Monday, January 07, 2008

Masjid: Jumlah dan keindahan lebih diutamakan kini?

Assalamualikum...

Sirah Rasullullah S.A.W sentiasa diulang-ulang kepada kita (yg nak fahami sejarah la). Bagaimana bermulanya perjuangan Baginda untuk memastikan Islam tersebar luas dan dianuti dengan kefahaman yang tulen bukan dengan sebab-sebab yang lain diperhalusi semata-mata kerana ingin menjadikan Rasullullah S.A.W contoh untuk diikuti. Pujian haruslah diberikan kepada mereka yang sentiasa ingin menjadikan sirah hidup Baginda tadi sebagai ikutan dan muhasabah dalam kehidupan masing-masing.

Umat Islam Di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya sering membincangkan tentang sirah ini apabila tibanya sesuatu peristiwa yang dilabelkan sebagai peristiwa sejarah Islam. Beberapa hari lagi akan berlakulah pengulangan-pengulangan yang sering berlaku saban tahun. Pengulangan cerita tentang sirah Rasullullah S.A.W. Muharam sering diagung-agungkan dengan pelbagai gaya sambutan semata-mata untuk memastikan hampirnya Umat Islam kini dengan kehidupan Rasullullah beribu tahun yang lalu. Apa yang ingin disentuh di sini ialah tentang satu topik yang juga termasuk di antara topik-topik kecil ketika penceritaan yang berlaku ialah tentang Pembinaan Masjid dan perananannya.

Untuk kali ini bagi memudahkan semua pihak merujuk, maka "diri ini" hanya akan menyertakan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang Masjid dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Untuk maksud yang sama insyaAllah dalil dari hadis-hadis Rasullulllah S.A.W akan disertakan kemudian.


يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Maksudnya:
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid[i], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[ii]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (Al-A'raaf31)
-------------------
[i]. tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling Ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.

[ii]. janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan dan minuman yang dihalalkan.


Jika kita melihat kepada maksud ayat di atas, penegasan larangan Allah terhadap budaya berlebih-lebihan (boros dan mewah). Telah diakui oleh kebanyakan kita bahawa solat ialah asas untuk kita berjaya di dalam hidup. Solat mengajar kita supaya menepati waktu. Solat mengajar kita untuk sentiasa mematuhi adab-adab berjemaah. Solat mengajar kita untuk saling bertoleransi antara satu sama lain. Dan begitu juga solat Mengajar kita untuk tidak berlebih-lebihan dalam kehidupan (rujuk ayat di atas).

Bukanlah larangan berboros tadi hanya tertumpu kepada aspek makanan dan minuman semata-mata tetapi ia mencakupi seluruh aspek dalam kehidupan seharian kita. Begitu juga dengan Masjid yang kita dirikan.


وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِداً ضِرَاراً وَكُفْراً وَتَفْرِيقاً بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَاداً لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Maksudnya:

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu[iii]. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (At-Taubah:107)
-------------------
[iii]. Yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syiria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentara Romawi yang akan memerangi kaum muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu 'Amir ini tidak jadi karena ia mati di Syiria. Dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan wahyu yang diterimanya sesudah kembali dari perang Tabuk.


لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَداً لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Maksudnya:

Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. (At-Taubah:108)

Melihat kepada maksud 2 ayat di atas maka disimpulkan bahawa peristiwa masjid dhirar yang dirakamkan Allah dalam KitabNYA yang Agung mengajar dan menjelaskan kepada kita tentang ciri-ciri Masjid yang diiiktiraf oleh Allah S.W.T.

Peristiwa Abu 'AMir membina masjid yang lain semata-mata untuk menarik umat Islam daripada mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W. di masjid Quba' benar-benar mematangkan umat Islam. Masjid yang diiktiraf oleh Allah mestilah masjid yang dibina atas dasar kesedaran dan ketaqwaan. Masjid itu mestilah diimarahkan dengan pelbagai kegiatan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dizaman Baginda dan juga pra sahabatnya R.Anhum.

Maka jika kita gabungkan ketiga-tiga ayat tadi maka tersasar jauhlah pernanan dan maksud kebanyakan masjid yang terbina di zaman ini ( ini hanya pendapat peribadi).

1) Masjid yang dibina itu sendiri pada awalnya dan lahiriahnya telah menzahirkan sikap berlebih-lebihan dan boros dalam aspek pembinaannya. Banyak masjid/surau yang tersergam indah dengan pelbagai khat didindingnya (luar dan dalam), mozek dan marmar yang indah berkilauan, kolam-kolam air pancut,taman-taman dan sebagainya tetapi keindahan dalaman (spritual) masjid tersebut musnah kerana sepinya masjid tadi daripada diimarahkan oleh jemaah setempat.

2) Masjid yang dibina bukanlah atas dasar ketaqwaan sebagaimana yang telah digambarkan dalam ayat yang disebutkan di atas. Tetapi kebanya kanmasjid/surau yang didirikan semata-mata kerana ingin mendapatkan pengaruh politik semasa.

3) Kurangnya kegiatan-kegiatan dan aktiviti yang boleh menarik ramai umat Islam supaya sering ke masjid dan surau-surau. Masjid dan surau hanya di'khas'kan sebagai tempat untuk persiapan spritual sahaja. Maka yang hadir hanyalah mereka-mereka yang ada kesedaran (kurang) dan lazimnya orang-orang tua (pencen) yang menghadiri soalt berjemaah di masjid.

