sambutan yang turut diadakan di negara kita juga 'lebih gejala' daripada gejala yang berlaku di luar sana.

Buletin Utama dan semua berita yg rangkaian TV3 memaparkan kisah ini sehinggakan mereka secara tidak lansung 'menzahirkan' kekecewaan dengan pelbagai bentuk sambutan yang dilakukan oleh masyarakat setempat pada malam tahun baru. Dalam masa yang sama pihak stesen tv3 telah memberi 'kredit' kepada pengurusan Masjid As-Syakirin KLCC kerana telah mengadakan majlis yang lebih bermakna. Majlis tersebut diserikan dengan Forum Islam yang dipengerusikan oleh Ust Hadi Thaha dan membariskan panelis Ust zawawi Yusoh bersama Ust Jamnul Azhar. Persembahan nasyid juga turut tidak ketinggalan. Kumpulan Far East(ditayang dalam rangkaian berita tv3) dan Ust Akhil Hayy (tak ditayangkan: mestilah sbb 'kehijauan' Akhil Hayy).

Berbalik kepada kekecewaan yang dizahirkan oleh pihak stesen tv3, turut dipaparkan ketika laporan tersebut ialah aksi-aksi tidak bermoral remaja-remaja kita yang berlaku disekitar Kuala Lumpur. Ada yang dilihat dengan 'selamba' menghidu gam walaupun dilihat oleh orang ramai dan juga semestinya pihak polis yang berada di sekitar kawasan-kawasan 'gejala' pada malam tersebut. Inilah generasi yang dibangga-banggakan oleh smeua masyarakat kita yang diharapkan mampu meneruskan pembangunan negara pada masa hadapan. Padahal mereka ini lebih mampu 'membangunkan' negara dengan cara mereka sendiri yang dikelilingi hiburan yang melampau ketika usia yang sedang meningkat ini.

Meskipun bukan mereka (remaja dan pemuda) yang melakukan aksi-aksi yang bengong pada malam itu yang akan mentadbir negara tetapi mereka itu jugalah masyarakat dalam negara kita pada masa hadapan. Mereka lah yang akan menjadi antara golongan berusia yang akan mendidik generasi seterusnya. Jadi jika generasi berikutnya terus didedahkan dan dibiasakan dengan segala macam kesenangan dan hiburan dalam bentuk yang sama dan mungkin lebih nescaya bangsa kita (semestinya Agama juga) akan lenyap dari muka bumi ini. Inilah yang tidak disedari oleh ramai rakyat di dalam negara ini. Mereka menyangka yang perlu menjadi baik itu ialah mereka-mereka yang bakal menjadi pemimpin negara dan negeri sahaja dan bagi yang lainnya mereka ini bebas utnuk memilih samada menjadi baik atau sebaliknya. Selagi metaliti ini mengelilingi kehidupan masyarakat kita, selagi itulah kita tidak akan dapat mengejar 'kemajuan' yang dipelopori oleh dunia barat.

"diri ini" berasa pelik kepada peristiwa gejala ini berlaku. Pihak polis sejak dari awal lagi telah megumumkan beberapa jalan akan ditutup sempena malam tahun baru kerana ingin memberi memastikan 'kelancaran' gejala sambutan ini. Sewajarnya ketika ini lah pihak berkuasa terbabit (polis) memohon perintah mahkamah (mudah nak kurung dan saman) untuk menghalang semua rakyat kita daripada keluar menyertai gejala sambutan ini yang menghasilkan lebih banyak kesan yang negatif daripada kesan yang positif. Gejala ini lah yang sebenarnya menganggu gugat keselamatan negara secara lansung dan tidak lansung. "diri ini" secara rasminya melahirkan kekecewaan yang tidak terhingga terhadap tindakan pengecut pihak berkuasa untuk menghalang gejala ini diteruskan. Apakah semua pihak penganjur gejala ini memohon permit untuk berhimpun pada malam tersebut?..mengapa pihak polis tidak pula menyembur gas pemedih mata sebagaimana yang telah mereka lakukan ketika menyuraikan beberapa perhimpunan sebelum ini? Pada sambutan malam itulah sebenarnya lebih banak kemusnahan berlaku termasuk kemusnahan budaya ketimuran sebagaimana yang sering diwarwarkan oleh bangsa kita.

"diri ini" mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk mengharamkan acara sambutan yang sama pada tahun-tahun berikutnya kerana ianya menjejaskan kredibiliti negara kita yang menjunjung budaya ketimuran. Tidak dinafikan (kononnya) acara yang diselia oleh Kementerian tertentu untuk sambutan ini tidak mempromosikan sebarang gejala yang tidak sihat. Tetapi umum mengetahui dan pihak polis juga mengetahui akhirnya semua acara sambutan yang dihadiri oleh masyakarat awam akan menjeremus kepada gejala yang tidak sihat yang dipelopori oleh sebahagian masyarkat kita.

Akhirnya, marilah! kita semua sedar akan tanggungjawab masing-masing. Pastikan semua gejalan dan budaya yang tidak sihat termasuk budaya hiburan melampau sebagaimana yang berlaku pada malam gejala sambutan tahun baru. Pastikan diri kita dan orang-orang disekeliling menyedari akan bahaya gejala sambutan ini...Moga Ummah dijamin keselamatannya daripada fitnah di anatara berbagai fitnah dajjal...

p/s: Jangan jadikan diri kita sebahagian daripada penyokong gejala ini samada secara lansung atau tidak! Jika tidak nescaya generasi yang berikutnya akan sentiasa memaki hamun hayat anda setelah kematian anda kelak kerana telah menggadai maruah negara dan menjadikan mereka bangsa yang hancur dan tidak bermaruah..Akhirat kelak mereka juga akan menuntut tanggungjawab kita di hadapan Allah S.W.T