4) Peristiwa masjid Dhirar sering berlaku kerana satu pihak tidak berpuas hati dengan pihak yang lain yang telah mengimarahkan masjid/surau membina masjid/surau dan memaksa jemaah untuk mendirikan kewajipan di tempat yang baru. Maka lesulah masjid/surau tersebut daripada sebarang kegiatan kerana ianya bukan dibina atas dasar utama iaitu ketaqwaan dan untuk mengabdikan diri kepada Allah.

5) Masjid/surau terus dikunci selepas selesai solat. Perkara ini menjadikan Umat Islam yang telewat untuk solat dengan jemaah yang pertama kerana desakan urusan harian akan terus selesa solat bersendirian di rumah (itu pun bagi yang solat). Tidak dinafikan perlunya masjid/surau dikunci supaya tidak berlaku kecurian harta masjid/surau tetapi perlulah pada masa-masa yang sesuai.

Pelbagai lagi konsep masjid zaman kini kita boleh perturunkan di sini. tetapi cukuplah dengan 5 pernyataan di atas mewakili konsep-konsep yang lainnya.

Pelbagai langkah sewajarnya dan boleh dilakukan oleh pihak yang berwajib untuk memastikan masjid digunakan semaksima mungkin sebagai pusat kegiatan umat Islam. Kita pula sebagai umat Islam haruslah memaksimakan penggunaan masjid sebaik mungkin. Kita harus menghadiri apa juga aktiviti yang diadakan di masjid/surau agar dapat mengimarahkan lagi masjid/surua ditempat masing-masing.

"diri ini" mengesyorkan kepada smeua pihak yang sibuk untuk membina masjid yang banyak kerana sukakan kepada jumlah dan kuantiti, mereka ini pelrulah sedar akan konsep asal Masjid didirikan. Rujuklah kepada Al-Quran dan Hadis untuk mempelajari tentang peranan sebenar masjid dalam pembangunan Umat Islam bukan hanya kerana desakan politik semasa dan sebagainya. Janganlah biarkan negara kita hanya kaya dengan jumlah masjid yang banyak dan akhirnya dijadikan tempat-tempat pelancongan semata-mata kerana keindahan reka bentuk dan sebagainya tetapi kegiatan-kegiatan yang dituntut (mengimarahakan) tidak lagi menjadi keutamaan bagi kita. Akhirnya tiada beza lagi Masjid dengan tempat-tepmat ibadah bagi penganut 'agama' lain.

Berbanggakah kita dengan situasi ini?...

2 comments:

  1. "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS At-Taubah: 18).
    dalam sbuah hadis shohih abda nabi SAW yg bmksud ;" ssunghny yg memakmurkn masjid ialah yg beriman dgn ALLAH.."
    ternyata gi masjid memang menguji keimanan seseorg.., lebh2 lg dwktu subuh.,prlukn kekuatn &kecekalan yg jitu untk melawn nfsu.,nmun dsitulh ketenangan yg tidk trkata setiap kali slesai memkmurkn rumh ALLAH.,
    yg malang hanya nak menikah baru nampak dalam kepala perkataan MASJID.,

    ReplyDelete
  2. Dalil daripada hadith berkenaan salah faham terhadap keperluan membina Masjid:

    ِDi dalam Jami' Al-Usul Min Ahadis Ar-Rasul yang ditulis oleh Ibn Athir:
    8761 : Daripada Ibn Abbas R.'Anhuma, Rasullullah S.A.W telah bersabda: "Aku tidak menuntut (menyuruh) 'bertashyid' untuk masjid".
    'tashyid'=(membina masjid melampaui daripada keperluan (hajat) dari segi binaannya.)

    Juga daripada Ibn Abbas: "Sesungguhnya mereka akan menghiasi Masjid-masjid sebagaimana Yahudi dan Nasara menghiasi rumah ibadah mereka".(kedua-dua hadith tersebut dirwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Abu Daud.)


    Daripada mafhum Hadith di atas maka kita boleh dapati bahawa Rasullulah tidak menghendaki (melarang) kita melakukan pembaziran dalam membina sesuatu masjid samada dari segi 'kecanggihan',Kos binaan, dll.Bagi "diri ini" jumlah masjid di sesuatu kawasan juga termasuk dalam maksud 'tashyid.'Ini kerana apabila kita melakukan perkara tersebut dan menghiasi masjid keterlaluan maka kita akan menyerupai sifat yahudi dan nasara yang menghiasi rumah ibadah mereka tetapi tidak mengimarahkannya.

    Di dalam Hadith yang lain, Dalam kitab yang sama (Jami' Al-Usul..):


    Daripada Anas b. Malik R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda:" Tidak akan berlakunya qiamat sehinggalah manusia 'melampau' dalam membina masjid (hanya kerana ingin membangga-banga). (diriwayatakan oleh Imam Abu Daud dan Imam Nasaie.

    ini lah gambaran-gamabaran masjid pada zaman kita..masjid 'hanya' dijadikan tempat2 pelancongan tetapi gagal diimarahkan.

    ReplyDelete